Wanita Buat Bisnes, Untuk Penuhi Nafsu Kehendaknya?

Sana sini orang jual online, membuatkan mata memandang terus terpikat.

Mana taknya, tudung dan shawl yang cantik, baju jubah A cut yang menarik, baju menyusu yang memudahkan anak menyusu, barang-barang baby yang comel-comel sehinggalah ke beg tangan dan sebagainya, mampu menarik minat semua wanita termasuk saya!

Itu online ya, belum offline lagi.

Berjalan-jalan ke shopping complex, sana sale, sini sale, kasut cantik-cantik dipamer gambar di luar kedai, sehinggakan mata senang untuk menangkap segala jualan di booth-booth kecil yang pastinya senang untuk dihampiri, semuanya meningkatkan kuasa membeli para wanita!

Jadi, persoalannya, adakah semua ini menyebabkan wanita terpaksa mencari duit lebih semata-mata untuk memuaskan nafsu kehendaknya terhadap shopping dan membeli belah barangan keperluan peribadi dan keluarga?

Di tambah dengan zaman sekarang ini dengan adanya GST, semua nilai yang perlu dibayar di kaunter pembayaran naik 6%, begitu juga untuk pembelian online.

Duit menjadi semakin kecil, duit di tangan RM50 yang dulunya boleh tahan setengah bulan, kini dah jadi perbelanjaan sehari-hari saja?

Mana taknya, kalau ke kedai membeli barang keperluan dapur pun, dulu dengan bayaran RM100 boleh tahan stok untuk sebulan, pada awal perkahwinan saya sekitar tahun 2009. Kini, setelah 6 tahun berkahwin dan berbelanja barangan rumah yang menunya biasa-biasa sahaja, RM100 tu cuma untuk makan beberapa hari saja. Masyaallah. Nak nangis rasa.

Ya, mungkin ini antara sebab mengapa saya mula berniaga.

Bermula dengan suka-suka, sebab ia ada kaitan dengan kehidupan saya, kemudian, saya merasakan segala rezeki tambahan yang Allah berikan ini berguna untuk mengisi keperluan kehidupan kami sekeluarga.

Mulanya memang tiada nampak hala tuju, alah, nak rezeki lebih, juallah lebih, duit gaji tetap ada, gaji suami lagi, cukuplah untuk menampung kehidupan kami sekeluarga. Kalau malas, tak perlu bersusah payah bekerja lebih masa, kembalilah pada rezeki asal yang cukup-cukup makan untuk tinggal di Bandaraya besar ini.

Namun, setelah sedikit demi sedikit barang mulai naik harga, minyak juga semakin naik, anak-anak semakin membesar saya mulai terfikir sesuatu.

Jalan permulaan dah cuba, apa salahnya untuk berusaha dengan lebih dalam lagi supaya boleh menambahkan rezeki lebih lagi semata-mata untuk memenuhi keperluan hidup masa kini yang semakin naik.

bill

Bayangkan, duit pengasuh dah berapa, jika seorang anak harga lama RM280, dua anak dah RM560. Duit kereta untuk kegunaan ke pejabat lagi, nasib baiklah saya naik kancil saja, jadi, bayarannya hanya RM200 sebulan (lebih kurang, maafkan saya sebab dah dua tahun kereta ni dah habis bayar, terlupa amount sebenar). Duit minyak berulang alik lagi, seminggu dulunya saya peruntukkan RM50, sebulan dah jadi RM200 tanpa sedar. Pampers anak, susu atau keperluan lain lagi? Duit sewa rumah lagi? Syukurlah semua dibahagi-bahagikan bersama suami. Bagi kes saya ni, memanglah suami lebih banyak bilnya, dengan segala tanggungan yang ada. Akhirnya setelah dapat gaji ganda dua, iaitu perkongsian suami isteri, ditolak-tolak segala perbelanjaan keperluan, duit untuk meneruskan kehidupan anak beranak di Kotaraya ini memang cukup makan sajalah.

Rasanya ini realiti yang perlu ditelan oleh semua orang, bukan saya seorang saja.

Dengan kadar sewa rumah yang tinggi, tiba-tiba kami mendapat idea untuk bersungguh membeli rumah. Allahuakbar, mana nak cari duit pendahuluan untuk membayar sebanyak 10% tu? Nak buat loan lagi? Hutang juga akan semakin bertambah-tambah. Tetapi disebabkan ini aset, kami teruskan juga dalam ketakutan, adakah tindakan kami ini betul membeli rumah pada tahun 2010.

Masyaallah, aturan Allah memang cantik, ya memang betul kerana rupanya harga sewa rumah semakin lama semakin tidak masuk akalnya. Walaupun rumah kami maintain dengan harga RM550 sebulan pada masa itu, tak sangka rupa-rupanya tuan rumah datang untuk mengambil semula rumahnya. Allahuakbar, nasiblah pada masa itu, kunci rumah baru telah diambil, bolehlah kami berpindah dengan kadar segera, jika tak ambil tindakan membeli rumah, terpaksa menyewa pula rumah yang kadarnya RM1000 setiap bulan 🙁

Ya, duit kos beli rumah memang sakit untuk dibayar. Belum campur duit untuk masuk rumah lagi. Kos mengangkut barang lagi?

moving

 

Pilih saja nak masuk kosong-kosong dengan hanya cat apa yang patut, atau buat renovation separuh rumah, atau nak mengubahsuai penuh rumah secara sepenuhnya, semuanya bergantung pada budget yang ada.

Belum kira peralatan perabot dan sebagainya. Syukur sangat sebab masa ini, saya menggunakan duit Bonus kereta Shaklee saya untuk kegunaan rumah ini. Untuk berkereta baru, cukuplah dengan apa yang ada, Kancil sangat praktikal untuk berulang alik di jalan yang sesak dan minyaknya memang tak sebnayak kereta besar lain. Yang penting, ya roadtaxnya, road tax yang masih boleh saya tanggung dengan duit gaji saya.

Allahuakbar

Ini lah antara penyebab saya berbisnes. Pada mulanya suka-suka, mungkin teringin untuk berbelanja lebih dengan barangan peribadi, menikmati hujung minggu yang lebih selesa bersama ahli keluarga, tetapi lama-kelamaan bertukar tujuan untuk memenuhi keperluan asas keluarga kami sendiri tanpa fokus pada kehidupan yang bersuka-suka lagi. Anak mulai bertambah. Perbelanjaan kesihatan juga termasuk dalam perbelanjaan utama. Tak lama lagi, perbelanjaan pendidikan anak pula yang masuk dalam senarai keperluan, lebih baik saya cepat bertaubat untuk menguruskan perbelanjaan dengan berkesan.

Caranya?

Bukan dapat gaji, keluar, keluar dan keluar.

Zaman ini perlu ditukar kepada;

Dapat gaji, jana duit dengan menyimpan, menyimpan dan menjana.

 

Saya terpaksa!!

Dalam keterpaksaan memang terpaksa menjadi rajin.

Kalau suami gajinya berpuluh ribu, itu lain kiralah kan, bolehlah masih memikir menjana duit untuk memuaskan nafsu kehendak peribadi.

Tetapi, rata-ratanya wanita berbisnes kini adalah semata-mata untuk memenuhi keperluan ASAS kita yang ruji! Betul ke betul?

Ya, semangat berniaga ni perlu dipupuk. Mungkin ada yang diwarisi dari keluarganya, mungkin persekitarannya yang menaikkan minatnya berniaga, tetapi ramai sebenarnya yang memerlukan perniagaan sebagai asas untuk menampung keperluan harian bersama keluarga.

Kalau tak sanggup berjaga malam, cekal berusaha mempromosikan barangannya, memerah otak berfikir di luar kotak mencari idea yang kreatif mahupun melayan rasa malu untuk berniaga, jadilah anda yang masih lagi dihimpit kekecewaan kepada taraf ekonomi masakini. Yang merungut-rungut marahkan itu, marahkan ini sehingga menggangu tenaga dalaman diri yang sepatutnya dijana untuk produktiviti kita sehari-hari.

Anak yang membesar pada masa kini juga banyak cabaran yang perlu kita sebagai ibu bapa lalui, begitu juga dengan mereka sendiri. Antara push faktor terbesar saya juga adalah anak sulung saya yang petah berkata-kata sejak usianya dua tahun. Ya, rezekinya kerana dia memang fasih dan lancar lidahnya pada usia yang kecil lagi.

Tetapi, itulah yang terpaksa saya hadap setiap hari, iaitu komen-komen dari anak yang hatinya suci, mengapa mama balik lambat setiap hari?

Pesanan-pesanan seperti, “mama ambil awal tau hari ni, Aiman taknak balik malam lagi, hari dah gelap, Aiman taknak tengok kartun malam-malam rumah pengasuh dan sebagainya.

working mom

 

Ya, saya TERPAKSA memilih untuk serius berniaga ataupun menjadikannya sebagai pendapatan main-main saya dan menjalani rutin harian pukul 7 pagi hantar anak dan ambil anak jam 7.30 malam, di kala azan Maghrib berkumandang.

Terkejar-kejar pergi ke pasar malam mahupun singgah di kedai-kedai tepi jalan dalam perjalanan pulang dari kerja mencari makanan untuk dihidangkan pada suami dan anak-anak yang masih kecil dengan makanan siap dimasak air tangan sesiapa saja.

Terpaksa, ya saya tahu itu realitinya, kita punya tanggungjawab yang besar, terpaksa lalui semua cabaran hidup moden yang meruntun hati anak-anak tanpa sedar yang mahukan belaian kasih sayang dari kita.

Saya tidak sanggup lagi berkorban hati sebegini, biarlah saya berkorban kerjaya saya demi memastikan keperluan keluarga terjaga sebaiknya! (Eh, ini applicable untuk saya tau, bukan anda).

 

Syukurlah, semua aturan ini ada hikmahnya. Bermula dengan berniaga main-main, dapat menggunakan duit insentif yang diberi dari pendapatan kedua untuk membeli rumah. Dapat menjana duit untuk keperluan seharian dengan lebih selesa dengan berniaga. Yang paling penting sekali, masa berharga bersama anak-anak tercinta yang semakin membesar di depan mata. Walaupun saya terlambat kerana tidak menyaksikan anak-anak sepanjang perkembangan fasa bayi mereka, tetapi “better late than never”. Ya, masih ada ruang untuk memperbetulkan diri dengan pilihan yang ada.

Saya namakan jalan bisnes ini sebagai pilihan, kerana kita yang menentukan jalan hidup kita dengan pilihan-pilihan yang Allah sediakan, namun dengan berkorban salah satu apa yang kita ada atau miliki.

Semua ini bukan lagi kehendak nafsu, tetapi memang keperluan azali yang memang diperlukan oleh diri ini dan orang-orang yang tersayang.

Tidak mahu mengorbankan perasaan dan hati, lebih baik saya berkorban masa dan tenaga untuk menjada kewangan keluarga.

Syukurlah, kini saya mendapat rezeki Time Freedom dari Allah, walaupun belum sepenuhnya suami isteri lagi yang membolehkan kami penuhi pula hajat-hajat ibu bapa di kampung sentiasa. Namun cukuplah time freedom dari saya untuk menggembirakan hati anak-anak tersayang supaya mereka membesar dengan bahagia di depan mata, makan makanan air tangan kita, merasa disuap dengan penuh kasih sayang setiap masa, mengikut peraturan hidup yang kita sendiri tentukan, bukannya lagi pengasuh yang mendidiknya mungkin ada sebahagiannya yang bukan atas kerelaan kita dan sebagainya.

Allahuakbar.

Sujud syukur Allah temukan saya jalan ini.

Jalan yang membantu kami sekeluarga menampung kehidupan kami mengikut arus ekonomi masakini yang agak tinggi.

Semoga saya mencapai financial freedom juga suatu hari nanti. Terima kasih ya mendoakan saya!

Yang penting, dapat mengurangkan kos hutang-piutang adalah satu keadaan yang melapangkan dada di saat ini.

Menambah kualiti dalam perjalanan kehidupan keluarga juga adalah sesuatu yang melegakan perasaan. Menggembirakan hati kedua ibu bapa adalah sesuatu kepuasaan yang sebenarnya tidak lagi setara atau mampu membalas segala jasa-jasa mereka membesarkan kami.

Pada kawan-kawan tersayang, tujuan artikel ini ditulis adalah bukan dengan niat menceritakan hal keluarga, namun diharapkan dapat membuka hati dan jiwa anda, wanita-wanita kental harapan anak-anak kesayangan anda untuk mencuba menempuh risiko berniaga demi kebahagiaan keluarga. Tidak, ia bukanlah wajib kerana tugas menyara keluarga adalah di atas suami tercinta, namun dengan pilihan perniagaan yang saya jalankan sekarang ini dapat membantu saya dalam memaksimakan banyak perkara dalam kehidupan diri saya, antaranya

  1. memaksimakan masa bersama keluarga
  2. memaksimakan kasih sayang bersama anak tercinta
  3. memaksimakan tenaga untuk keperluan rumah tangga
  4. memaksimakan janaan kewangan berbanding dahulu
  5. memaksimakan cara untuk memenuhi banyak perkara yang perlu dalam hidup kita
  6. memaksimakan simpanan duit di hari tua.

 

Happy-family1

 

Ya, adakah anda terlintas untuk menyimpan mulai dari sekarang dengan keadaan kita yang sekarang ini. Berapa banyak nilai duit simpanan yang mampu kita simpan untuk pendidikan anak-anak? Berapa banyak simpanan anda untuk keperluan tabung aset anda sendiri, bukannya handphone atau kereta ya kawan-kawan, aset ini adalah yang boleh kita jana kewangan darinya dan nilainya semakin lama semakin bertambah lagi.

Dan yang paling penting, penjanaan jati diri yang anda sendiri akan corakkan sepanjang menjalankan perniagaan ini. Anda yang dulunya pendiam, kini penuh dengan idea bernas di mulut hasil dari latihan pemikiran kreatif sehari-hari. Anda yang dulunya tidak pandai berniaga mula memahirkan diri menjana kewangan sendiri yang selama ini tidak terfikir dek akal untuk terjerumus dalam bidang yang mencabar ini. Anda yang dahulunya berjiwa sensitif kini lebih terbuka menerima segala kritikan dan komen-komen demi membina positif dalam diri dan anda yang dulunya hanya fikir nak seronok-seronok sendiri telah mula berfikir untuk menjadi lebih bertanggungjawab kepada suami, anak-anak, mahupun rakan bisnes di sekeliling dan sedikit sebanyak membantu dalam mengasah bakat leadership dalam diri.

Allahuakbar.

Marilah kawan-kawan sekalian, kita buka mata hati, istikharahlah untuk mencari jalan penyesaian kepada masalah hidup kita sekarang, supaya tidak menyesal di kemudian hari.

Gunakan usia muda kita dengan sebaiknya, optimakan saat yang tertinggal kerana semakin meningkat umur, bukannya setakat semakin matang, tetapi semakin hampir kita ke alam kubur. Jasa apa yang kita boleh tinggalkan kepada keluarga jika kita gilap potensi-potensi yang tersimpan dalam nurani demi kebahagiaan keluarga kita ini.

Wallahualam. Segala yang saya tulis datangnya dari hati, tidak berniat untuk apa-apa selain dari mengharapkan para wanita membuka mata tembus sehingga matlamat anda untuk hidup 10 tahun lagi dan seterusnya. Salah dan silap kata harap dimaafkan, jika ada tersalah kata, niat saya hanyalah untuk memberi kerana Allah taala.

Jazakumullahu khairan khatira buat semua.

Yang baik dan buruk datangnya dari Allah, saya hanya perantaranya saja. Jika ingin menambah ilmu perniagaan dari saya atau ingin mengorek tips-tips lain lagi, silalah whatsapp terus saya di 016-3353567, saya sedia membantu selagi ada masa yang Allah berikan.

 

Jika anda berminat menjana kewangan bersama saya, jom katakan YES pada diri anda sendiri, dan berazamlah bertindak sesuatu yang boleh mengeluarkan diri kita dari zon kesempitan yang kita amat selesa sekarang kepada zon cekal yang membuatkan kita bersama keluarga tercinta.

 

Terima kasih ya Allah atas pilihan dan ketentuan ini.

Saya percaya yang pilihan kita yang menentukan ketentuan hidup kita. Sentiasalah bertawakkal memohon petunjuk dan perlindungan agar sentiasa berada dekat denganNya, di bawah lindunganNya.

 

 

Ikhlas,

Ainul Malik.

016-3353567

Mentor Bisnes,

Pengedar Shaklee Kajang Bangi

(Visited 284 times, 1 visits today)

2 Comments

  1. saya setuju dengan saudara, zaman kini duit gaji x cukup, semua nak bayar itu ini dan saya setuju sangat pasal kos sewa, macam x masuk akal lah kan nak sewa sampai ratus cecah ribu tuh

  2. Wanita buat bisnes hanya utk backup kewangan suami especially kalau suami dia tu rajin buat kerja tanpa putus asa, tapi pendapatan suaminya itu kurang drpd pendapatan dia. Tolong semana boleh. Allah permudahkan kehidupannya di akhirat krn suka membantu suami dr segi cukupkan kewangan dan keperluan suami.
    Keratan Komik baru share entri menarik…Barang Keperluan Asas Dapur Dibeli Atau Dicuri?My Profile

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


CommentLuv badge