Makanan Tambahan Kepada Anak, Keperluan Atau Kehendak?

Assalamualaikum mommies ๐Ÿ™‚

Selamat menjalani hari yang bahagia bersama anak-anak dan suami tercinta. Jom mulakan hari dengan sarapan yang berkhasiat kepada mereka. Hari-hari masak itu ini, suap itu ini, pernahkah mommies terfikir yang perlu atau pun tak perlu kita berikan makanan tambahan (supplement) kepada anak-anak kita?

Makanan tambahan ni adakah suatu trending yang ikut peredaran zaman? Adakah dengan tak berikan makanan tambahan kepada anak-anak kita dikatakan ketinggalan? Mungkin makanan tambahan ni adalah kehendak ibu-ibu aje kot yang taknak dikatakan ketinggalan arus moden ni?

Kalau nak diikutkan, jika kita dapat menyediakan makanan yang cukup seimbang kepada keluarga kita setiap hari, dengan bekalan nutrisi perlu yang cukup, tak perlu dah kita bagi makanan tambahan ni, kan?

Namun, walaupun kita masak hari-hari, cuba fikir, adakah :

  1. Aku cukup masakkan sayuran dalam setiap menu diet harian keluarga?
  2. Aku tak masak langsung makanan segera seperti sosej, ayam segera ataupun yang seangkatan dengannya?
  3. Adakah kita masak terlalu banyak goreng-gorengan dan berlemak berbanding adanya 3-5 hidangan sayuran setiap hari?

Oh, tidakkk.. Saya sendiri mengaku TIDAK. sobs. Ini saya ya ibu-ibu, mommies sekalian ๐Ÿ™ Saya tidak dapat menyediakan hidangan yang begitu sempurna sebegitu setiap hari. Nak kejar masa, saya suka masak yang ringkas, apatah lagi kalau boleh dicampur semua dalam satu lauk lagi saya suka *lol*.

Saya ada baca tau, buku ni : Love Your Kids, Raise Them Disease Free,ย karangan Dr Bruce Miller, Pakar Pemakanan bertauliah, yang juga Pengarah Penyelidikan Akademi Nutrisi Amerika.

Buku makanan tambahan

Buku yang best untuk panduan ibu-ibu

 

Menurut beliau, ada 6 sebab kenapa kita perlu memberikan makanan tambahan kepada anak-anak kita.

6 Sebab Mengapa Makanan Tambahan Perlu kepada Anak-anak :

1. Makanan yang diberikan kepada anak-anak kita tidak berkhasiat setanding dengan yang sepatutnya mereka dapat setiap hari.

Jangan samakan kita dengan orang zaman dahulu. Makanan kita pada masa sekarang, terlalu banyak yang diproses daripada makan makanan yang semulajadi. Khasiatnya tidak sama.

Lagipun kan, saya pernah pergi bengkel nutrisi suatu masa dulu, Nutritionist tu cakap, sayur-sayuran yang ditanam sekarang puntak sama dengan sayur-sayuran dulu sebab tanah kita pun dah banyak tercemar. Lagipun, sekarang yang banyak dijual adalah sayuran hidroponik yang ditanam dengan sukatan mineral tertentu je, tak macam sayuran dulu yang akarnya dapat menyerap semua nutrisi dalam tanah dengan banyaknya. Aduh!

 

2. Penambah berkimia (Chemicals Additives)

Ini satu lagi isunya. Makanan sekarang terdedah kepada 3000 penambah kimia termasuk pewarna tambahan, perisa tambahan, pengawet dan pemanis tiruan.

Kebanyakan penambah-penambahan berkimia ni langsung takde nilai nutrisi pun pada anak-anak kita. Allahuakbar!

Eh, itu belum lagi campur kesan jangka panjang tau bahan-bahan kimia ni tadi yang menyebabkan kerosakan kepada sel-sel badan tanpa sedar! Nanges (*.*)

 

3. ย Kebanyakan Makanan Masa Kini Dipilih Mengikut Peredaran zaman

Kanak-kanak masa kini sangat terdedah kepada makanan berlemak, manis, berperisa yang sebenarnya rendah dalam fiber, vitamin, minerals, enzim dan antioksida.

Siapa yang tak bagi anak makan pizza, french fries, burger, air minuman bergas dan berperisa? (Huhu, saya juga manusia normal yang teringin nak makan makanan-makanan tu)

Menurut Dr Bruce Miller, makanan-makanan ni melemahkan sistem imunisasi badan anak-anak kita. Makanan sejuk beku, dari microwave, masak siap (precooked) dan makanan ringan semuanya tinggi kalori tetapi rendah vitamin dan mineralnya.

 

4. Pencemaran yang berleluasa.

Pencemaran yang berleluasa terhadap air, udara, mengakibatkan hujan asid, pembuangan sisa toksid dan bencana lain mengganggu kesihatan kita dan anak-anak kita.

Nutrisi yang optima dapat melindungi anak-anak kita dari kesan pencemaran ini.

 

5. Nutrisi Sebagai Pelindung Penyakit.

Penyakit yang datang ada kaitan dengan kekurangan nutrisi yang kita ambil sehari-hari. Badan tidak mendapat cukup nutrisi untuk membina sel yang sihat.

Nutrisi yang mencukupi memang boleh membantu melindungi diri dari serangan kanser mahupun penyakit kronik yang lain seperti penyakit jantung.

 

6. Perubahan pemilihan makanan dan tabiat.

Tabiat dan pemilihan makanan telah menjadi semakin teruk hari ke hari, membawa kepada zaman ke zaman.

Menurut Dr Michael Janson, MD, President of American Prevantive Medicine Association, saya terjemahkan, ye; “Jika kita hidup dalam dunia yang sempurna, suasana yang sempurna, makan diet yang sempurna dan mempunyai gene yang sempurna, anda masih akan dapat manfaat dari makanan tambahan”.

Tapi, dahla sekarang dengan dunia yang teruk dengan pencemaran dan bencana, makanan yang kita makan tinggi lemak dan kolesterol sebab tu yang paling sedap di tekak kita, apatah lagi nak sebut pasal gene kita yang taktau sempurna ke tidak, aduhai, masih nak nafikan pemberian makanan tambahan lagi kepada anak-anak kita?

Aduhai, jangan jadi ibu bapa yang sangat kasihan! Menderita anak-anak kita disebabkan suapan makanan yang sangat tidak seimbang tanpa nutrisi yang cukup yang kita berikan pada mereka setiap hari!

Sedap jangn ceritalah, tak dapat dinafikan memang sedap dan paling mahal kita belanja nak bagi anak-anak makan, tapi khasiatnya, seimbang ataupun tak?

Tutup muka! Saya nak tutup buku ni jugak, kalau tak, memang sambung menangis lagi, sobs.

Disebabkan keprihatinan inilah saya terpaksa kuatkan diri untuk memberikan nutrisi yang lengkap buat Aiman dan Amni. Saya pilih vitamin semulajadi yang bukannya sintetik, iaitu bahannya menyerupai khasiat nutrisi asli. Saya memang berikan yang betul-betul asli.

Multivitamin kanak kanak terbaik

Multivitamin lengkap buat anak saya

Saya pilih Vitalea for Children dari Shaklee sebab :

  1. Ia vitamin yang semulajadi
  2. Tiada penambah kimia seperti pewarna, perisa tiruan dan lain-lain.
  3. Mendapat halal ISA yang diiktiraf JAKIM (sebab dia dibuat dari US)
  4. Diiktiraf oleh saintis seluruh dunia yang vitamin ni berkesan, selamat dan semulajadi. Ini laporan yang tidak pilih kasih sebab dikeluarkan dari pihak ketiga.
  5. Kandungan nutrisi nya sangat menyeluruh.
  6. Rasanya yang sedap, rasa anggur yang kanak-kanak mesti suka!
  7. Senang dah, takpayah nak kira dos sendiri, bagi je 2 biji sehari, dah cukup keperluan untuk anak-anak saya.
Multivitamin kanak-kanak yang  lengkap dan sedap

Kandungan Vitamin yang lengkap untuk keperluan anak-anak saya

 

Semoga dengan usaha ni, kita membantu anak-anak kita untuk hidup sihat dan membesar dengan bahagia. Bukan nak kata, alah, tak bagi pun, anak aku hidup bahagia je?

Kesian pada mereka yang taktahu apa-apa lagi mengenai penjagaan kesihatan. Kitalah yang mendidik mereka, yang membesarkan mereka, yang jaga makan minum mereka, kalau anda sanggup habiskan duit dengan bershopping berlebihan untuk kehendak-kehendak yang lain, jangan lupakan pada keperluan anak-anak anda ini kerana ia adalah tanggungjawab KITA sebagai ibunya.

Phew, cukuplah dulu buat masa ni. Nak masak sarapan pada anak-anak saya. Semalam saya masak roti goreng yang isinya ada sosej, huhu, tengoklah, ada makanan sejuk beku, mana boleh lari kan dari makanan-makan gitu. Nanti saya share resepi ye, macammana nak masak roti goreng ni. Saya suka makanan yang ringkas tapi anak suka! Hari ni nak masak nasi goreng kampunglah ๐Ÿ™‚

Jangan lupa bagi Multivitamin tau pada anak-anak anda semua.

Siapa tak sayang anak kan?

Untuk mereka, kusanggup berikan segala yang terbaik yang boleh kuberikan kepada mereka.

 

Ibu prihatin,

AinulMalik

Eh, kalau nak tahu cara dapatkan vitalea tu kontek saya, 016-3353567, kita wasap-wasap, insyaallah saya bantu ๐Ÿ™‚

(Visited 256 times, 1 visits today)

2 Comments

  1. Vitalea yang baru ni sedapppp sangat! Anak-anak saya semua suka! ๐Ÿ˜€
    Lin Chalo baru share entri menarik…Bagaimana Ruam Anak Saya Hilang Tanpa Ubat Sapu Steroid. Anda Pasti Tak Percaya!My Profile

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


CommentLuv badge