Resepi Lempeng Pisang Mudah dan Sedap

Mudahnya buat lempeng pisang ni

Assalamualaikum mommies 🙂

 

Dah lama tak share respi kan di sini, ha tu la, banyak update yang terlepas sebenarnya. Takpelah, mana yang boleh dikejar kita kejar 🙂 Alhamdulillah, pagi tadi terasa nak buat lempeng pisang. Pisang ada, fikir2 nak buat cekodok, makan petang lagi best, so, pagi-pagi kita masak yang berat sikit, lempeng pisang 🙂

 

Sebenarnya, senang sangat nak sediakan lempeng pisang ni. Dalam 15 minit dah boleh siap semuanya, so mommies yang nak cepat boleh masukkan lempeng pisang ni dalam senarai menu sarapan pagi harian, ya 🙂

 

Bahan-bahan yang diperlukan :

  1. 6 pisang dilenyekkan
  2. tepung gandum 15 sudu, agak-agak
  3. Sebiji telur
  4. Sedikir air
  5. Garam

Ringkas saja bahan-bahannya. Saya tak masukkan gula sebab tak suka terlalu manis. Tapi, siapa ada serbuk kelapa, boleh tabur sekali dalam ramuan ni ya. Saya lenyekkan pisang terus, ada yang suka potong nipis-nipis, kan, ikut citarasa sendiri.

Panaskan sedikit minyak di atas kuali non stick, dan ambil 1 senduk adunan di atas yang dah digaul sebati dan bentukkanlah guna senduk lempeng yang anda gemari.

Senang, kan!

Boleh makan dengan kuah sardin, mahupun kuah kari/gulai ayam ataupun ikan. Itupun sempat je nak sediakan pagi-pagi, senang, dah terus ada lauk tengahari, hihi.

Jom layan gambar 😀

Mudahnya buat lempeng pisang ni

Mudahnya buat lempeng pisang ni

 

Prinsip saya, mudah dan jimat masa tapi sedap!

Anak-anak pun suka, suami pun boleh bawak bekal ke pejabatnya 😉 Yang penting, hasil air tangan suri di rumah ini sentiasa menjadi hidangan pada keluarga, walaupun yang senang-senang, kasih sayangnya sentiasa masuk ke perut keluarga tercinta 😉

 

Selamat mencuba!

 

Salam kasih sayang,

Ainul Malik

(Visited 53,551 times, 6 visits today)

5 Comments

  1. boleh juga cuba buat lempeng nih.

    lama tak makan lempeng pisang.
    ohcikgu baru share entri menarik…Aliya RINDU ayah ye?My Profile

  2. Saya penggila pisang, mungkin boleh cuba resepi ni.
    Helmi Aliarit baru share entri menarik…Acara Sepanjang 4 Hari 7th Putrajaya International Hot Air Balloon Fiesta 2015My Profile

  3. sis, sy dah try resepi, menjadi…selama ni buat lempeng xpnh jadi…tq very much

1 Trackbacks & Pingbacks

  1. Idea Resepi Memilih 6 Jenis Makanan yang Terbaik untuk Anak, Situasi Ibu Menangani Anak Picky Eater | Sihat Cerita Bahagia

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


CommentLuv badge