Unforgettable Moment in Langkawi. 5 Stars Exclusive Trip.

Pernah terfikir mendapat hadiah percutian mewah tanpa perlu mengeluarkan satu sen pun untuk menikmatinya?

Anniversary perkahwinan kami adalah pada 5 Jun. Sungguh, hadiah percutian ke Langkawi menjadi satu kenangan yang kami simpan sampai bila bila.

Ia menjadi hadiah terindah untuk tahun 2016 ini, selain lahirnya Anis Zulaikha pada Mac yang lepas. Terima kasih suami, awak memang sangat istimewa yang tak ternilai pun nak dibandingkan dengan hadiah trip 5 star ni.

Bismillah.

 

Alhamdulillah! Surat biasa-biasa, tetapi penuh bererti pada yang menerimanya.

Tahun lepas meraikannya yang jadi tulang belakang saya, tahun ini meraikannya sebagai hasil involvement sepenuhnya kami berdua dalam bisnes. Bisnes yang bakal diwariskan buat zuriat zuriat kami.

Ke mana kami?

Pulau Langkawi, 3 hari dua malam dari 19-21 November 2016. Sempatlah tunggu Anis besar sikit untuk Mama Abah berhoneymoon ye 😀 Allah knows everything. Thank You Allah!

Penginapan mewah kami di mana?

Cantik sangat hotel ni!

Bilik kami : Premium Ocean View Room

Apa yang istimewanya bilik Westin ni selain ocean view adalah katilnya yang sangat empuk sampai super lena kami dibuatnya. Oh, rupanya katil di sini memang direka unik sebagai “heavenly bed” yang sememangnya sorga!

Dari bantal, tilam, selimut, cadar, aduhhhhhh… semua heaven lah kiranya!

Search Heavenly Bed dan korang mesti terkejut tak boleh bayang. Serius?

Nah, saya bagi link untuk dibeli katil ni untuk letak di rumah kita https://www.westinstore.cn/en/?___store=westinstore_en

Bersedia nak ikuti trip bulan madu kami?

 

Pemandangan waktu Subuh dari beranda bilik

Siap sejadah ye

Orang orang kuat yang menunjuk jalan bagaimana mendapatkan trip percutian mewah ini. Terima kasih!

 

Serius suka dengan konsep buffet ni, rasa santai dan makanannya sangat sedap, sampai boleh ambil ulang kali!

 

Nampak mulut buaya tak?

 

Bersama keluarga besar cucu saya, Pollux Family

Banyaknya gambar haishhhhh…

Okeylah, saya nak share di sini satu rahsia :

*Antara jalan mudah atau jalan penuh pancaroba*

Dulu-dulu, saya dan suami pernah berhoneymoon ke Langkawi, naik SkyBridge di Gunung Mat Cincang ni. SkyBridge ni adalah Jambatan Gantung di Puncak Gunung Mat Cincang ni lah. Pergi dan balik naik cablecar 🙂 Alah, honeymoon mestilah yang manis-manis senang senang aje kan *konon*

Kali ini, kami datang untuk kali kedua bersama misi HoneyMoon yang kedua, ya, sebagai reward atas usaha kami berdua sepanjang cycle bisnes 2015-2016 yang lepas dari Shaklee.

Semasa sampai ke Top Station Cable Car, kami diberi pilihan samada untuk naik SkyGlide turun ke Jambatan Gantung yang diberi nama Skybridge, atau mencuba SkyTrail, iaitu melalui Trek ikut hutan dengan mengikut anak tangga yang disediakan.
(Boleh rujuk gambar ke-2 yang saya ambil dari http://www.panoramalangkawi.com/skybridge/ untuk mengimbau kenangan manis aw)

Jika naik SkyGlide (masuk je ke dalam cabin yang ada landasan), dan ia akan bergerak hanya 2 minit sahaja untuk sampai ke Jambatan Gantung. Jika melalui Skytrail, kita perlu mengikut trek selama 10 minit bersama kudrat dan tenaga yang dah lama disimpan dalam badan belum test power katanya!

Wah, semua pun teruja nak menuruni anak tangga Skytrail tersebut. Turun punya turun, wah, mau semput pulak rasanya. Bila nak sampai, bila nak sampai. Sampaikan saya langsung tak pegang kamera untuk ambil gambar demi menjaga langkah mengikut susur trek yang disediakan. Terpaksalah pinjam gambar juga dari http://www.panoramalangkawi.com/skytrail/ buat pengubat rindu haha.

Okay, dalam hati dah pasang niat, balik nanti confirmlah nak naik SkyGlide tu pula, takkanlah nak ulang trek yang sama semula? Penat sangat oiiii.

Alhamdulillah, bila berjaya melalui susur jalan trek yang disediakan, terasa sungguh puas dan dapatlah kami menikmati pemandangan Gunung Mat Cincang dari Jambatan Gantung yang bergoyang goyang tu, memang sangat cantik!

Pandang ke bawah, boleh lihat pepohon hijau bersama perasaan gayat tergantung gantung di atas udara. Pandang ke depan, wahhh, saujana mata memandang, perairan Pulau Langkawi. Cantik! Sungguh cantik.

Setelah puas berada di atas jambatan, baru tersedar, alamak, dah diberi pesan agar berkumpul dalam bas jam 4.30 petang. Padahal jam dah menunjukkan hampir jam 4petang. (Naik Skycab pun dah ambil masa 15 minit, kena beratur dan sebagainya lagi memang ambil masa).

Barisan untuk menaiki semula SkyGlide sangat sangat panjang. Eh, sempat ke tidak ni nak sampai tepat 4.30 petang ke bas?

Beratur dah 15 minit, belum pun berganjak dari barisan. Kelihatan ramai juga yang memilih jalan trekking semula untuk ke Middle Station SkyCab. Hmmm tak boleh jadi ni, kami berdua terus saja memilih untuk melalui trek itu kali kedua. Saya? Tak rela tapi terpaksa!

Kaki dah betul taklarat dah ni. Tapi saya berazam untuk sampai secepat yang boleh. Tak kira, mesti sampai, mesti sampai. Siap kali ini, saya cuba berlarian menaiki trek tangga yang agak curam di sana. Saya bukan pun kuat stamina nak panjat panjat bukit segala, ya ampunnnn memang jaranglah nak join aktiviti panjat memanjat ni huhu *eh, realiti lah!*

Dalam hati : kalau keadaan biasa biasa memanglah takkan ku pilih jalan yang ini, tapi sekarang dah bertargetkan nak sampai pada masa yang ditetapkan, saya usaha juga untuk menghabiskan trek ini.

Hanya Tuhan yang tahu, dan alhamdulillah, berjaya menghabiskan trek dengan senyuman lebar dan kaki bagai nak tercabut semua sendinya! Ya, kami berjaya melakukannya berdua bersama sama! Akibat tujahan larian tadi, saya sampai dulu beberapa anak tangga dari encik suami, hihi, alamak encik suami, bagi can lah si isteri nak rakam kenangan peribadi yang tak pernah terjangka ni (Dia bagi can je tu hihi)

Rupa-rupanya bukan saya seorang je yang tak sangka boleh mendaki trek ni sebab dah terlalu kepenatan, rupanya suami jugak berperasaan yang sama. Hei, kenapa? Kalau mendaki santai santai melihat alam sekitar, tak mengapalah, tetapi kali ini situasinya, kami betul betul mengejar untuk sampai cepat ke Middle Station SkyCab untuk turun tepat pada masanya.

Muka puas bila dapat redah laluan trekking laju laju sampai semput

Dan, sebenarnya, kami adalah antara orang yang terawal yang dapat sampai ke kawasan bas dalam masa yang ditetapkan, rupa-rupanya masih ramai lagi yang belum sampai dan mengambil masa yang lama berjam jam menanti giliran SkyGlide tersebut. Oh, apa lagi, boleh terus cari surau, selesaikan solat dan bersantai santai makan aiskrim dan cekodok pisang sambil menunggu teman teman yang lain.
*Yey! Ni lah perasaannya sangat best dapat siapkan sesuatu lebih awal dari yang lain lain, boleh buat aktiviti advance gitu.

Dah sampai ke Station Cable Car kaki masih duk gigil gigil lagi hahaha, tapi muka puas dalam kesyukuran tu memang lah jelas terpancar sebab berjaya lalui pilihan yang ini.

“Yang, kita dah cipta kenangan kita kat sini,” Encik suami pun luahkan benda yang sama 

Ya, ini kisah biasa biasa. Tapi, bagi saya, sebenarnya saya tak percaya pun yang saya punya kekuatan untuk bertrekking sampai dua kali macam ni. Jalannya yang boleh tahan semputnya, lain kali kena keep fit lebih lagi lah gini haha.

Eh, saya sebenarnya nak cerita apa tau. (Ya Allah, dah panjang baru nak buka cerita?)

1. Perempuan ni kalau biasa biasa, sangguplah dia menunggu dan pilih jalan yang menyenangkan bagi dia (naik cable car pergi dan pulang).

2. Tapi, bila ada sesuatu (terpaksa kejar masa untuk sampai cepat ke bas tapi nak tunggu barisan beratur tunggu giliran super lah panjang) sanggup tau pilih jalan penuh pancaroba ni (trekking) walaupun hatinya ragu ragu.

3. Tapi hati yang ragu ragu tadi tu, boleh jadi semakin yakin dan yakin bila mana ada orang yang support dari sisi nak nak orang yang paling dia sayang (nasiblah suami ada di sisi) kalau tidak, memang ku pun beratur sama tunggu jugak berejam agar dapat naik SkyGlide tanpa perlu longgarkan urat lutut segala. Ini bukannya kebiasaan dan pilihan saya!

4. Siap boleh berlarian lagi naik trek, naik ok, sila tengok gambar laluan, demi nak mengejar masa, aduhai dah lambat dah lambat risau pulak kena tinggal bas ke apa (Nasiblah terlupa Madam Helen CEO Shaklee ada dah bagitau pagi tu, trip exclusive ni, we all takkan tinggalkan para leaders kalau ada apa-apa yang berlaku)

Dapat tangkap tak 4 point saya di atas ni? Emm, ini sudut pandang perempuanlah, lelaki saya tak tahu.

Tak kira lah, bisnes apa ke, laluan hidup ke, bagi seorang wanita, momentum wanita akan lebih kuat bila ada orang yang tersayang di sisi.

Ya, realiti nya memang ada wanita yang boleh buat ini sesorang dia. Juga mungkin sebab ada “push factor” dia pun bergerak laju bersama target hidup yang dikejarnya.

Ni saya nak cerita, wanita biasa biasa macam saya, normalnya memang beginilah kot, tanpa sedar; ia membantu melonjakkan lagi daya tujah tindakan masing masing.

Bila ada support, insyaallah wanita ni akan jadi lebih kuat. Bila support tu bercampur dengan doa dari encik suami, lagi momentumnya bertambah ganda dua.

Bila ada support, doa dan tindakan bersama-sama dari encik suami, momentumnya bertambah jadi ganda tiga! (inilah norma hidup biasa biasa, tanpa sedar memang Allah dah buat kita saling bergantung antara satu sama lain).

Kalau betul betul nak sesuatu perubahan dalam hidup berlaku dalam hidup, yang kita mulakan dengan ucapan “biarlah susah senang hidup kita bersama sama sampai mati” bolehlah bantu para isteri untuk tunjuk inner skill yang sebenarnya dia pun taktahu sebenarnya kekuatan dalaman tu adalah sampai level mana 🙂

Eh, jangan pula fikir nak support tu sampai kena buat bisnes ni sama sama dan berhenti kerja pulak. Nanti ada pulak isteri isteri ni paksa suami benti keja suh bantu bisnes dia bila baca kisah ni. No, no no. Boleh bincang hati ke hati. Boleh fikir strateginya, kerana ia berkait rapat dengan masa depan masing masing, kan.

Jauh di sudut hati isteri tu, dah dia nak bantu suami untuk mudahkan urusan bil bil keluarga, bantulah pulak dia kalau kalau dia pening kepala stuck dengan bisnesnya dengan benda benda yang boleh dibantu. Cara nak bantu ada banyak, tak semestinya mesti terus ambil buku bisnes log dia, kalau terus uruskan pun entah entah lagi dia suka agaknya, bantu leraikan anak anak bertengkar kat rumah pun dah cukup membahagiakan hatinya. Eh, macam macamlah, hanya anda yang kenal isteri masing masing kan.

Terima kasih tak terhingga pada Encik Suami yang dah beri penuh sokongan selama ini, dalam sedar tak sedar semua ni kita dapat merasa bersama sama. Jomlah kita fight hingga ke peringkat yang lebih tinggi pula. Doakan kami, ya! Semua ini berbalik pada pemegang hati hati yang Maha Berkuasa, marilah kita berdoa spesifik apa yang kita Allah nikmatkan pada kita 🙂

Back to reality, apply untuk kehidupan sebenarnya pulak.

Kipidap!

#youcandoit #keepitup
#ainulmalikstories #dalamhatiadasyorga
#sharetheloveainulmalik


Kenangan yang tak dapat dilupakan 🙂 Terima kasih Allah!

 

Pengalaman Berharga National Incentive Trip Shaklee 2016 di Langkawi. Rugi Melepas!

Belanja gambar. Sila beri sokongan untuk baca entri detail dengan komen banyak banyak untuk bagi saya semangat memecahkan rahsia manis ini 😀

(Visited 89 times, 1 visits today)

2 Comments

  1. Seronok baca. Nak lagi..

    • Baca yang kisah ni maluuu… tunggu kisah yang lain ye, banyak sangat tak ter reveal huhu. Thank u Ros sirapanggur!

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


CommentLuv badge