Masalah Wanita 30-40an Yang Perlu Suami Dan Isteri Ketahui

Wanita adalah golongan yang dikatakan penyeri kepada kehidupan ini. Di dalam sesebuah keluarga, wanita menjadi pelengkap dan biasanya akan menjadi pembantu Nakhoda dalam mengharungi kehidupan serba mencabar ini. Wanita yang dimaksudkan adalah mungkin telah menggalas tanggungjawab sebagai isteri mahupun ibu 🙂

 

Fasa Kehidupan Wanita

1. 20 hingga 30an :

Fasa ini adalah fasa bagi wanita untuk memilih.

Ya, memilih apa? Memilih belajar apa, memilih pekerjaan, memilih teman hidup dan berbagai-bagai pilihan yang tersedia di hadapan mata pada fasa ini.

 

2. 30 hingga 40an :

Fasa ini adalah fasa bagi wanita untuk berubah.

Setelah berjaya memilih pekerjaan, memilih teman hidup, fasa ini wanita mula berfikir untuk menstabilkan diri dan menyesuaikan diri dengan keadaan semasa. Perubahan fasa dari dara kepada berkahwin, dari isteri menjadi ibu, mungkin naik pangkat, mungkin? Atau mungkin fasanya dari bekerja menjadi WAHM seperti saya? Fasa ini sangat penuh cabaran dan kita sentiasa bersedia untuk berubah demi penyesuaian diri dan keluarga.

 

3. 40 hingga 50 an :

Fasa ini adalah untuk wanita mendapatkan kehidupan yang lebih baik.

Setelah memilih, berubah, kini wanita golongan ini masuk ke fasa yang lebih stabil iaitu mendapatkan kehidupan yang selesa di samping berbahagia dengan keluarga tercinta.

 

Insyaallah, pada entry ini, saya akan mengupas lebih lanjut masalah yang dihadapi oleh golongan 30 hingga 40 an yang sepatutnya suami dan isteri patut ketahui.

 

Masalah Wanita 30 hingga 40 an yang Sepatutnya Suami dan Isteri Kenalpasti.

Dialah wanita, anak, isteri dan ibu

Dialah wanita, anak, isteri dan ibu

Dalam fasa perubahan ini, wanita memang mengalami banyak perubahan luar dan dalam. Adakah anda tahu apakah masalah sebenar yang anda hadapi?

  • Adakah anda mula merasa yang berat badan anda susah untuk turun sekarang tidak sama seperti anak dara dulu?
  • Adakah mula timbulnya kedutan di muka?
  • Adakah anda telah mula selesa dengan tempat kerja anda?
  • Adakah anda mula merasa perubahan fasa membesarkan bayi anda kepada membesarkan anak yang mula masuk sekolah tadika?

Ya, semua ini perubahan luar dan dalam yang saya sendiri rasai! jadi, memang layaklah saya mengupas masalah-masalah yang dihadapi oleh golongan wanita fasa ini 🙂

Apakah punca utama sebenarnya perubahan ini?

Semua ini berpunca dari perubahan HORMON badan anda sendiri!

Sebab itulah, anda mula dapat merasakan berbagai-bagai perasaan sedih, tertekan dari sekecil-kecil perkara kepada sebesar-besar perkara. Kita terlalu mengikutkan perasaan fasa ini, sebab hormon kita sedang berubah untuk melalui fasa PRA-MENOPAUS yang berlaku 10 tahun lebih awal dari waktu menopause kita!

Masyaallah!

Masyaallah!

Sebab itulah kita cepat sentap bila ditegur bos yang kerja kita tidak mengikuti kriteria yang diperlukan

Sebab itulah kita cepat rasa terkilan bila suami mula menyuarakan masalah perubahan fizikal dan berat badan kita tidak sama seperti dahulu.

Sebab itulah kita cepat rasa frust bila anak belum pandai membaca dibandingkan dengan anak-anak orang lain, walaupun sebenarnya itu adalah perkembangan semulajadi anak kita yang mengikut nalurinya!

Sebab itulah kita cepat tersentuh hati bila ibu bapa menyentuh mengenai profesyen kita mahupun apa-apa yang berkenaan dengan masalah rumah tangga kita!

Semua ini berpunca dari masalah dalaman kita yang tertekan secara berlebihan (fakta! ia disebabkan oleh ketidakseimbangan hormon akibat pra menopause) yang menyebabkan kita terlalu cepat sensitif pada fasa ini dan mengharapkan orang lain mengerti perasaan kita saat ini.

Pada masa ini, mula timbul masalah haid yang tidak teratur sama seperti zaman remaja dahulu, kelakar, bukan? Ya, semua ini datangnya dari ketidakseimbangan hormon yang berlaku dalam badan, yang juga boleh mengundang penyakit pada usia ini.

Ha, berjaga-jagalah dengan kedatangan berbagai-bagai penyakit seperti kencing manis, darah tinggi, dan permulaan kanser yang disebabkan juga oleh pemakanan dan gaya hidup yang tidak sihat.

Bila period mula tidak stabil, kita akan tercari-cari rawatan dan mencuba untuk suntikan hormon yang boleh mengundang risiko kanser payudara. Percayalah bahawa sekarang, 1 daripada 4 wanita zaman sekarang akan terkena kanser seumur hidupnya. Jauhkanlah masalah ini dari kita. Banyak lagi kanser-kanser lain yang mungkin wujud seperti kanser ovari, kanser serviks, kanser usus dan sebagainya.

Jerawat? Ya, mungkin timbul semula jerawat yang dah lama tidak menyinggah di muka!

 

Bagaimana Melambatkan Tempoh Menopause dan Mengurangkan Pra Menopause Wanita Fasa ini?

 

Yang pertama, jagalah pemakanan kita agar sentiasa seimbang dan mengamalkan gaya hidup sihat. Rajinlah bersenam sambil menghirup udara nyaman agar kita dapat meningkatkan metabolisma badan dan menghapuskan radikal radikal bebas dari sel, di samping mengambil makanan yang tinggi anti-oksidanya, seperti Vitamin A, Vitamin C, Vitamin E dan Zink.

Semua ini menyumbangkan kepada pembentukan dan regulasi hormon yang lebih stabil dan membantu badan kita untuk hidup lebih sihat lagi!

Yang kedua, saya mendapat nasihat dari Pakat Nutrisi yang memberitahu dengan memperbanyakkan jumlah kehamilan, kita dapat melanjutkan lagi tempoh untuk kita menopause selama 9 bulan 🙂

Ini kerana, pada masa ini, ovari kita berhenti berfungsi dan kita tidak datang haid selama 9 bulan kita hamil. jadi, suiapa yang ramai anak ini, untung ya, sebab makin lambat dia akan menopause 🙂

Yang ketiga, jagalah emosi dan jangan ambil sesuatu perkara yang kecil menjadi isu yang besar. Balajarlah untuk SWITCH perasaan anda semasa menghadapi kemelut emosi dengan menukar segala yang negatif menjadi positif. Insyaallah, akan kurang bebanan di dada dan selalulah berbincang dengan yang tersayang apa masalah yang kita hadapi itu.

Ya, setelah terbocor masalah sebenar yang dihadapi golongan isteri fasa ini, apakah yang sepatutnya pihak suami pula lakukan?

 

Tindakan Para Suami Mengatasi Masalah Golongan Fasa Wanita 30-40an.

 

Tangan yang memimpin dan membimbing isteri membawa kepada kebahagiaan hati

Tangan yang memimpin dan membimbing isteri membawa kepada kebahagiaan hati

 

1. Banyakkan berbincang berdua apakah masalah yang dihadapi para isteri kerana dari maklumat di atas, anda telah tahu bahawa isteri anda kurang bijak menguruskan emosinya kerana gangguan hormon dalaman. Selalulah membimbing isteri anda untuk lebih realistik, di samping anda juga haruslah kuat mengawal emosi kelelakian dan keegoan anda agar tidak pula menguasai diri ketika sesuatu isu mula timbul antara anda berdua. perempuan memang akan lebih bertambah cinta apabila suami yang mereka sayang menunjukkan gentleman yang tidak berbelah bagi!

 

2. Berikan mereka lebih kasih sayang. Ya, jangan diingat bahawa isteri anda buang tebiat nak dibelai dan bermanja, tetapi mereka perlukan sokongan yang kuat pada masa fasa perubahan mereka ini. Lelaki dan wanita berbeza, kerana wanita suka untuk dilayan mesra yang pada mereka itu adalah suatu nikmat kebahagiaan hati. Hormati mereka, dengan menggunakan bahasa-bahasa yang indah, kalau tidak pandai menuturkan kata, cukuplah jangan menggunakan bahasa-bahasa yang kasar yang boleh mengguriskan hati mereka ini. betul tak para wanita fasa ini, sekalian?

 

3. Hargai mereka dengan membawa mereka bercuti bersama anak-anak, ataupun yang paling simple dengan menikmati juadah makan di restoren luar untuk mereka berehat dari memasak seketika. Mana tahu, dengan cara membawa mereka makan di luar, timbul idea resepi di fikiran isteri anda untuk mesakkan sesuatu yang istimewa lagi lepas ni, kan? Nak pikat hati para suami adalah dengan menjaga perut anda, juga kan?

 

4. Sediakan waktu yang berharga bersama mereka dan anak-anak. Jika hari-ahari anda yang sibuk dengan kerja, sampaikan balik rumah pun anda masih sibuk dengan gadget ketika makan dan tengok tv, kurangkanlah amalan itu dengan menyediakan masa untuk anda berbincang mengenai aktiviti harian dan sebagainya. Apa salahnya, jika anda selalu bermain badminton bersama kawan-kawan, kali ini, bawa pula anak dan isteri untuk bersama-sama main badminton dan nikmati masa-masa riadah berkeluarga sebegini. Insyaallah mereka sangat hargai saat-saat sebegini!

 

5. Jadilah penyokong mereka yang kuat. Ya, isteri anda perlukan sokongan dari anda dari semua segi kehidupan. Jika ada salah dan silap, tegurlah isteri anda dengan berhikmah tanpa merendahkan kemampuan mereka. Mereka sangat memerlukan bimbingan anda, kerana memang sifat wanita untuk mencari teman hidup yang bijak dan yang boleh menjaga dan membawa mereka ke arah kehidupan yang lebih bahagia 🙂 Mereka juga suka dipuji, insyaallah dengan pujian ikhlas anda, mereka lebih bersemangat untuk membuat sesuatu yang anda sukakan!

 

Wah, semoga selepas ini, lebih banyak perbincangan yang akan berlaku dalam kehidupan sehari-hari. Insyaallah dengan cara ini, kita boleh membina keluarga yang bahagia dan berkualiti dan membantu para wanita fasa ini untuk keluar dari masalah yang membelenggu mereka selama 10 tahun ini, sebelum mereka masuk pula ke fasa 40 an yang lebih stabil, insyaallah.

Buat para isteri, hargailah pengorbanan para suami, berilah suami anda ruang masa untuk mereka berubah kerana hati manusia ada kelembutannya. Jangan ambil kesempatan di atas kebaikan mereka, dan yang paling penting, hormatilah mereka sebagai ketua keluarga yang kita sanjungi.

 

Semoga kita semua dapat hidup dalam keadaan yang lebih harmoni lagi! Insyaallah 🙂

Cara Syukur Nikmat Agar Happy & Tenang Sokmo from iReach HD on Vimeo.

 

Sama-samalah kita mengamalkan saranan dari Puan Lyna untuk sentiasa rasa gembira dan insyaallah akan membawa kita ke arah kebahagiaan.

 

Rahsia saya menangani stress?

Beritahulah segala masalah kita kepada Allah, tanpa selindung apa-apa dan berserahlah semuanya kepada Allah untuk menguruskan masalah kita ini. Banyakkan berzikir dan mengaji untuk mendapat ketenangan hati dan bermuhasabah diri. Jangan sembunyikan masalah dari suami tersayang, kerana dia juga ada hak untuk melihat kita bahagia dan boleh bantu memberi buah fikiran yang kadangkala susah untuk wanita jangkau, betul tak? Akhir sekali memang saya amalkan b kompleks dan omega sebagai ubat anti stress saya, dan alhamdulillah memang berkesan! Untuk seimbangkan hormon saya, memang saya konsisten mengambil GLA untuk menyeimbangkan ketidaknormalan hormon saya. Tak perlu tau ambil ubat penenang yang mengandungi dadah berbahaya kerana ia membahayakan kesihatan kita,juga.

Sayang ke tak sayang pada anak-anak dan suami kita?

Mereka memerlukan kehadiran kita, dan sentiasalah berusaha mempertingkatkan kualiti kesihatan luaran dan dalaman agar kita mampu mencetuskan suasana yang membahagiakan setiap hari!

 

Salam sayang,

Ainul Malik

0163353567.

(Visited 586 times, 1 visits today)

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


CommentLuv badge