Tips Travel : Instant Shawl Pilihan Tudung Masakini Traveller Wanita

Gambar ihsan Google

Assalamualaikum wbh

Wahai peminat shawl semua,

Pening untuk memikirkan tudung apakah yang nak dibawa berjalan dan dimasukkan ke dalam beg bila anda travel? Bagi saya, pilihan tudung yang terbaik untuk dibawa berjalan jauh adalah instant shawl 🙂

Mengapa Instant Shawl Menjadi Pilihan untuk Travel/Mengembara/Bercuti?

Rasanya semua memang dah maklum yang jika kita ingin berjalan jauh, sudah tentu tudung yang dipilih menepati kriteria berikut :

  1. Tidak mudah berkedut
  2. Senang dibentuk di bahagian kepala
  3. Tidak licin supaya sentiasa terletak
  4. Tak perlu awning kerana akan dilipat kecil ke dalam beg
  5. Tak perlu dipin banyak
  6. Tak perlu mengadap cermin terlalu lama, terutama waktu selepas solat di surau awam/masjid.
  7. Boleh dibawa lasak ke mana-mana
  8. Senang nak masuk dalam mesin basuh

Ada tak ciri-ciri yang anda perlukan di atas tu? Ha, banyak kan ciri yang perlu menepati pilihan saya?

Jadi, di bawah ni adalah instant shawl pilihan saya, seorang ibu yang beranak dua untuk dipakai bawa berjalan jauh/mahupun dekat.

Pilihan Instant Shawl yang sesuai untuk travel :

1. Bokitta Hijab :

Ada banyak jenis Bokitta ni, saya sukakan Chic Maxi sebab labuh menutupi dada kerana saya ibu yang masih menyusukan anak saya! Setakat ni, memang saya berjalan bawak anak-anak, jadi jika nak tidur, anak bongsu akan merengek untuk menyusu, dan dengan Bokitta Chic Maxi, saya masih boleh NIP (nursing in public) dengan bertutup rapi.

  • Kainnya? Memang tak perlu iron.
  • Muka? Memang terbentuk elok
  • Pin? Pinless

Yey! Memang menepati citarasa saya yang nak jimatkan masa!

*Jimat ruang pun ye jugak, lipat kecik2 pun tak kedut hihi.

Menyusu, tutup dada

Senangnya berbokitta untuk mommies

 

2. Naelofar Hijab

Yang ini saya tunggu masa untuk grab! Aw! Mana taknya, tengok jenis fabriknya memang tak berkedut, dan senang dibentuk dan boleh digayakan dengan inner magic.

Ini setakat yang saya survey dan merasa pegang tudung nealofar kawan-kawan, memang puas hati! Ada 4 jenis rupanya, chic & basic pun dah menepati ciri-ciri yang saya mahu sama seperti bokitta, kecuali ini perlu di pin 🙂

Tudung Instant yang mudah dibawa travel

Pilihan Tudung Naelofar

 

3. Instant Shawl yang senang dijumpai di kedai tudung/booth

Ha, gitu namanya! Maksudnya, mana-mana instant shawl yang harganya berpatutan, saya rembat juga! Alah membeli menang memakai, kan? Yang penting, sarungkan saja terus terletak di muka dan tak berkedut. Kriteria utama yang tak boleh dilupa 😉

traveller mom

Jenis kainnya senang untuk dibawa travel!

 

Pakai dengan inner senang juga :)

Pakai dengan inner senang juga 🙂

 

Jadi, tiada masalah untuk fikir nak bawak tudung jenis ape, nak fikir nak iron tudung tu, kelepek ke tak, sekarang anda cuma perlu sarungkan dan menikmati keindahan dan kegembiraan sekeliling saja 🙂

Selamat bertravel para wanita, yang penting kita menjaga aurat kita. Bagi ibu-ibu, instant shawl adalah pilihan utama jika anda membawa anak-anak berjalan/mengembara bersama-sama dan bukan saja ibu, bagi mereka yang ingin urusan membawa tudung dimudahkan, pakailah saja instant shawl ya!

Semoga bergembira! Jauh perjalanan, luas pandangan 😀

 

* Kisah Saya, Alfalfa dan Travel

 

Ikhlas,

Ainul Malik

(Visited 3,019 times, 6 visits today)

4 Comments

  1. Sangat setuju dengan Puan Ainul.Tudung beginilah yang menjadi pilihan saya untuk musafir 🙂

  2. Salam. Sis boleh cuba juga Tudung Travel,warna dia boleh tengok di instagram:@tudungtravel tau! Senang nak pakai, sbb pakai mcm tudung sekolah dulu, tak payah nak iron mmg sesuai betul utk travel.

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


CommentLuv badge