Resepi Sambal Tumis Sotong Kembang

Assalamualaikum mommies 🙂

 

Mahukan resepi yang cepat dan penyediaannya ringkas? Tapi sangat awesome bila masuk mulut, tekak dan sampai ke perut 🙂

Saya ni memang suka yang simple-simple tapi sedap, menjimat masa katanya!

sotong kembang

 

 

Ok, jom kita tengok resepinya :

 

Bahan-bahan :

Sotong kembang 1 ekor

Bawang putih 2 ulas

Bawang merah 2 ulas

Bawang besar dipotong bulat

Serai

Cili boh/ cili kisar

Air asam jawa

Kacang tumbuk

Garam dan gula secukup rasa

 

Cara-caranya :

  1. Rebus sotong kembang selama 5 minit dan toskan
  2. Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih dan bawang merah
  3. Tumis cili kering sehingga masak dan masukkan sedikit air untuk pastikan cili kisar masak dengan sempurna
  4. Masukkan serai (titiskan serai) dan masukkan air asam jawa
  5. Masukkan garam dan gula secukup rasa, kalau saya, saya akan lebihkan gula (3 sudu besar) untuk anak-anak kecil mudah nak makan masakan ini 🙂
  6. Masukkan sotong kembang
  7. Masukkan bawang besar yang dipotong bulat
  8. Jika ada kacang tumbuk, masukkan 2 sudu besar kacang tanah yang telah digoreng dan ditumbuk
  9. Masak sehingga betul-betul masak
  10. Sedia dihidang untuk sekeluarga!

Mudah sangat kan resepi ni?

 

Selamat mencuba!

(Visited 11,995 times, 5 visits today)

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


CommentLuv badge