Resepi Pisang Goreng Cheese Yang Sedap dan Mudah
Assalamualaikum mommies π
Tekak ni bila datang perasaan teringin nak makan, cukup bahan, mesti tergerak terus nak buat.
Maklumlah, anak-anak saya suka sangat dengan pisang mentah. Β Kebetulan, ayah datang bawakan pisang Abu untuk digoreng, terus teringin nak buat pisang goreng cheese.
Prinsip saya, masak saja resepi yang mudah, tetapi dapat menggembirakan hati orang yang tersayang π Jom, saya nak kongsi resepi untuk buat pisang goreng cheese ni pada semua π
Cara Membuat Pisang Goreng Cheese mudah :
Bahan-bahan yang diperlukan :
- Pisang untuk digoreng
- Tepung goreng pisang @ bancuhkan saja tepung gandum bersama sedikit tepung beras, garam dan air (kuantiti agak2)
- Cheese buku (cheesedale)
- Gula perang
Nah, bahan pun tak banyak, mari kita mulakan sekarang. Untuk kali ni, saya pertama kali guna tepung goreng pisang Nona, sedap rangup juga π
Cara-caranya :
- Panaskan minyak di dalam kuali
- Potong pisang, dan gaulkan pisang tadi ke dalam bancuhan tepung
- Gorengkan pisang berkenaan
- Selepas angkat, toskan dan terus taburkan gula perang ke atas pisang yang panas ini.
- Terus parut cheese tadi ke atas goreng pisang tadi, dan hidangkan.
Kalau ada coklat Hersheys tu, yang selalu diletak atas aiskrim tu, tak kira yang berbentuk sos mahupun coklat tabur boleh letak, lagi sedap!
Mudah sangat nak buat kan π Antara nak dengan taknak je kan, hihihi. Biasalah tu, saya pun begitu. Alhamdulillah, bila buat, anak-anak makan dengan gembira, kita pun gembira!
Seronok kan memasak untuk keluarga!
Kebetulan, hari yang saya sediakan ni tengah panas terik, kita hidangkan dengan air performance drink sejuk, seronok tengok anak-anak menikmati makanan petang ni dengan lahapnya π
Semoga perkongsian ini dapat mengukirkan senyuman buat anda dan orang yang tersayang π
Ikhlas,
Ainul Malik.
wow.. teringat first time makan pisang goreng cheese ni masa gi Kuching.. sekarang bukan main femes pulak dimana-mana. Thanks share resepi, boleh orang Qatar ni buat dan makan sendiri-sendiri π
Yeen baru share entri menarik…Sukanya training minggu pertama Madrid Marathon 42.195km
Saya first time masa datang KK, terus teringat2 hihi… sejauh2 Qatar pun tapi dekat di hati π Jom tukar2 resepi lain π