Rehlah Santai Naila di Sungai Buloh

Bersantai sambil mengutip ilmu

Assalamualaikum semua 🙂

Alhamdulillah, Ahad lepas sempat saya berkunjung ke rumah kenalan bisnes, Kak Sue Aleen.

Terima kasih atas layanan yang sangat best, dihidangkan dengan makanan yang sedap-sedap belaka.

Kak Sue masakkan roti jala berlaukkan gulai ayam dan lasagne, Kak Long Rabiatul bawa puding roti, saya bawa kuaetiaw goreng dan Kak Jaya bawakan pau goreng.

Wah, memang kenyang perut dan kenyang minda sebab kami buat pengisian hari yang berilmiah di sana. Berdiskusi mengenai perjalanan bisnes masing-masing dan tips dan strategi yang akan dijalankan seterusnya.

Petangnya, kami dibawa ke ladang kuda yang berdekatan dengan Saujana Utama Country Heights. Eh, ada 14 ekor kuda tau di sana, termasuk kuda Dato’ Sri Dr M tau. Ha, tegap dan cantik kudanya!

Rehlah Naila Ladang kuda

Alhamdulillah, semoga keluarga Bisnes Naila berkembang maju dan produktif di atas jalinan silaturrahim sebegini 🙂

Kita jaga hubungan dengan Allah dan sesama manusia, insyaallah segala-galanya berjalan lancar.

Saya sayangkan keluarga Naila saya!

(Visited 165 times, 1 visits today)

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


CommentLuv badge