Realiti Mahasiswa : Relevankah Bisnes MLM untuk Menjana Pendapatan? Cerita Dari Pengalaman.

Jana duit Dah Bersedia Dengan Langkah Pemula Kehidupan?

Masa kini, semua keperluan memerlukan duit yang banyak. Buku rujukan, handphone, makan, semuanya satu keperluan.

Seboleh-boleh masa akak belajar dulu, ayah memang berusaha menyedarkan akak untuk apply biasiswa. Mulanya, memang rasa tak yakin, biasalah, kita lebih mengikut kawan-kawan, tak dapat peluang biasiswa sebelum melanjutkan pelajaran ke U, terus tak mintak sampai bila-bila dan mengharapkan sepenuhnya pada Pinjaman Kewangan yang telah disediakan.

Namun, setelah tiada usaha yang akak buat, ayah akak sendiri yang berikan borang-borang tawaran biasiswa supaya akak isi dan dia sendiri yang poskan borang-borang tu supaya betul-betul terjamin sampai permohonan itu ke tempatnya.

Masyaallah, sampai begitu sekali naifnya akak zaman belajar dulu. Tapi, akak percaya yang adik-adik juga berperasaan yang sama, and you know what? Memang akak dipanggil menjalani temuduga dan berjaya mendapatkan Biasiswa walaupun dah masuk ke Tahun Kedua Pengajian di U dulu.

Kalau tak cuba, tak tahu, kan?

Ha, akak memang sangat berterima kasih pada ayah akak kerana akak takperlu menanggung hutang pengajian yang tinggi dan hanya membayar hutang semasa di Tahun Pertama pengajian saja. Sujud syukur, akak terlepas dari bebanan ini.

Terima kasih UM mengajarku mengenali dunia :)

Terima kasih UM mengajarku mengenali dunia 🙂

 

Mulanya memanag tak rasa lagi bebanannya, dah kerja, penyata dah sampai, tak terbeliak biji mata melangsaikan hutang pendidikan sahaja?

 

Masuk peringkat Sarjana, kita dah pandai, mencari peluang dan syukur akak memang dapat tajaan penuh dari Kementerian Sains dan Teknologi Alam Sekitar.

Tapi, masa itu, walaupun dah dapat biasiswa, masih ada hati lagi mencari duit tambahan kerana akak belajar di Shah Alam, berkereta dan dah memasang hajat untuk berkahwin 🙂

Ha, banyak tau nak pakai duit untuk kahwin ni. Mohonlah akak mengajar tuisyen di Bandaraya Shah Alam semasa sedang menulis tesis, yang sebenarnya potong duit minyak, lepaslah untuk simpan beberapa puluh ringgit sebulan. Jadi, nak dapatkan ratus, akak mengajar di dua pusat tuisyen yang berbeza.

Bukan kata kita ni membazir-bazir, tetapi ianya memang realiti hidup di bandar, memang memerlukan duit yang banyak untuk bayar sewa rumah dan segala bil2 lain lagi.

Alhamdulillah, sambut konvo Sarjana masa berpantang, lebih manis bersama cinta-cinta hati

Alhamdulillah, sambut konvo Sarjana masa berpantang, lebih manis bersama cinta-cinta hati

 

Sempatlah bekerja 6 bulan sebagai seorang Pensyarah, akak terus berkahwin. Dan akak tak menyesal pun terus berkahwin walaupun baru bekerja 6 bulan, sebab umur pun dah 26 masa itu, mahu tunggu berapa lama lagi ye sebelum berkeluarga? Perkahwinan kan satu komitmen 🙂

Pengalaman Mengajar Bakal-Bakal Doktor yang mewarnai dunia perubatan Dunia

Pengalaman Mengajar Bakal-Bakal Doktor yang mewarnai dunia perubatan Dunia

 

Setelah dapat anak sulung, barulah akak cuba untuk berbisnes yang asalnya adalah MLM, iaitu Multi-Level Marketing.

Alhamdulillah, mujurlah akak berjumpa dengan MLM yang betul. Akak menyesal pulak sebab tak mulakan bisnes ini sejak jadi mahasiswa dulu. Sebab apa akak berani cakap begini?

Jika akak dah mulakan bisnes ini sedari awal :

  1. Akak dah mula menabung dengan gandaan duit simpanan masa depan untuk kegunaan yang lebih besar pada usia yang muda
  2. Dah boleh berdikari tanpa bergantung kepada orang tua untuk keperluan-keperluan diri sendiri
  3. Dah boleh beli aset-aset di usia yang muda yang harganya pasti akan semakin naik dan naik tahun demi tahun
  4. Membuat tabungan Haji dengan lebih awal lagi
  5. Mencapai tabungan Financial Freedom dengan lebih cepat lagi untuk penjanaan ekonomi keluarga kita sendiri

Yelah, bila dah kahwin, tanggungan lebih besar. Pastilah kita nak berikan servis kesihatan yang terbaik buat anak-anak, tabungan insurans, tabungan pendidikan sendiri di sekolah yang lebih baik dan banyak lagi keperluan-keperluan lain yang kita mahu nikmati bersama keluarga.

 

12 Sebab Untungnya akak berjumpa dengan bisnes MLM ini kerana :

  1. Tokoh-tokoh bisnes dan jutawan dunia memang mengesyorkan belajar berniaga dari MLM kerana bisnes ini bersistem, mempunyai mentor dan jalan yang mudah untuk berjaya
  2. MLM yang akak ceburi ini memang patuh syariah, tiada sistem orang atasan memijak orang bawahan, setiap bulan, mata paras minima adalah kosong supaya adil untuk semua
  3. MLM ini memberikan bonus berdasarkan prestasi diri sendiri, jika tidak berusaha bulan itu, tiada bonus yang didapati.
  4. MLM ini memberi peluang yang sama rata kepada semua untuk naik, bukannya leader sahaja, orang bawah boleh lompat rank lebih tinggi bertangga-tangga dari orang atasannya jika prestasinya lebih bagus.
  5. Produk yang ditawarkan oleh bisnes ini sememangnya mendapat pengiktirafan dunia, berkualiti dan mempunyai kajian-kajian saintifik yang diiktiraf pihak ketiga, iaitu saintis yang tiada kaitan dalam bisnes ini.
  6. Peluang untuk mendapatkan financial freedom pada usia yang muda insyaallah bakal menjadi realiti kepada mereka yang komited dan berusaha.
  7. Anda akan mencapai time freedom seawal yang mungkin dan judah untuk menguruskan keluarga, keperluan anak-anak kecil yang perlukan perhatian penuh di zaman yang serba mencabar ini.
  8. Kita tak perlu bersusah hati dengan pencen yang hanya mendapat separuh dari gaji biasa yang kita dapat setiap bulan, jika bulanan RM3000, relevankah mendapat pencen yang hanya RM1500 sebulan untuk hidup sekarang ni?
  9. Peluang untuk berbakti kepada ibu bapa dalam usia yang muda, menghadiahkan pekej 5 bintang Umrah kepada orang yang anda saya sebagai tanda penghargaan kepada mereka.
  10. Anda boleh mencapai impian-impian yang lebih besar, meneroka dunia leadership dengan meluas untuk mendapatkan skill hidup bermasyarakat.
  11. Insyaallah, peluang bisnes ini menyediakan anda untuk beramal jariah dari segi usaha dan wang ringgit demi membangunkan agama dan bangsa yang tercinta.
  12. Platform untuk membantu orang-orang yang tersayang untuk mengubah taraf hidup mereka kepada menikmati kesihatan dan taraf ekonomi yang lebih baik lagi.

Masjidilharam UMRAH

 

Jadi, relevan atau tidak relevan memulakan perniagaan MLM ini sedari awal lagi?

  • Anda tak perlu bersusah hati dengan temuduga
  • Anda tak perlu gusar mengumpul sijil-sijil pendikan
  • Anda telah mendapat pekerjaan tetap tanpa menghadapi risiko dibuang kerja
  • Boleh menguruskan pekerjaan anda dalam jangka masa yang anda sendiri tetapkan
  • Bebas untuk membuat keputusan

Rugi atau tidak belajar tinggi-tinggi demi mendapatkan ijazah dan hanya bisnes MLM selepas itu sahaja?

Jana duit

Dah Bersedia Dengan Langkah Pemula Kehidupan?

Jawapan akak, langsung TIDAK RUGI, kerana ijazah itu sangat penting untuk ilmu, tetapi penjanaan wang bulanan yang anda boleh dapati dari kerja biasa adalah dalam gandaan puluh-puluh yang anda sendiri tetapkan berdasarkan kesungguhan sendiri.

Sekarang, akak dah resign dari bekerja sebagai Pensyarah, dan pergi jauh lagi mendalami hati masyarakat di samping membina networking business yang lebih menjamin kehidupan anak cucu akak nanti.

 

Ia sebagai penghargaan untuk menaikkan motivasi dan inspirasi

Ia sebagai penghargaan untuk menaikkan motivasi dan inspirasi

 

Mahu tunggu buah masak ranum di pokok tetapi tidak langsung mahu mengaitnya?

 

Dream BIG! Ambillah pengajaran dari kisah akak ini, dan adik-adik pasti tidak akan menyesal sama sekali dengan keputusan ini JIKA TELAH MEMILIH JALAN BISNES YANG BETUL DAN SYARIKAT YANG BETUL yang membantu adik-adik kaya jiwa, kaya hati, kaya imannya dan insyaallah akan dapat dapat harta 😀

Jom bina bisnes yang boleh diwariskan pada anak cucu dan keturunan kita

Jom bina bisnes yang boleh diwariskan pada anak cucu dan keturunan kita

 

Jom membina perniagaan yang boleh diwariskan kepada anak cucu kita sendiri!

 

Berkongsi dari hati;

Ainul Malik

Mentor Perniagaan 

016-3353567

Tips Khas : Cara Jana Pendapatan 4 Angka Dari Ainul Malik

 

(Visited 257 times, 1 visits today)

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


CommentLuv badge