Resepi Butterprawn Udang Tiger : Senang Rupanya Buat Jaringan Telur

Assalamualaikum mommies

Wah, dah keluarkan bahan mentah dari peti ais untuk masakan malam ni? Ha, hari ni saya nak kongsi resepi dan cara masak butterprawn dan cara buat jaringan telur tu.

 

Eh, saya pun tak expert lagi tau, saya ni suka cuba-cuba untuk masak kepada keluarga tercinta. Tagline saya > biar mudah dan santai, asal keluarga saya makan dengan lahapnya. Wow! Ai loike! (mode perasan sendiri hahaha)

 

Ok, kita kembali kepada cara masak butterprawn ni. Saya jumpa banyak resepi di internet, tapi saya dah ubahsuai sikit dari blog asal hairul.com sebab anak-anak saya tak makan pedas πŸ™‚ Disebabkan itu, saya share resepi saya ni buat mommies yang ada anak kecil macam saya.

 

Cara Masak Butterprawn Udang Tiger/harimau :

Bahan-bahannya Jaringan Telur :

  1. 4 biji kuning telur
  2. 100 gm butter
  3. 1 sudu serbuk kunyit

Bahan-bahan Udang :

  1. Udang harimau (saya guna 4 ekor saiz sederhana)
  2. 13 ulas bawang putih yang ditumbuk
  3. 1 sudu besar serbuk kari
  4. Setengah tin susu cair
  5. Garam dan gula secukup rasa
  6. Daun kari beberapa batang

 

Bawang, telur yang diasingkan dan tiger prawn

Bawang, telur yang diasingkan dan tiger prawn

Cara sediakan jaringan telur butterprawn yang mudah :

  1. Pukul 4 biji kuning telur biasa-biasa, jangan terlalu kembang.
  2. Panaskan kuali dan masukkan 100 gm butter (atau lebih ikut suka)
  3. Setelah butter cair, tuang kuning telur dari atas sedikit-sedikit dengan tangan kiri
  4. Tangan kanan, terus kacau butter dan telur di dalam kuali dengan senduk berbentuk putaran tanpa henti.
  5. Masukkan terus 1 sudu besar kunyit dan sambung kacau telur tadi sampai kuning keemasan.
  6. Angkat telur sebelum butter mencair tu mebuak-buak.
  7. Terus angkat dengan penapis halus besi, toskan telur tadi. Jangan ambil lebihan butter.
  8. Hasilnya, tara! oklah tu, cubaan pertama gemuks U! (sebelum ni saya masukkan telur sebijik2 semasa menggoreng udang dengan butter)

 

Cubaan pertama, hahaha, gemuk-gemuk you, ada yang halus kena asingkan untuk hiasan di pinggan

Cubaan pertama, hahaha, gemuk-gemuk you, ada yang halus kena asingkan untuk hiasan di pinggan

Cara sediakan butterprawn utama :

  1. Panaskan kuali lain dengan minyak masak (lebih kurang 4 sudu).
  2. Masukkan bawang putih yang telah ditumbuk tadi.
  3. Setekah naiv bau, masukkan 1 sudu serbuk kari yang telah dibancuh dengan sedikit air, tumis hingga naik minyak.
  4. Masukkan setengah tin susu cair.
  5. Masukkan udang harimau tadi bersama daun kari.
  6. Ambil separuh dari kuning telur butter tadi dan masukkan ke dalam kuali ini.
  7. Masukkan garam dan gula sesedap rasa yang anda suka πŸ™‚
  8. Angkat udang ini dan taburkan lebihan telur butter yang ada tadi dan hidangkan kepada keluarga anda!

 

Mudah sangat kan! Saya buat masakan ni hari Ahad minggu lepas, baru nak update. Anak-anak akan makan dengan riangnya, cubalah buat ya!

 

Hidangan untuk keluarga, yang penting air tangan kita :)

Hidangan untuk keluarga, yang penting air tangan kita πŸ™‚

 

Yang penting air tangan ibunda πŸ™‚ Jika berminat untuk berkongsi resepi ini, silakanlah sebab saya pun Β belajar masak hasil perkongsian internet dan di sekeliling saya juga πŸ˜€

 

Practice makes perfect!

 

 

Ikhlas,

Ainul Malik

(Visited 625 times, 1 visits today)

2 Comments

  1. Wah..hebat! tak pernah berjaya pon buat jaringan lebah ni, hehe
    Ibu Zarith baru share entri menarik…Menderita Sakit Lutut Akibat Sering Melancong Ke Luar Negara?My Profile

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


CommentLuv badge