Tips dan Panduan Masuk Ke Masjidil Haram dan Solat di Kaabah

Kota Cinta Yang Sentiasa Hidup, Sepanjang Hari : Mekah Al-Mukarramah

Kota mana di dunia ini yang sentiasa hidup sepanjang hari, tak kira pagi, atau malam?

Jawapannya; Mekah al-mukarramah.

Masyaallah!

Tak kira, anda bangun jam 1 pagi, 2 pagi, 3 pagi apatah lagi waktu-waktu yang lain, orang sentiasa berjalan masuk dan keluar dari perkarangan Masjidil Haram di Kota Mekah.

Rindunya ya Allah, tidak terkira pada Masjidil Haram, terutamanya untuk duduk menghadap Kaabah, Bangunan yang paling suci di dunia ini.

 

Doa Masuk ke Kota Mekah :

Ya Allah! Sesungguhnya Tanah Haram ini, negeri ini, ketenteraman yang ada di dalamnya dan hamba yang ada padanya, semuanya kepunyaanMu. HambaMu ini telah datang menyahut panggilanMu dari negeri yang jauh dengan membawa dosa yang banyak dan amalan-amalan yang buruk, daku pohonkan kepadaMu sebagai permohonan orang yang sangat berhajat kepadaMu dan takut kepada azabMu supaya Dikau terima daku dengan limpahan kemaafanMu dan masukkanlah daku ke dalam syurgaMu, Jannatun Naim,

Ya Allah! Sesungguhnya ini adalah Tanah HaramMu maka haramkanlah dagingku, darahku dan tulangku dari api neraka .

Ya Allah! Selamatkanlah daku dari azab Dikau di hari Dikau membangkitkan hamba-hambaMu. Daku memohon denganMu kerana Dikaulah Allah yang tiada tuhan melainkan Dikau Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani! Dikau berselawat dan mengucapkan selamat sejahtera ke atas junjungan besar kami Nabi Muhammad dan ke atas keluarga baginda sebanyak-banyak, selama-lamanya.

 

Doa ketika Melihat Kaabah :

Kaabah

 

Tiada Tuhan melainkan Allah, Tiada Tuhan melainkan Allah, Tiada Tuhan melainkan Allah! 

Allah Yang Maha Agung, Allah Yang Maha Agung, Allah Yang Maha Agung!

Tiada Tuhan yang sebenarnya layak disembah  melainkan Allah Yang Maha Esa; Tidak ada sekutu bagiNya, Tuhan yang memerintah segala sesuatu; BagiNya segala pujian dan Dialah Tuhan yang berkuasa ke atas tiap-tiap suatu. Daku mohon berlindung dengan Tuhan yang empunya rumah ini (Kaabah) daripada kekufuran, kemiskinan, azab kubur, sempit fikiran, rahmat Allah dan sejahteranya mencucuri ke atas Junjungan besar kami Muhammad SAW, keluarganya dan sahabat-sahabatnya.

Ya Allah! Tambahkanlah Baitullah ini dengan kemuliaan, kebesaran, keagungan, kebaikan, dan tambahkanlah kurniaMu kepada sesiapa juga yang memuliakannya (Baitullah) dan membesarkannya dari kalangan yang mengerjakan haji dan umrah dengan kemuliaan, kebesaran dan kebajikan.

 

Masjidilharam

 

Betapa bersyukurnya dapat menjejak kaki ke dalam Masjidil Haram dan memandang lama Kaabah. Tidak putus-putus orang datang bertawaf dan beribadah di sini, bagaikan ada satu aura yang menarik untuk sentiasa bersemangat di sana.

Air mata?

Sudah tentulah ia sangat murah di sana. Hati mana yang tidak tersentuh apabila saat mata memandang kaabah di kala tangan diangkat untuk berdoa?

Terasa diri terlalu kerdil.

Ya Allah, jemputlah lagi kami datang ke rumahMu secepat mungkin ya Allah. Kami rindu untuk datang ke sana Ya Allah.

 

Tips untuk Mencari pintu masuk yang mudah :

Bergantung kepada hotel yang anda diami, tetapi pada masa sekarang, pintu yang paling senang dicari adalah Pintu King Fahd, dari 79 sehingga 85.

Pintu 79 adalah pintu yang besar dan sangat mudah untuk dicari berdasarkan papan tanda yang banyak di dalam Masjid.

Pintu 79, 84 dan 85 memudahkan anda untuk menolak kerusi roda/wheelchair kerana disediakan jalan yang sesuai untuk kerusi tolak ini.

Ibu bapa yang membawa stroller boleh meninggalkan stroller anda di pintu 79 ini. di bahagian kiri, terdapat satu ruang yang membolehkan anda meletak stroller anda (tanpa papan tanda). Insyaallah dengan tawakkal yang besar, stroller anda akan sentiasa ada di sana.

Berhadapan dengan pintu-pintu ini ada petanda yang senang untuk dicam seperti Menara Jam Besar, dan kedai-kedai besar yang memudahkan anda ingati seperti kedai Rolex mahupun KFC.

 

Tips untuk Mencari Waktu yang Sesuai Tawaf Sunat & Solat di Kaabah :

Bila-bila masa saja memang boleh dilakukan tawaf, kerana boleh bertawaf di tempat tawaf biasa, tingkat 1 yang dipanggil ring, dan tingkat kedua.

Bolehlah rasai sendiri waktu mana yang sesuai bagi anda.

Bahagian kaabah

Pada saya, jika datang pagi, (ini saya) boleh terus bertawaf di tempat biasa, hampir waktu zuhur best juga untuk bertawaf di kawasan ring tingkat 1 kerana ada bumbung yang menyelesakan 🙂

Waktu yang paling saya suka untuk bertawaf sunat adalah jam 2 pagi ke atas.

Waktu 2 pagi hingga sebelum masuk waktu Subuh adalah waktu yang best untuk anda mencari kawasan untuk bersolat di bahagian-bahagian seperti Hijr Ismail, Makam Ibrahim, berhadapan multazam dan hajarul aswad (bukan betul-betul berhadapan kerana kawasan itu adalah kawasan tawaf, yang saya maksudkan kawasan solat yang disediakan).

Kemudian, dalam jam 4 pagi, polis-polis masjid mula menyusun kawasan lelaki dan wanita untuk mengasingkan tempat solat antara lelaki dan wanita.

Ikuti entry saya seterusnya untuk mengetahui di manakah kawasan bersolat untuk wanita 🙂

 

Entry sebelum ini :

1. Kisah Vitamin C dan Pakcik Demam di Mekah dan Wadi Qudaid

2. Cara ke Raudhah, Taman Syurga Kekal di dunia

 

Semoga bermanfaat 🙂

(Visited 1,973 times, 1 visits today)

1 Trackbacks & Pingbacks

  1. Satu Amalan Yang Mulia Di Kota Makkah Yang Patut Dijadikan Ikutan Di Malaysia | Ainulmalik.com

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


CommentLuv badge