Resepi Cara Buat Plastisin Sendiri Tanpa Cream of Tartar

Assalamualaikum mommies 🙂

Teringin nak buat playdoh, tetapi taktau mana nak cari cream of tartar? Saya pun mencari dan belum jumpa.

Jadi sebab Aiman dah minta nak playdoh setiap hari, saya dah cuba buat plastisin sendiri tanpa menggunakan cream of tartar. Krim tartar ni orang guna untuk buat ising kek dan berkenaan dengan pastri, jadi nanti kita cari dekat kedai buat kek ye 🙂

Resepi Plastisin Tanpa Krim Tartar

Bahan-bahan :

1 cawan tepung

1/4 cawan garam

1 cawan air

1 sudu makan minyak

3 sudu teh cuka

pewarna makanan

 

Cara Buat Plastisin Home-made:

  1. Masukkan semua bahan kecuali pewarna ke dalam kuali
  2. Adunan ini saya bahagikan dua kerana hanya ada 2 pewarna makanan, hijau dan merah.
  3. Kacau atas api yang sederhana dan bila menggumpal semuanya, tutup api.
  4. Terus sejukkan dan uli sehingga doh jadi cantik.

Alhamdulillah, pada hari pertama :

  1. Plastisin tidak melekat dan tidak kotor
  2. Adunan tidak terlalu berminyak
  3. Anak-anak dapat main dengan selamat
Tepung gandum digunakan untuk membuat plastisin

Tepung dimasukkan ke dalam kuali

Cara membuat plastisin yang selamat

Adunan yang panas disejukkan dulu untuk membentuk doh

Pendedahan awal kanak-kanak

Aiman penolong chef

 

Pewarna makanan digunakan untuk doh ini

Pewarna makanan digunakan untuk doh ini

Plastisin membantu anak menjadi kreatif

Aiman nak buat ular

Plastisin dan kanak-kanak

Amni buat kek

Senang membuat plastisin sendiri

Berjaya buat plastisin sendiri!

Pada hari kedua :

  1. Plastisin jadi lembik
  2. Dah mula melekat di lantai

Tak mengapa, mommies jangan risau, jom kita cuba buat plastisin kedua dengan resepi yang berbeza 🙂

Sekurang-kurangnya, anak-anak dah dapat main dengan gembira seharian, kan?

Anak suka, ibu pun gembira 🙂

Jom sebarkan kasih sayang anda!

 

Ikhlas,

AinulMalik

 

(Visited 5,593 times, 1 visits today)

1 Comments

  1. bestnye….nnt boleh la cuba buat nie…

    anak2 pun memang suka main playdoh..asyik kena beli je…lps nie blh la buat sendiri…

    tq for the recipe 🙂

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


CommentLuv badge