Tips Elak Anak Guna Gadget Di Rumah Agar Tidak Mengganggu Perjalanan Bisnes Online WAHM

Inilah realiti sebenar WAHM!

Ibu-ibu selalu beri alasan tak sempat nak urus bisnes di rumah akibat anak-anak yang memegang gadget kita di rumah.

Bila takdapat, mulalah meraung sampai bergegar satu rumah!!

Itu masalah terbesar kita, kan, para WAHM sekalian?

Anak Sibuk Pegang Handphone, Kita Nak bisnes Macammana?

Anak Sibuk Pegang Handphone, Kita Nak bisnes Macammana?

Ha, saya pun mengalami masalah yang sama! Dah sorang pegang ipad, mesti sorang lagi nak pegang sesuatu juga, kan? Habislah, handphone ibu yang menjadi mangsa!

Nasib baik ibu ada komputer, kalau tak, memang jadi alasan TERBESAR kenapa bisnes tak berjalan dari sehari ke sehari.

Dah gitu, apa makna nak buat bisnes dari rumah?

Penat-penat dah berhenti kerja, begini pulak jadinya. Oh, sangat kasihan!

Tips Urus Anak Sambil Berniaga Online from iReach HD on Vimeo.

 

Ha, tengok ni, banyak kan tips berguna yang boleh kita apply dari saranan berguna dari video ni?

Kalau nak berjaya, kenalah ikut cara orang yang dah berjaya!

Semua tips Puan Lyna di atas akan saya buat sebagai panduan, agar anak tak conquer gadjet kita semasa kita bekerja. Kta kena hormati tau masa bekerja kita di rumah.

 

Tips Saya Elak Anak Guna Gadjet Semasa Saya Berbisnes Online

Ini pula tips tambahan dari saya :

Saya akan tutup line internet phone saya bila anak saya mula memegang handphone saya!

Kemudian, sorok cepat-cepat handphone itu.

Gantikan gadjet kita dengan aktiviti menyeronokkan bagi mereka seperti mewarna, main lego, main aci menyorok, main masak-masak dan macam-macam lagi.

Alhamdulillah, anak saya tidak menganggu saya ketika menggunakan laptop saya ini sebab untuk laptop ni, saya dah amaran keras awal-awal dari dulu lagi. Handphone je yang tidak dapat diselamatkan. Lain kali, bila beli handphone baru, terus bagi amaran sebegini kepada anak-anak, ya!

Barang-barang untuk berniaga, kita jaga elok-elok, kerana ia adalah peralatan yang kita gunakan untuk menambah pendapatan keluarga, kan?

Semoga tips yang saya berikan ini berguna buat WAHM semua!

Semoga anda semua dapat berbisnes dengan jayanya!

 

Inilah realiti sebenar WAHM!

Inilah realiti sebenar WAHM!

 

Salam ikhlas,

Ainul Malik

(Visited 169 times, 1 visits today)

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


CommentLuv badge