Pengalaman Join Playschool Bersama Amni

Wajah gembira selepas habis playschool

Assalamualaikum mommies 🙂

Pada hari Selasa lepas, selepas berbincang dengan suami, saya dah mencuba membawa Amni untuk join Playschool di Little Tots Excel, Kajang.

Pengalaman memang best 🙂 Sebenarnya ini adalah percubaan sahaja, untuk tengok sama ada Amni boleh adapt dengan persekitaran baru ataupun tidak.

Banyak aktiviti yang diterapkan sepanjang playschool tersebut, bagus untuk perkembangan sosial dan keyakinan diri anak-anak kita.

Hasil hari pertama Amni, okla kan budak 2 tahun buat ni? itu pun ada kolaj kuning yang dia kutil-kutil sebab tu lopong, comel kan

Hasil hari pertama Amni, okla kan budak 2 tahun buat ni? itu pun ada kolaj kuning yang dia kutil-kutil sebab tu lopong, comel kan

 

Memandangkan Amni baru 2 tahun 4 bulan, saya hanya mencuba-cuba sahaja. Sebab, setiap hari dia cakap nak sekolah, nak sekolah kan. jadi saya pilih konsep playschool supaya dia tidak terlalu terbeban dengan akademik semata-mata.

Nampaknya hari pertama, memang Amni boleh bawa diri,. Dia sangat enjoy untuk pengalaman pertamanya berkawan-kawan di playschool itu.

Hari kedua, dia sangat bersemangat jugak, tapi kan..kata seorang teacher, dia takutkan seorang ustaz yang ada di sana, katanya menangis bila dengar suara ustaz tu 🙂 oh my anak!

Hari ketiga?

Adik nak duk mama je!

Haha, baiklah anak, mama tak mahu memaksa pun, biarlah masa yang menentukan, sebab kecik lagi kan? Bukan nak suruh belajar ape sangat pun, nak ajar berkawan-kawan, fasih bercakap dan rasai pengalaman di playschool tu saja 😀

 

Wajah gembira selepas habis playschool

Wajah gembira selepas habis playschool

 

Dilemma yang dihadapi oleh wahmies adalah, kita perlu menghormati masa bekerja di samping menguruskan anak-anak tersayang. Menghantar anak kepada pengasuh bukan pilihan saya, kerana saya sendiri mengambil keputusan untuk menjaga anak saya sendiri.

Menghantar anak ke playschool seperti ini memang menjadi pilihan saya kerana aktiviti yang disediakan memang membantu dalam perkembangan minda anak-anak sepanjang pagi, cukuplah input yang mereka dapat untuk mengisi masa perkembangan mereka.

Berbanding terlalu banyak menghadap televisyen dan gadget, betul tak?

Selepas habis play school, bolehlah meluangkan masa bersama mama memasak, makan, main masak sama-sama, sidai kain di jemuran, lipat kain dan segala aktiviti harian di rumah untuk membentuk motor skill mereka juga terhadap aktiviti seharian.

Petang-petang, kita naik basikal. Biasanya, selepas anak-anak ini tidur, barulah saya bawa mereka ke pejabat pos untuk pos barang, jadi terisilah waktu petang mereka dengan persekitaran luar dari rumah 🙂

Malam? Bonding sekeluarga bersama-sama, dan bolehlah tidur awal untuk menikmati hari yang segar keesokan harinya!

Alhamdulillah, saya mendapat nikmat ini, sujud syukur. iaitu kualiti masa sekeluarga.

Best kan jadi anak zaman sekarang ni? Macam-macam pengalaman boleh rasa. Ini adalah satu push factor besar saya kenapa saya bertahan dalam berShaklee. Saya nak sediakan SEGALA YANG TERBAIK untuk anak-anak saya. Semuanya sekarang melibatkan wang ringgit.

Dari mana datangnya rezeki jika tidak dijemput, diminta dari Allah dan dari usaha yang keras? Ya, semua rezeki datang dari Allah, namun jika kita tidak buka hati, buka minda dan keluar dari kepompong diri untuk bersusah susah dalam hidup menyediakan yang terbaik untuk keluarga, siapakah lagi yang dapat menyediakan semuanya untuk anak-anak kita?

Anak adalah penyebab UTAMA kita berdiri teguh menghadapi cabaran di muka bumi ini, selain melunaskan tanggungjawab azali sebagai hambaNya untuk menuju ke akhirat kelak.

(Push Faktor setiap orang lain-lain tau)

Pastikan kita menyediakan diri untuk ke sana, dan memastikan kita meninggalkan segala manfaat dan usaha yang baik kepada orang-orang yang kita sayang serta masyarakat di sekeliling kita 🙂

 

Salam sayang,

Ainul Malik

(Visited 681 times, 1 visits today)

2 Comments

  1. ohh..

    tu tak siap lagi tampal tuh. hoho..
    ohcikgu baru share entri menarik…Jenis Cuti Guru Sekolah LAYAK memohon dan tidak jejaskan PENCEN.My Profile

  2. boleh memupuk kreativiti anak.
    ikhwan baru share entri menarik…Cara Menempah DVD BBMA Basic Live TradeMy Profile

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


CommentLuv badge