Menyelusuri Itaewon, Mendapatkan Makanan Islam dan Masjid di Korea : Part 3
Itaewon dikelilingi oleh banyak-banyak kedai yang berjenama, dan juga kedai-kedai menjual perabot dan barangan antik.
Selain itu, jika anda anda ingin mencari restoren-restoren halal, datanglah ke Itaewon kerana anda boleh menikmati pelbagai jenis makanan halal di sepanjang jalan menuju ke Masjid Besar Korea yang dikenali sebagai Seol Central Mosque.
Ingat tak yang saya ada cerita tentang nasi ayam berempah yang sedap tu? Ha, makanan ini dijual di Kedai Makan Siti Sarah, milik warga Indonesia.
Jika anda ingin menikmati makanan Korea yang halal, datanglah ke Murree 🙂
Besar rupanya Masjid Seol yang di lokasinya di atas bukit ini.
Dari kawasan masjid ini, kita boleh lihat pemandangan Bandaraya Seol yang dipenuhi dengan cahaya lampu yang sangat cantik!
Berjalan pada waktu malam di kawasan sekitar Itaewon tidak menakutkan setakat yang kami pergi, setiap malam kami menyelusuri jalan-jalan lorong kecil dan besar di sekitar Itaewon ini tanpa ada rasa takut.
Walaupun ada banyak bar dan pub di sekitar Itaewon ini juga, tetapi keadaan di sana tidak menakutkan. Orang-orang di sana keluar berjalan kaki dengan rasa aman tanpa sebarang gangguan.
Jadi, memang saya menyarankan kepada anda jika ingin mencari homestay di Korea, anda boleh mencari di sekitar Itaewon ini. Nak ke mana-mana memang mudah dengan menaiki subway, sistem keretapi laju bawah tanah yang memang sangat sistematik!
Ya, kami mengakui memang kami banyak berjalan kaki dan menaiki subway sepanjang pengembaraan kami di Seoul ni, memang sangat mudah dan best. Berjalan bersama-sama tanpa rasa penat kerana sepanjang perjalanan bawah tanah, memang dipenuhi dengan kedai-kedai sehingga anda tidak terasa yang kita telah berjalan jauh sebenarnya!
Nantikan sambungan entry saya untuk kawasan-kawasan lain lagi di sekitar Seoul untuk entry yang seterusnya!
Episod sebelum ini :
1)Â http://ainulmalik.com/apa-barang-yang-nak-bawa-apabila-naik-kapal-terbang/
2)Â http://ainulmalik.com/kembara-ke-bumi-korea-sebagai-backpackers/
3)Â http://ainulmalik.com/dari-klia-ke-incheon-airport-kembara-korea-bermula-part-1/
Leave a comment