Resepi Spiral Mudah yang Menambat hati Anak-anak Saya
Assalamualaikum 🙂
Puan-puan dah sedia nak masak sarapan esok hari? Jom, saya kongsi resepi memasak Spiral yang mudah lagi sedap untuk disediakan kepada keluarga tersayang.
Resepi ni saya kongsi pada mulanya di instagram saya, dan bagus dijadikan koleksi resepi di blog peribadi saya ini, mana tahu, entah-entah lepas ni Amni pulak nak masak pada anaknya nanti hihi.
Resepi Spiral Mudah ala Ainulmalik :Â
1. Rebus spiral dengan olive oil dan garam, selama 10 minit atau tengok pada keadaan spiral tersebut, toskan.
2. Di kuali lain, tumis bawang putih dengan olive oil
3. Taburkan mixed herbs untuk naik baunya
4. Tumis sedikit sos pasta cendawan bersama tomato (tin) kuantiti sudu yg digunakan terpulang pada individu
5. Masukkan sedikit air, 1 sudu gula dan garam secukup rasa
6. Masukkan hirisan ayam dan masak hingga ayam empuk
7. Masukkan hirisan Italian chicken frankfurter (ada rasa panas lada hitam)
8. Saya masukkan 1 sudu low fat milk
9. Masukkan spirals tadi
10. Gaul2kan dan masukkan 1 biji telur dan sambung masak
11. Akhir sekali, sagat (hiris) keju chesdale semasa spirals masih panas di atasnya!
Anak-anak anda pasti menggemarinya! Jika tak cukup bahan tak mengapa, tauk saja apa yang ada yang penting air tangan ibu yang memasak untuk anak-anak mereka, tak gitu?
Masakan pengikat kasih sayang kita sekeluarga! Semakin hari, semakin sayang 🙂
Sharing is loving,
Ainul Malik
016-3353567
Leave a comment