Nak pilih sekolah tadika anak pun pening

Wah, satu lagi isu 🙂

Nak pilih sekolah untuk Aiman untuk tadika 5 tahun nya ini 🙂 tarik nafas dulu.

Aiman sebenarnya dah habis pengajian tadika 4 tahun di PASTI Taman Cheras Jaya yang sangat superb dan awesome! Syukur dia dah mula menghafal bacaan dalam solat, surah2 lazim dan 4 ayat untuk surah al-Mulk.

Pencapaian Aiman biasa-biasa saja, tapi alhamdulillah dalam 100% untuk sains dan jawi. Memang tak sangka sebenarnya. Memang best tadika tu, cikgu-cikgu nya memang bersungguh-sungguh mengajar dan nampak keaktifan sekolah tu di peringkat Serdang dalam pertandingan besar seperti Alam Ria tadika peringkat Selangor.

Memandangkan kami dah berpindah ke Kajang, perjalanan pergi dan balik saya menghantar Aiman setiap hari adalah 2 jam, dan sesi persekolahan Aiman di waktu tengahari-petang pula untuk 5 tahun membuatkan saya terfikir adakah berbaloi dari segi masa dan perjalanan untuk Aiman teruskan persekolahan di sana.

Disebabkan pengalaman ini, saya memang sangat SUKA kan PASTI Taman Cheras Jaya.

Tapi pengalaman saya survey PASTI berdekatan taman saya sekarang, dah membuatkan saya terfikir, rupa-rupanya bukan semua PASTI sama.

tadika

Saya dah buat survey di kawasan ini dan dah dapat beberapa pilihan :

1. PASTI yang belum beroperasi tahun ini, tetapi boleh hantar jalan kaki selang 6 buah rumah dari sini. Cuma guru-gurunya memang guru yang betul2 baru, saya dah tanya dari PASTI cawangan berdekatan.

2. Tadika Little Caliph di kawasan rumah kedai, tetapi macam ada beberapa feedback yang saya baca dari ibu bapa yang membuatkan saya masih terfikir-fikir nak hantar ke tidak ke sini. Tapi, kalau nak ikutkan, silibus LC ni memang saya suka selain PASTI.

3. Tadika NurKhalifah yang agak berdekatan dengan rumah berbanding LC, tetapi tak pernah dengar pulak NurKhalifah ni.

Yang pasti, esok saya nak pergi ke kedua-dua LC dan Nur Khalifah ni.

Apa kata survey? Saya memang pening, baru tadika ni hehehe.. Mak-mak memang macam ni ke?

taknak letak apa-apa gambar untuk mengelakkan sebarang pilih kasih.

kalau tanya Aiman, dia nak tadika yang ada main robot-robot. Huhu mana nak cari nakkkkk…

Ada cadangan/pengalaman/saranan untuk saya?

(Visited 325 times, 1 visits today)

1 Comments

  1. Cuba dptkan kontek ibu2 yg dh hantar anak kt tadika2 tu.. tanya terus experience dorg

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


CommentLuv badge