Perasaan Terganggu Kerana Disahkan Kanser dan Terpaksa Dibuang Rahim?

Puan Fawiza, (nama sebenar) telah menjalani D&C pada tahun 2010 di Pusat Perubatan Azzahra, ketika umurnya 30 tahun dan disahkan oleh doktor bahawa 60% dari sampel rahimnya ada sel kanser.

Beliau kemudiannya menjalani rawatan kemoterapi bersama doktor pakar HUKM selama setahun. Habis gugur rambutnya, bertukar menjadi pemarah dan tiada nafsu untuk bersama suami. Suamilah tempatnya melepaskan tekanan dan geramnya.

Keadaannya dirasakan sebagai “Zombie Hidup”. Terlalu banyak ubat diambil dan suaminya juga pernah bertanya kepada doktor, tidak ada ubat lain kah yang boleh ganti ubatnya sekarang.

Puan Fawiza memang seorang yang tabah kerana sepanjang rawatannya dari 2010 sehingga Disember 2013, beliau telah 4 kali menjalani D&C, dan ada satu tahun dua kali D&C terpaksa dijalani.

Penat, letih, sedih, tertekan, bersabar dan kuatkan hati kerana beliau kasihankan suami dan keluarga mertua kerana belum dikurniakan cucu lagi.

Paling menekan jiwanya apabila Doktor mencadangkan agar rahimnya dibuang. Disebabkan perasaan takutnya itu, beliau telah mencuba alternatif vitamin Shaklee; B kompleks, GLA, Omegaguard, Vitamin C dan Vitalea, serta mendapatkan rawatan bersama Dr Hamid Arsat.

Tempoh Period yang Lama

Tempoh period yang paling lama adalah 4 bulan!

Pada Januari 2015, Puan Fawiza telah pengsan kerana alami period yang terlalu banyak, mengakibatkan beliau dimasukkan ke hospital dan menjalani rawatan rapi di sana, seperti Ct Scan, x-ray dan D&C kerana mengalami pengsan sebanyak 3 kali.

Alhamdulillah, pada 14 januari 2015, keputusan semua ujian menunjukkan bahawa uterus beliau negatif pada sebarang malignancy atau hyperlasia, iaitu berpunca dari masalah hormon.

Kenapa memilih Shaklee sebagai alternatif utama?

Beliau memilih Shaklee sejak 2013 kerana :

  1. Periodnya tidak teratur kerana masalah hormon
  2. Imunisasinya lemah menyebabkan beliau sering masuk ke hospital
  3. Beliau malas makan buah-buahan.

Sekarang, beliau telah mengambil Vivix sebagai perlindungan diri yang bertindak jauh ke dalam DNA untuk mengekalkan kesihatan secara optima dan syukur, beliau semakin sembuh.

* Kisah asal boleh dibaca dari link asal ini, dari Puan Cery 🙂

– – – – – – – – – – – – – – – – – – –

Komentar Ainul Malik :

Tahniah Puan Fawiza! Betapa Puan Fawiza seorang yang tabah menghadapi ujian Allah ni dan kuat berusaha dan berjuang untuk sihat. Begitu juga dengan sokongan kuat suaminya, beliau telah semakin sembuh dari masalah yang dihadapinya suatu masa dulu.

Perempuan memang banyak mengahdapi masalah dengan hormon badan, sehingga mengganggu kitaran haid, yang sekiranya berpanjangan, boleh membawa kemudaratan seperti kanser rahim.

Saya sendiri sangat takut dengan kejadian sebegini! Ya, inilah naluri seorang perempuan!

Dilemma seorang isteri yang mengalami masalah hormon

Ada seorang lagi kenalan saya yang mengalami masalah haid yang tidak teratur, yang menjejaskan emosi dan menyebabkan tekanan perasaan yang mengganggu komunikasi antara suami dan isteri.

Jom hayati video ringkas lagi santai ini!

Dilemma suami dan isteri

Alhamdulillah,

kini Puan Ija Ramli boleh tersenyum lebar dan bahagia bersama suaminya kerana masalah hormon badan dan emosinya kini menjadi lebih tenang, dan telah dikurniakan 3 orang puteri yang sangat comel!

Syukurlah, kawan-kawan saya bahagia, saya sangat berlapang dada. Semoga lebih banyak kisah-kisah seperti ini dapat diatasi dengan supplement kewanitaan Shaklee.

Sebarang pertanyaan mengenai set yang membantu masalah kewanitaan dan keintiman anda, jangan segan-segan atau malu-malu mendapatkan konsultasi peribadi dari saya (Ainul Malik, 016-3353567) sepanjang anda mengambil Vitamin Wanita ini dari saya. Inilah tanggungjawab saya untuk membantu anda semoga kembali sihat, ceria dan bahagia!

Jom sebarkan kasih sayang dan manfaat buat semua!

 

Salam ikhlas,

Ainul Malik

016-3353567, Pengedar Shaklee Taman Puncak Saujana Kajang.

(Visited 184 times, 1 visits today)

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


CommentLuv badge