Panduan WAHM : Cara Memasak dengan Cepat Sedap dan Jimat Masa

Hari ni nak masak apa ye?

Termenung depan peti ais dah 10 minit rupanya fikir nak masak apa tak tahu sebab dah blur.

Siapa yang alami perkara yang sama?

Buat suri-suri yang tidak mengejar masa tak mengapa, tapi kalau WAHM (work at home mother) nak buat macam tu setiap hari, memang merugikan masa, sebab kita ada banyak lagi yang perlu dikejar setiap hari.

Sehari dua boleh beli lauk, kalau dah 4 hari?

Lari suami tauuuu…ha, jangan pernah cuba! No, no no!!!

So, nak buat macam mana ya? Meh saya nak kongsi cara yang cepat dan praktikal untuk memasak setiap hari di rumah untuk wanita cum ibu yang bekerja dari rumah 🙂

Rahsianya : Sediakan 1 buku khas untuk Plan memasak setiap hari di rumah 🙂

satu hari 1 resepi

Ha, kalau macam saya, saya ada buku resepi 360 resepi tu.

Wahhhh, saya pun belum cuba semua, hihi nanti kita cuba satu-satu ya. Jadi, resepi2 biasa yang kita dah biasa masak macam sambal tumis, sup, masak lemak, gulai/kari, asam pedas dan lain-lain kita kumpulkan dan buat jadual, resepi yang kita nak masak Isnin-Ahad. Kumpulkan dalam 1 buku nota sendiri, memang kena susun sendiri, tulis/print sendiri, sebab kalau nak harap buku resepi tu aje memang membazir masa jugak nak memebelek buku tu setiap hari, sama je kan macam berfikir “hari ni nak masak apa ye?” hehehe.

Jadi, kita dah jimat masa untuk berfikir setiap hari dan teruskan memasak sebab dah plan awal-awal.

 

Apa kelebihan kita ada buku Plan Memasak ni? :

  1. Jimat masa nak berfikir
  2. Jimat masa nak sediakan bahan
  3. Jimat duit sebab dah siap-siap tahu apa nak masak untuk seminggu dan dah beli bahan yang perlu je untuk minggu tu
  4. Ada varieti dalam masakan harian, taklah masak ayam goreng je setiap hari 🙂

Kalau buka buku pening sebab banyak sangat, kat Google pun banyak contoh2 menu2 mudah, pilih je nak yang mana, masuk ikut tekak sendiri hihihh..

Meh saya berikan idea ikut simpanan pencarian saya 🙂

jadual masak

Jadual Pemakanan

 

Dapat idea tak? Ha.. sila2 apply sambil anak-anak dan suami semakin sayang, kita pun mudah sebab :

1. Jimat masa

2. Save belanjawan tau, dah tau nak beli apa seminggu 🙂 Takdela gi kedai/pasaraya, semua nak capai hihihi 😉

 

Anak-anak dan suami mesti suka bila kita masak, biar simple, asal kita sediakan semuanya dengan hati yang gembira dan ikhlas dengan penuh kasih sayang!

Nak best, namakanlah buku tu dengan nama yang best,

“Buku Masakan harian”

“Menu pilihan harianku”

“Menu buat yang tersayang”

Apa-apa jelah kannnn.. Asalkan kita enjoy!

 

Best tak Tips saya ni?

Yang mana yang praktikal dan menjimatkan, saya memang suka!

Memasak bersama-sama

 

 

Jumpa lagi di entry seterusnya untuk Tips buat WAHM 🙂

 

Salam sayang!

cropped-IMG_36621.jpg

Ainul Malik

016-3353567

Pengedar Shaklee Kajang, Cheras Hulu Langat, Bangi

(Visited 3,018 times, 1 visits today)

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


CommentLuv badge