Luge dan Skyride Singapore, Aktiviti Menarik Yang Tidak Boleh Dilepaskan!

Satu-satunya gambar kenangan yang dapat capture kami sekeluarga :)

Jika anda ke Kota Singa, ataupun Singapura, jangan lupa ke Sentosa Island untuk mencuba Skyline Sentosa Luge and Skyride! Ya, ia bakal menjanjikan satu pengalaman yang sukar dilupakan seumur hidup anda.

Eh, bukan apa tau, saya baru tengok video rakan saya, Lyna Noh yang naik Luge dengan anaknya di sana. Ya Allah, menggamit memori betul! Bila tengok video ni, terasa saya juga berada di sana. Perasaan yang sama muncul masa naik Luge ni dulu, rindunya!

Terima kasih pada Puan Lyna ni, sebab kalau tak kerana pelawaannya, memang seumur hidup belum merasa naik Luge dan Skyride ni 🙂

Luge Singapore Sentosa Island – Lyna Noh from iReach HD on Vimeo.

 

Mula-mula tu kan, bila nampak Luge yang banyak-banyak yang di atur untuk kita naik, saya ingatkan Luge ni ada motor tau, kita cuma bawak je.

Rupanya, sangkaan saya meleset, kerana Luge ni bergantung pada tangan kita untuk menggerakkannya! Ha? Boleh ke bawak ni? Ha, pandai-pandailah bawak ye. Hehe, memang kelakar masa mula-mula cuba tu, sebab tu lah, kita boleh naik 3 kali tau, best sangat! Memula tu, wajibla terbenti tengah-tengah jalan kan.. sabar jela 🙂

 

Slide1

Moment terindah yang tidak akan dilupakan!

 

 

Alah bisa, tegal biasa 🙂 Nasib baik tau saya dah telan co q health awal-awal dalam kereta, tak terfikir yang naik Luge menggunakan kudrat otot tangan yang banyak. Baru bertenaga! Dan ini rahsia untuk kulit sunburn saya tau, shhhh. Memang berkesan 🙂

Eh, bukan saya yang perempuan ni saje yang terkejut pasal Luge ni, yang lelaki2 pun terkejut sama, tetiba semua orang kejang otot tangan 😉 Tengok, nampak mudah je, bila bawak, masyaallah boleh tahan juga ya!

 

Satu-satunya gambar kenangan yang dapat capture kami sekeluarga :)

Satu-satunya gambar kenangan yang dapat capture kami sekeluarga 🙂

 

Lepas naik Luge, pakej yang disediakan adalah naik Skyride. Menarik tau skyride ni, nak cuba tengok kita boleh tahan gayat ataupun tidak, cubalah naik Skyride ni. Cuba bukan sebarang cuba, tapi ia melatih diri untuk berani menghadapi ketinggian. Tergantung-gantung di udara, boleh tengok pemandangan di bawah 🙂

 

Antara gambar yang sempat disnap dengan handphone, yang lain dalam kamera husband :)

Antara gambar yang sempat disnap dengan handphone, yang lain dalam kamera husband 🙂

 

Perasaan? Rasanya begini tau, macam kita naik buaian, kemudian bergerak tergantung-gantung menaiki rail skyride. makin lama, semakin tinggi dan taraaa! yang lain-lain, sila naik sendiri 🙂

Alhamdulillah, memang pengalaman yang best di Pulau Sentosa ini, insyaallah mana tahu jika diizinkan Allah, dimakbulkan doa menaiki Luge di Queenstown, New Zealand yang pemandangan di sana sangat indah!

 

 

Best, kan?

Tak salah pasang impian kerana sangat beruntung untuk bermimpi secara percuma yang akhirnya boleh menjadi kenyataan! Masuk dalam 101 impian tau kawan-kawan. Seronok dapat menggembirakan ahli keluarga, di samping kita recharge dan merehatkan diri semasa bercuti sebegini.

Semua orang boleh bermimpi!

 

Nanti kita explore lebih lagi ya!

Nanti kita explore lebih lagi ya!

 

 

Salam sayang,

Ainul Malik 🙂

(Visited 303 times, 1 visits today)

6 Comments

  1. Bestnya kak ainul..tak pernah pulak terfikir nak naik ni tiap kali pegi spore dulu kala huhu
    Ibu Zarith baru share entri menarik…Urutan Perineum Kurangkan Risiko Terkoyak Semasa BersalinMy Profile

  2. serius best bende ni…enjoy sakan naik…fuh ingt smpai skrg walaupun main thn 2006
    NURUL AZIYANA BINTI KAMARUDDIN baru share entri menarik…Bayi Tak Perlu Dibedung, Dipakai Mitten dan Booties: Betul kah?My Profile

  3. Nanti jom kita pergi sama2 😀

  4. bestnya.. jom p lagi. nak join

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


CommentLuv badge