Sterimar, Spray Hidung Membantu Hilangkan Masalah Hidung Tersumbat Anak Saya

Sihat tanpa ubat Amni kalau selsema memang minat pegang 2 benda ni

Aiman dan Amni memang tengah selsema sekarang ni. Musim selsema, kan, nak buat macammana, dengan keadaan cuaca yang hujan dan panas tak menentu, depan rumah ada construction lagi, debu-debu tanah yang ditarah memang sangat-sangat tidak menyelesakan!

Takpelah, semuanya perlu dihadapi sekarang di samping badan membina imuniti badan.

Sejak kecil, Aiman dan Amni memang dah biasa guna Sterimar ni, iaitu spray air laut isotonik yang 100% semulajadi, tidak mengandungi pengawet, dan mengandungi garam-garam yang yang sama dengan badan kita.

Kenapa saya gunakan spray hidung sterimar ni semasa anak-anak saya selsema?

  1. Ia selamat, satu alternatif tanpa ubat yang selamat.
  2. Ia membantu membersihkan hidung dari hidung yang tersumbat dengan hingus yang pekat ataupun cair dengan mudah!
  3. Ia juga dapat membersihkan bakteria yang boleh jadi jangkitan kepada saluran telinga, hidung dan kerongkong
  4. Boleh digunakan dengan kerap.

Senang sangat nak bersihkan hidung anak-anak dengan spray ni, terumatanya bayi yang berusia sehari lagi dah boleh guna sampailah ke sebesar Aiman saya masih gunakan lagi 🙂

Spray hidung ni sebenarnya yang dicadangkan oleh Doktor di Hospital Pakar Annur semasa rawatan Aiman di waktu kecil dulu dan juga oleh Doktor di Columbia Asia Cheras untuk rawatan Amni. Doktor sendiri pun menggalakkan menggunakan spray ni lebih kerap berbanding ubat.

Saya tak jual pun sterimar ni, saya cuma berkongsi apa yang best digunakan jika anak anda mengalami selsema dan hidung tersumbat. Ia memudahkan ibu bapa untuk mengeluarkan hingus anak-anak tanpa paksaan, sebab sekali dispray, hingus akan turun dengan mudahnya dan kita hanya perlu lapkan saja hingus tu 🙂

Sterimar ni bukan untuk menghentikan selsema tau, tapi ia membantu membersihkan hidung anak-anak dengan mudah supaya tidak akan berlaku jangkitan lain. Untuk imuniti, saya memang berikan Vitamin C kunyah pada Aiman dan Amni dan juga minyak bawang putih yang saya buat sendiri untuk membantu mengurangkan selsema mereka 🙂

Sihat tanpa ubat

Amni kalau selsema memang minat pegang 2 benda ni

Semoga cepat sembuh anakku, semoga cepat sembuh semua anak-anak, ya 🙂

 

Ikhlas,

AinulMalik

(Visited 6,520 times, 3 visits today)

2 Comments

  1. Mcmne nk beli benda ni ye…

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


CommentLuv badge