Salah Faham Masuk Ahli MLM Yang Ditakuti Masyarakat Kita

Apa? MLM?

Ish..taknaklah, nanti kena kejar sale manjang, mana reti nak meniaga?

boy_running_scared

 

Ok, ok, rileks dulu, saya nak explain sikit dulu ni biar terang semuanya 🙂

 

Apakah MLM?

MLM adalah Multi Level Marketing. Tak semua MLM iaitu bisnes Multi-level marketing membuatkan anda kerugian. Ada MLM yang patuh syariah, contohnya Shaklee yang tidak mengamalkan sistem piramid yang hanya menguntungkan upline semata-mata.

Pertama sekali yang saya nak jelaskan;

ada dua tujuan untuk masuk keahlian :

1. Untuk mendapatkan diskaun dan manfaat-manfaat yang disediakan khas untuk ahli-ahlinya

2. Untuk membuat bisnes, menjana duit sendiri

 

Pilihan Diskaun dan Faedah Yang disediakan dengan MLM

Jika anda memilih pilihan pertama, ya, anda sememangnya seorang yang bijak! Kenapa? Kerana anda telah merebut peluang yang disediakan oleh pihak syarikat untuk anda nikmati apabila anda ingin membeli sesuatu produk pada sesuatu masa.

Maksudnya, mestilah ada keistimewaan harga yang ditawarkan kepada ahli-ahli Syarikat tersebut, jika tidak, apalah beza masuk keahlian dengan tak masuk, bukan?

Contohnya, pada bulan Jun ni, beruntunglah sesiapa yang nak bercantik-cantik untuk Hari Raya nanti, memandangkan ada keistimewaan jika anda memilih untuk membeli Vitamin C ataupun Vitamin E.  Ha, siapa yang rebut peluang beli 6 botol Vitamin C atau Vitamin E, akan dapat percuma 1 lagi botol tambahan yang sebenarnya memang menjadi keperluan kita seharian.

Ataupun dengan pembelian 2 botol Vitamin C atau E, anda akan mendapat diskaun 5% lagi 🙂

 

Kenapa Vitamin C sangat perlu?

Vitamin C Shaklee yang berteknologi sustained release ni sangat-sangat saya perlukan sewaktu saya selsema. Makan 2 biji Vitamin C ni insyaallah akan berhenti selsema saya. Kerana apa? Kerana, setiap satu jam, 100mg Vitamin C ni akan dilepaskan di dalam badan, sehinggalah pada jam kelima, kerana di dalam 1 tablet ada 500 mg. Bermakna, badan saya mendapat perlindungan selama 5 jam dengan teknologi pelepasan masa ini. Jika tiada teknologi sustained release, apabila makan, Vitamin C yang sifat semulajadinya “LARUT AIR” akan terus meresap di dalam badan dan dikeluarkan dari badan dalam tempoh yang singkat. Rugi sangat, kan?

Vitamin C yang juga kaya dengan bioflavonoid ni sangat dikejar-kejar oleh peminat kecantikan kulit dan siapa yang nak putih, memang takkan lepaskan peluang dapatkan Vitamin C yang berhantu ni.

Kenapa berhantu? Ya, sebab ia dicari-cari oleh segenap lapisan umur kerana membantu dalam kecantikan dan kecerahan wajah pada mereka yang mengamalkan makan Vitamin C ni setiap hari. Sehinggakan ada suatu ketika dulu, Vitamin C ni dah direpack dan dijenamakan sebagai Vitamin Organik yang dijual jauh lebih mahal dari harganya yang sebenar! Tetap juga orang beli walaupun mahal berganda sebab apa? Sebab kesannya yang awesome!

Vitamin C dicari-cari oleh wanita yang mengandung, yang menyusukan anak, berpantang kerana cepat membaiki luka, dicari oleh orang yang ada alahan dan resdung, dan bermacam-macam fungsi lagi kerana ia menjadi booster kepada mineral-mineral lain untuk diserap sepenuhnya di dalam sel badan dan juga tindakan vitamin dan mineral di dalam badan.

 

Keistimewaan Vitamin E

Vitamin E pula memang terkenal kerana dapat memudarkan parut wajah, menjadi supplement yang dicari-cari oleh pasangan yang ingin meningkatkan kesuburan dan mempunyai masalah dalam hubungan keintiman. Ya, ia terkenal kerana menjadi supplement semulajadi yang didatangkan khas dengan selenium, yang membantu penyerapan berkesan Vitamin E ini di dalam badan, yang tidak ada pada Vitamin E sintetik di pasaran. Apatah lagi pesakit-pesakit kanser atau yang lain-lain yang memerlukan antioksida tinggi, sememangnya sangat-sangat disarankan untuk mengambil Vitamin E ini.

 

 

Testimoni Vitamin C E

Dengan Produk yang BERKUALITI, barulah pasaran sentiasa ada untuk MLM ini kerana ia mendatangkan manfaat pada kita semua 🙂

 

Setelah saya senaraikan segala berita-berita gembira mengenai Vitamin C dan Vitamin E ini, ada satu BONUS yang istimewa dihadiahkan kepada anda yang ingin masuk keahlian bersama Shaklee ini!

Sempena dengan kehadiran Vitalea, MultiVitamin semulajadi yang pertama di dunia, Syarikat Shaklee menghadiahkan kepada anda semua sebotol Vitalea buat menghargai kepercayaan anda join Shaklee pada bulan ini.

Perkataan Vitamin yang kita gunakan sekarang ini pun berasal dari Vitalised Mineral (nama asal Vitalea) yang telah ditambahkan lagi formula dengan adanya Iron (Zat Besi) yang membantu dalam pembentukan hemoglobin kita.

 

Sanggup syarikat menghadiahkan Vitalea kepada ahli barunya?

Ya, Shaklee sanggup menghadiahkan Vitalea yang bernilai RM88.75 sebotol ini kerana mereka yakin untuk berkongsi Vitamin yang berkualiti kepada orang-orang yang sangat perlukan multivitamin ini. Memang Vitalea ini supplement yang berkualiti, masakan tidak ia dapat bertahan selama 100 tahun di pasaran dan sentiasa menjadi buruan penduduk dunia sehingga sekarang!

 

Faedah lain yang boleh anda nikmati bersama Shaklee

Itu baru mengenai diskaun dan hadiah kepada ahli, belum lagi 3C yang ditawarkan Shaklee iaitu Cash, Car dan Convention.

Bagi setiap ahli yang tidak kira berniaga ataupun makan sendiri yang dah dapat mencapai sesuatu mata (point) layak menerima Bonus dari Shaklee. Begitu juga duit kereta dan Convention yang disediakan dalam negara mahupun luar negara.

Oh, ya, esok National Conference akan bermula! Ia diadakan setiap tahun di dalam negara untuk meraikan ahli-ahli yang berusaha sepanjang tahun menyebarkan kebaikan vitamin semulajadi ini kepada masyarakat sekelilingnya. pada masa yang sama, pihak Syarikat akan memberi penganugerahan pingat kepada Star Achiever yang telah menunjukkan prestasi memberangsangkan dalam usaha berkongsi kebaikan supplement semulajadi ini. Untuk Convention di luar negara, ahli-ahlinya akan diraikan untuk pergi Umrah ataupun juga ke Italy pada tahun ini. Seronok, kan?

MENJAWAB SOALAN; ADAKAH MASUK AHLI PERLU BERBISNES?

Jawapannya tidak perlu pun. Masuk ahli untuk dapatkan keuntungan pada diri sendiri. Jadi, pilihlah MLM yang membawa keuntungan pada diri sendiri.

Pilihan untuk berbisnes?

Ini pilihan sendiri, jika hati nak cuba, apa salahnya 🙂

 

 

Pilihan untuk Berbisnes

Oh, ini dah masuk point kedua sebenarnya, iaitu untuk berbisnes. Akan tetapi, pada saya, ramai yang masuk ahli ni bukanlah ingin berniaga seperti saya pada awalnya, namun setelah mencuba dan merasai sendiri kebaikan vitamin ini, apa salahnya saya berkongsi tentang manfaat mengamalkan vitamin semulajadi ini kepada orang-orang di dalam lingkungan hidup saya. Akhirnya, ia telah membuatkan saya terjebak ke dalam bisnes tanpa saya sedar.

Ini maksudnya, untuk orang yang tidak berniat berniaga, mungkin lambat untuk membuat keputusan untuk merasai faedah-faedah yang disediakan syarikat, namun bagi mereka yang memang berhajat untuk berniaga, anda telah membuat keputusan yang tepat untuk menyertai Shaklee dan menjadikannya sebagai sumber pendapatan dan kerjaya tetap anda 🙂

 

Pada saya sendiri, keputusan untuk meletakkan jawatan tetap saya pada suatu masa dulu, adalah menepati kehendak jiwa saya yang inginkan lebih masa bersama keluarga dan anak-anak saya.

 

Ya, saya mempunyai time freedom sekarang, yang tidak terikat kepada waktu bekerja dan tidak perlu memohon cuti jika anak-anak saya tidak sihat. Saya boleh melihat perkembangan mereka 24 jam di depan mata dan ini membuatkan hati bertambah lega kerana dapat menikmati saat-saat mereka membesar sekarang ini. Masyaallah, sujud syukur atas nikmat ini dan saya sedang menuju ke financial freedom seperti yang dihajatkan kerana dengan perniagaan ini, saya dapat menjadikannya sebagai pekerjaan utama menggantikan profesyen lama dahulu dengan gaji yang lebih tinggi. Benarlah bagai disaran oleh rasulullah, perniagaan itu adalah 9/10 dari punca rezeki. Sama ada anda berani atau tidak untuk menongkah arus, ia yang menentukan jatuh bangun anda dalam menentukan hala tuju perniagaan anda.

 

Keistimewaan MLM

1. MLM : Multi level marketing, yang telah disediakan sistemnya, kita ikut saja, tanpa perlu pening memikir untuk membentuk sistem perniagaan sendiri.

2. Begitu juga dengan adanya Mentor, bukan satu, dua, malahan semua Upline di atas kita adalah Mentor kita, bayangkan berapa ramai guru yang boleh anda kejar untuk mendapatkan ilmu dalam membangunkan perniagaan anda ini?

3. Juga kerjasama yang erat antara rakan-rakanniaga membantu lagi mempercepatkan kemajuan perniagaan anda ini. Saya sangat sayangkan pesaing-pesaing saya di dalam Shaklee ini, kerana mereka lain dari yang lain, bukannya bermusuh berlawan sesama sendiri, tetapi merekalah yang bekerjasama saling bantu membantu sesama sendiri untuk bersaing secara positif untuk sama berjaya dan kejayaan ini memang dikecap bersama-sama. Ya, indahkan ukhwah ini?

 

Mungkin sebelum anda mengatakan “Ya” untuk menyertai MLM ini, banyak perkara yang perlu ditikberatkan, iaitu :

1) Adakah MLM itu patuh syariah?

2) Bagaimanakah sistemnya?

3) Apakah produk yang dipasarkannya atau anda mendapat imbuhan dan keuntungan atas angin saja?

4) Adakah produk itu mendapat kelulusan yang sepatutnya?

5) Adakah produk itu menjalani kajian terperinci dan bukannya mendapat kajian dari satu pihak sahaja untuk mengelakkan pilih kasih?

6) Apakah benefit dan manfaat yang disediakan oleh pihak syarikat?

7) Siapakah orang yang ingin menaja anda untuk bersama dengannya?

8) Kumpulan manakah yang ingin anda sertai itu?

 

Pastikan anda membuat pilihan yang tepat, jika anda bernasib baik berjumpa dengan MLM yang memenuhi kriteria yang anda mahu, apalah salahnya mencuba untuk membantu keluarga menampung segala tanggungan masakini yang semakin tinggi nilainya?

Insyaallah, pilihan anda itu akan membuatkan anda sujud syukur setiap hari kerana dapat membantu meluaskan rezeki dengan izin Allah.

Ya, saya merasa sangat bersyukur kerana telah tidak sengaja join MLM ini dan keputusan untuk serius menyertai Shaklee adalah tepat kerana saya dapat berkongsi banyak kebaikan-kebaikan vitamin semulajadi ini kepada masyarakat umum dengan meluas lagi. Semoga anda semua semakin sihat, ceria dan bahagia!

 

Ingin bersama-sama saya? Kita bina impian bersama-sama!

NC 2014

Kenangan NC 2014 🙂

 

Ikhlas,

AinulMalik

Whatsapp 016-3353567

 

* Entry ini saya dedikasikan buat suami tersayang, sempena Anniversary Perkahwinan kami yang keenam, insyaallah Sabtu ini, sempena National Conference 2015, akan kami raikan anniversary ini dengan Award 2015 yang bakal diterima, bukti hasil usaha kami suami isteri dalam membangunkan perniagaan kami. Allahuakbar, semoga Allah melindungi kami, rezekikan kami dengan rezeki yang halal dan diluaskan lagi rezeki kami. Amin.

(Visited 149 times, 1 visits today)

3 Comments

  1. Alhamdulillah MLM yang lain dari yang lain. Tak pernah terfikir akan menyertai group hebat ini. Thanks kak ainul =)
    Ibu Zarith baru share entri menarik…Kulit Licin Mulus Selepas 7 Tahun Menderita Jerawat BerkawahMy Profile

  2. Orang yang belum buat takkan tahu dan faham. MLM actually sangat bagus dari segi penagihan keuntungan. Sape rajin dia dapat lebih!

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


CommentLuv badge