Menjadi World Class SID; Entry Khas Silaturrahim bersama Hairul Nisah Hussin
Alhamdulillah,
Pada 17 Februari yang lepas, saya berkesempatan untuk menimba ilmu dalam Kelas Leader di bawah Group Shaklee saya, iReach.
Mentor kami, Master Zainul dan Master Lyna Noh telah berkongsi ilmu yang sangat berguna untuk kami apply sebagai seorang Leader yang berkualiti, terima kasih!
Nah, tengok, ni antara proses nak capai tahap World Class Shaklee Leader 🙂
Dalam kelas tersebut, saya berkenalan dengan seorang leader, Hairul Nisah Hussin, pemilik blog http://anisvitashop.blogspot.com.
Berasal dari Mersing, Johor, beliau yang dulunya seorang Jurutera telah bertukar status kepada WAHM setelah dua tahun serius bershaklee.
Menjadikan Prof Muhaya sebagai idolanya, menyimpan hasrat untuk memiliki kereta Evoque dan dapat melancong ke Switzerland sebagai bonus ganjaran kepada diri dan keluarga tersayang yang telah berkorban masa dan kasih sayang dalam bisnes ini.
Dengan kejayaan-kejayaan yang telah dicapai dalam bisnes ini, saya doakan Nisah berjaya mencapai kesemua 101 impiannya, insyaallah 🙂
Semoga ukhwah kita berpanjangan sampai bila-bila, lillahitaala 🙂
Banyak hikmahnya saya datang ke kelas ini, antaranya :
- Nak berjaya mesti rajin datang ke kelas ilmu
- Kejarlah mentor sentiasa
- Pentingnya mempunyai networking ukhwah yang luas untuk bisnes dan hidup
- Sokongan yang kuat antara semua SID dalam group membantu kejayaan
Alhamdulillah, saya memang gembira berada dalam group yang super best ini, kerana masing-masing mempunyai aura yang tersendiri yang boleh disebarkan kepada satu sama lain untuk menaikkan semangat berbisnes kami dalam memanfaatkan kebaikan vitamin semulajadi kepada kesihatan masyarakat 🙂
Salam ikhlas,
Ainul Malik
Leave a comment