Lokasi Untuk Bersolat Jemaah bagi Wanita di Masjidil Haram

Bagi anda yang ingin mengerjakan umrah nanti, jangan terkejut jika anda dihalau oleh polis Masjidil Haram untuk bersolat di tempat lain.

Ke mana arah tuju?

Ya, saya juga tertanya-tanya sebenarnya di mana nak solat, sebab tiada papan tanda tempat solat untuk wanita di Masjidil Haram.

Syukur mutawwif ada memberitahu, carilah kepungan putih, kerana di situ, wanita akan dapat bersolat dengan aman tanpa diganggu sesiapa 🙂

Bagaimana rupanya kepungan putih itu?

ruang solat wanita

 

nampak tak pembahagi yang berwarna putih beserta logo bintang itu?

Ya, mana-mana kepungan putih yang ada di kawasan masjid, itulah tempat wanita bersolat untuk solat Jemaah 5 waktu. Selebihnya, untuk waktu-waktu solat yang lain, dibenarkan untuk bersolat di mana-mana sahaja yang anda suka, terutamanya di hadapan Kaabah.

 

Semoga perkongsian ini membantu mempercepatkan urusan anda di sana ya!

1. Satu Amalan Yang Mulia Di Kota Makkah Yang Patut Dijadikan Ikutan Di Malaysia

2. Tips dan Panduan Masuk Ke Masjidil Haram dan Solat di Kaabah

3. Kisah Vitamin C dan Pakcik Demam di Kota Mekah dan Wadi Qudaid

4. Cara ke Raudhah, Taman Syurga Kekal di dunia

 

Ikhlas,

AinulMalik 🙂

(Visited 1,057 times, 1 visits today)

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


CommentLuv badge