Selamat ke Syurga Naurah Damia kusayang

Assalamualaikum

Baru semalam terasa melawat arwah.

Arwah merupakan anak kepada adik suami saya. Baru Sabtu lepas dilahirkan, 13/12/2014 jam 1.30 pagi dan pada hari ahad keesokan harinya, saya datang ke Kuala Lumpur melawat adik ipar yang berpantang dan anaknya itu.

Saya pula sebenarnya dalam kesihatan yang kurang memberangsangkan, sebab tu saya tak berani nak memangku Naurah. Memang comel baby ni, hidungnya tinggi, memang saya dah membayangkan dia seorang yang cantik suatu hari nanti. Suka pegang jari jemarinya yang runcing. Tapi tulah, siapa yang tak mahu lepas dari pegang bayi secomel Naurah, tapi sebab saya betul menjaga agar Naurah tidak dijangkiti, saya simpan hajat untuk memangku Naurah selepas saya sihat nanti.

Ingat lagi waktu sembang-sembang dengan ibunya, saya dengan spontan menamakan anaknya Annaurah Sofi 🙂 Sebenarnya tak tahu pun maknanya, comel kan nama tu, lembut je bunyinya 🙂 Tapi nak letak nama bukan boleh letak tanpa tahu makna kan, biarlah nama tu jadi kenangan manis malam itu kerana..

Maghrib keesokan harinya saya mendapat panggilan dari suami, mengatakan Naurah telah tiada. Berkali-kali saya suruh suami ulang, apa?apa? ya Allah, panggilan kedua saya terima dari Ibu mertua, ya Allah, betul rupanya, baby Naurah dah meninggal dunia.

Memang kelu lidah tak terkata. Cepat-cepat kami semua bersiap ke PPUM dan temankan adik ipar menguruskan semuanya. Baby Naurah meninggal akibat kekurangan gula di dalam darah.

Esoknya, jenazah dimandikan jam 10 pagi dan disembahyangkan di Masjid Ghuffran, Sungai Penchala dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Bukit Kiara.

Semuanya berlaku sekelip mata.

Kali terakhir saya melihat jenazah, selepas dimandikan, walaupun tidak tertunai hajat untuk memangkunya selepas saya sihat, saya berkesempatan mencium jenazah ahli syurga itu yang sangat comel dan bersih wajahnya. Masyaallah, memang wangi baunya. Wangi yang memang sedap hidung untuk menciumnya berkali-kali.

Bersemadilah Naurah Damia meninggalkan kami. Syukur, alhamdulillah, Naurah Damia sempat bersama-sama ibu dan ayahnya di dunia ini, sempat menikmati susu badan ibunya, sempat memeluk erat tidur atas pangkuan ibunya tanpa mahu dilepas-lepas sebelum meninggal seakan memberi khabar petanda bahawa itulah pelukan yang terakhir.

Buat Effa dan Alang, janganlah bersedih. Semoga kuat dan tabah mengahadapi ketentuanNya. Redhalah pemergian baby Naurah kerana anakmu itu memang pergi mengadap Ilahi dengan keadaan yang paling selesa ke syurga menunggu kalian di sana.

Beruntunglah anda berdua. Bersyukurlah kerana ini adalah salah satu nikmat Allah yang sukar untuk difahami tetapi nikmat ini sangat indah yang jarang dinikmati oleh pasangan suami isteri yang lain.

pediatrik

 

Kenangan bersama baby Naurah Damia akan makngah kenang sampai bila-bila 🙂

*Post ini untuk kenangan saya untuk memperingati kehadiran puteri syurga yang menunggu kedua ibu baoanya di sana.

Ikhlas,

AinulMalik

(Visited 227 times, 1 visits today)

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


CommentLuv badge