Percutian Keluarga Yang Menyeronokkan di Thistle Port Dickson

Jika ingin percutian setempat yang sesuai untuk sekeluarga, terutama yang ada anak anak kecil, saya cadangkan menginaplah di Hotel Thistle, Port Dickson. Ini kali kedua kami sekeluarga bercuti di sini. Kali pertama adalah pada tahun 2013. Wah, memang dah lama!

Kenangan di Thsitle tahun 2013 🙂

Kali ini kami datang lagi, berombongan.

Bukan saja dengan keluarga, tapi dengan kawan kawan sekepala, geng ASB team bisnes kami. Wah, memang happening!

Pada saya, hotel ini memang menyediakan kemudahan yang sangat mesra kanak kanak.

7 Tarikan Menarik Anak-anak di Thistle Port Dickson :

  1. Kolam mandi bergelungsur
  2. Kids Room
  3. Lego Room
  4. Rumah Arnab
  5. Mini taman mainan (Semoga lebih banyak maintenance dilakukan di taman mini ini)
  6. Padang yang luas untuk kanak kanak bermain dengan bebas
  7. Pantai private yang selamat

Yang menarik hati ibu-ibu :

Sudah tentu ada bilik persalinan lampin untuk anak kecilnya 🙂

 

Ok; untuk anak tersayang ;

Yang pertama, kolam kanak-kanak nya ada dua, satu di bahagian atas, bolehlah kanak kanak seusia anak saya setahun ni berendam. Cumanya tiada tempat untuk duduk duduk, untuk ibu ibu yang menemankan anak yang ingin berendam di kolam rendah ini. (Sebenarnya ianya kolam untuk kanak-kanak yang ingin slide dengan gelungsur air)

Kawasan yang rendah tu adalah kawasan yang nampak berpayung kuning tu, ibu bapa bolehlah memantau anak anak yang ingin menggelungsur ke bawah dari atas.

Di kolam bawah adalah kolam kanak kanak yang biasa. Memang enjoy lah ada gelongsur ni 🙂

 

Inilah rupa kolam kanak kanak yang biasa 🙂

Kolam dewasa di hadapannya, lebih luas dan lebih dalam.

Di kawasan hotel ini ada mini taman mainan, ada kawasan yang sangat luas untuk pengunjung hotel beriada di waktu petang.

Dan, yang paling istimewa, hotel ini mempunyai pantai yang private.

Yang menariknya, ada rumah arnab yang boleh kita lihat dengan dekat.

Enjoy je ya gambar gambar menarik kami 🙂

Thistle port dickson

Thank you Thistle Port Dickson for this great experience.

 

Till we meet again.

(Visited 368 times, 1 visits today)

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


CommentLuv badge