Pengalaman Berharga National Incentive Trip Shaklee 2016 di Langkawi. Rugi Melepas!

Sujud Syukur. Alhamdulillah. Kesimpulannya memang *wow* .

 

Perasaannya apabila dapat email ganjaran hadiah National Incentive Trip dari Shaklee ni adalah teruja, tapi masih blur blur.

 

Saat apabila dah dapat tentatif program, bersama beg dan travel kit adalah seronok bersama pertanyaan, eh, simple je programnya. Ha, ambik kau, gitu nadanya dalam hati. Ooops!

 

Bila dah berkumpul ramai ramai di lapangan terbang Penang, dah mula rasa macam-macam, yelah, dah lama dah tak berpisah dengan anak-anak, tambahan pula dengan yang paling bongsu memang takpernah langsung-langsung, kejap nak seronok, teringat. Kehangatannya adalah, bolehlah dah mula terasa sikit-sikit, tapi belum sepenuhnya lagi.

Sempat juga melunaskan tanggungjawab memproses order ostematrix dan ESP untuk seorang ibu mengandung di Johor Bahru dengan perasaan terharu di kala menunggu untuk berlepas. Sempat juga tu berkongsi perasaan bersama group Fighters saya masa tu. Huhu.

 

Ya Allah, gayanya macam baru kali pertama je kan dapat menyertai National Incentive Trip ni? Sebenarnya, tahun 2013, saya join National Incentive Trip ke Sabah bersama suami, 2014 rezeki suami saya ke USA, 2015 pula rezeki saya ke Italy, manakala 2016 ni kami pilih untuk menikmati trip ini bersama-sama ke Langkawi.

 

Sebenarnya Convention Trip ni diberikan kepada leader-leader yang berjaya mendapat point point tertentu yang melayakkan mereka untuk memilih samada menikmati trip dalam negara, mahupun luar negara ataupun umrah. Kalau berminat nak tahu caranya, tanya saya personally ya 😀

 

Bila dah berkumpul, masuk kapal terbang bersama-sama, jejak ke Tanah Langkawi yang cantik tu, ya, memang saya akui sebenarnya memang sangat-sangat best!

Wahhh, mana taknya, mendapat layanan superclass, dilayan dengan sangat mesra dan aura berkumpul beramai-ramai sebenarnya sangat mempengaruhi perasaan yang best, jawapannya National Incentive Trip ke Langkawi 2016 memang sangat best!

Menaiki pesawat AirAsia, penerbangan kami adalah pada pukul 11.10 pagi dan sampai jam 11.40 pagi, memang tak sempat pun nak tidur. Terus teruja nak turun, angkat barang dan tempat pertama yang kami tuju adalah pekan Kuah baru, maksudnya? Ya, teruslah bershopping kan.

Kami diberi duit elaun makan sebanyak RM150, iaitu 3 kali makan sendiri, bila pergi berdua, dapatlah elaun makan sebanyak RM300. Jadi, untuk lunch, kami diberi peluang memilih restoran sendiri, dan selepas itu, terus dengan aktiviti shopping!

Ha, siaplah kedai kedai Haji Ismail Group, Saga, dan bermacam-macam lagi kami masuk. Sempat lagi tu saya berehat sebentar di dalam Surau Hotel berdekatan untuk mengepam susu bersama geng geng ibu menyusu yang lain. Maksudnya? Syukur, kami diberi kesempatan masa yang lapang sebelum dibawa ke Hotel penginapan yang sebenar iaitu Westin Hotel.

Sesampainya kami di Westin Hotel, masyaallah, kami disambut dengan paluan kompang dan minum petang yang mengenyangkan. Alhamdulillah!

 

Setelah mendapat kunci bilik, terus saja kami masuk ke bilik masing masing untuk bersiap ke Hotel yang kedua untuk menikmati makan malam di hotel lain. Kisahnya kami boleh menikmati sunset di sana, tapi disebabkan atas sebab masa, kami terlepas menikmati sunset di hotel itu. Tak mengapalah, lain kali lah tu maknanya 😀

 

Ya, saya sangat sangat berpuas hati dengan konsep dinner kali ini, iaitu buffet. Makanan yang disediakan oleh hotel itu memang sedap, bukan sekadar indah “gambar” dari rupa. Dapatlah lari dari kebiasaan makanan dinner hotel yang selalunya sama sahaja. Kali ini, ha, makanlah sepuas puasnya hidangan ayam bakar lah, kambing lah, sate lah, bihun goreng pun ada, tapi memang bukan kelakar sebab bihun gorengnya pun sedap! Memang dah tak ambil nasi dah la maksudnya hihihi. Eh, bukan ini saja tau makanannya! Banyak lagi, kek lah, buah lah, yang paling dikenang adalah nenasnya. Warnya nenas yang dihidangkan taklah menarik hati, rupa rupanya rasa nenas tu sangat sedap. Oh, boleh pulak terkenang buah nenas antara banyak banyak makanan di situ? Kesimpulannya semua sedaplah!

 

 

Ok ok, pulang dengan senyuman, sampai di Westin dapatlah kami tidur lena dengan sangat nyenyaknya di katil Heavenly Bed yang harganya lebih kurang RM13ribu sebenarnya!

 

Goodnite! Kita sambung cerita esoknya pada entry selepas ini, ya! Best sangat! Masyaallah.

(Visited 92 times, 1 visits today)

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


CommentLuv badge