Peminat Soft Crab, Rasailah Kelazatannya Di Teluk Tempoyak, Penang

Jemput Jamu Mata!

Anda mencari tempat makan best di Penang?

Anda peminat soft crab?

Mengidam nak makan soft crab?

Ha, saya dah jumpa tempatnya!

Inilah destinasi Jalan-Jalan Cari Makan, kami, di D’Seafood Paradise, Teluk Tempoyak!

Restoren makanan laut pilihan di belah Utara

Restoren makanan laut pilihan di belah Utara

Apa yang best di Restoren ini?

  1. Restoren yang dekat dengan Jambatan Kedua Pulau Pinang, senang sangat nak cari (saya cari dengan GPS). Selepas simpang Jambatan, lihat belah kiri dan anda akan nampak banyak sign Restoren ikan bakar, pilihlah salah satunya! Rezeki saya kali ini di Restoren ini, kalau anda dah cuba di Restoren lain, beritahu saya, ya!
  2. Restoren ini menyediakan pemandangan perkampungan nelayan yang cantik!
  3. Servis tip top! Semua ramah-ramah dan baik hati, teruatamanya yang jaga Kaunter, ini yang kami cari!
  4. Ada surau, senang nak solat, walaupun surau masih lagi kecil, mari kita doakan yang jika ada rezki lebih, tuan kedai akan perbesarkan suraunya untuk kegunaan pelanggannya 🙂
  5. Saya sangat sukakan SOTONG CELUP TEPUNGNYA! Memang sedap! Kena dengan tekak saya (saya peminat sotong goreng tepung)
  6. Dah lama teringin nak makan soft crab, terpaksa ke Sabah kalau nak makan, jadi kita jumpa soft crab di Penang, tanpa perlu memesan awal terlebih dulu (buat masa ni).
Jemput Jamu Mata!

Jemput Jamu Mata!

Lagi satu, gaya susunan restorennya memang terjaga, beralas kain, kemas dan sangat bersih! Saya bagi 5 bintang untuk restoren ini.

Nampak jugak ada kek red velvet yang dijual banyak di restoren ni, tapi sebab fikirkan kalori, tak beli, nest time kita beli ya!

 

Psss: pesanan ikhlas untuk yang ada darah tinggi dan kolesterol tinggi;

Bila dah makan seafood, mulalah rasa gatal-gatal telinga, nasib baik saya telan Alfalfa, hilang alahan seafood pada badan dan Omega pun penting pembakar lemak saya. Jangan lupa phytocol untuk buang semua kolesterol jahat yang masuk ke dalam badan kita. Yelah, tengah umur muda kita menjaga kesihatan, supaya tidak menyesal di kemudian hari!

Alhamdulillah! Jalan-jalan cari makan kami berjaya kali ini! Terbaik!

 

Review ikhlas,

Ainul Malik

016-3353567

Pengedar Shaklee Kajang Bangi yang mesra 😀

(Visited 634 times, 1 visits today)

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


CommentLuv badge