Kisah Vitamin C dan Pakcik Demam di Kota Mekah dan Wadi Qudaid

Kisah Demam di Mekah

 

Saya dapat tahu ahli bilik Ayah, Ayah mertua dan suami ada seorang Pakcik yang demam. Oh ya, Kami pergi berlapan orang ke sana, jadinya, yang lelaki satu bilik, yang perempuan satu bilik.

Saya, Amni, Mak dan Mertua bilik 511 Hotel Heraa, dan Suami, Aiman, Ayah Mertua dan Ayah bilik 510. Hotel kami 690 meter tau dari Masjidil Haram, tapi, bila setiap masa ke Masjid, serius dah tak rasa jauh. Memang nampak menara Masjid dari jalan hotel. Kira bila nampak, dekat la kan?

Dah dua hari dengarnya Pakcik tu demam. Mukanya nampak masih muda, adalah dalam 50an begitu. Masuk hari ketiga, Ayah Mertua saya bertanyakan ubat demam ada tak? Amboi, advance bapak mertua ku ni hihihi. Great! Maknanya dia percayakan supplement ni, kan bah kan? 😉

Saya berikan dia 3 biji Vitamin C sustained release dan sudah pasti Pakcik tu dah makan panadol sebab dia juga datang dengan isteri dan anak-anaknya, cuma nasibnya, dia tidur di bilik berasingan dengan ahli keluarga.

Bak kata Mutawwif, kalau demam, cepat-cepat beritahu dan ambil tindakan awal, sebab kalau melarat, mereka terpaksa bawa ke General Hospital yang memang penuh dengan pesakit untuk mengambil giliran nombor, atau dapatkan Rawatan dari Hospital Private yang mahal harganya.

Kemudian, keesokan harinya, ayah mertua saya tanya lagi, ubat semalam tu ada tak, macam ok je ubat tu? Jadi, saya berikan lagi 6 biji untuk dimakan pagi dan malam. Aduhai, salah saya, saya tak bawa sebotol Vitamin C yang besar tu sini, saya cuma masukkan separuh ke dalam botol garlic yang kecil atas alasan mahu mengurangkan barang-barang dan keluasan ruang dalam beg.

Vitamin berkurang

Saya bawa 2 pillbox Shaklee ni yang diisi dengan alfalfa, ostematrix, Vitamin C, chewable Vitamin C, Omega, garlic dan Lecithin

 

Kemudian, alhamdulillah, esoknya dengar pakcik tu dah kebah demamnya. Syukurlah, bolehlah semua beribadah dengan gembira.

 

Peristiwa Gembira di Wadi Qudaid

Pada hari ke tujuh, kami bergerak ke Madinah. Di pertengahan jalan, singgah di Wadi Qudaid untuk berehat sebentar, mengambil sejarah dan peristiwa Hijrah Rasulullah dari Mekah ke Kota Madinah yang singgah di Wadi Qudaid ini.

 

Sejarah Hijrah Rasulullah di Wadi Qudaid

Baginda singgah di Wadi Qudaid, di rumah Ummu Ma’bad yang hanya mempunyai seekor kambing yang telah tua dan kurus kering.

Namun, dengan mukjizat Allah, kambing tua itu dapat mengeluarkan susu yang sangat banyak setelah rasulullah mengusap kantung susunya. Sehingga terkejut suami Ummu Ma’bad tersebut kerana melihatkan stok susu kambing yang tiba-tiba ada di rumahnya. Rasanya boleh merujuk dengan mana-mana tuan guru yang arif mengenai perihal sejarah ini untuk makluman lanjut.

Di sini, kami makan nasi Arab dalam 1 dulang, berlaukkan ikan goreng dan ayam. Wah, pelik, kan? Rasalah nanti, ya!

wadi qudaid

Kawasan Wadi Qudaid

nasi dulang

Nas Dulang di Wadi Qudaid

 

Dan, setelah kenyang, sebelum kami naik bas, (situasi di depan gambar Restoren Maseef di dalam gambar di atas) saya disapa oleh Pakcik yang demam tadi.

Katanya, Ubat apa yang adik bagi padanya? Sangat berkesan ubat tu, hari kedua makan, dia dah sihat, dan hilang rasa sakit badannya sehingga dia pula yang membantu menolak orang beribadah. (saya tak tanya pula dia tolak orang bertawaf atau saei sebab terkejut dengan sapaannya).

Masyaallah, saya hanya berikan Vitamin C sustained release padanya, cuma yang lebih, adalah makan 3 biji sebanyak 3 kali sahaja. Sujud syukur dalam keriangan kerana tanpa disangka-sangka telah dapat membantu seorang pakcik untuk meneruskan ibadahnya sebelum bergerak ke Madinah.

Masyaallah. Allah lah yang mengizinkan dan menyembuhkan penyakit. Segala-galanya dari Allah. tapi dengan usaha yang betul, kita dapat mempercepatkan proses penyembuhan itu dan saya cuma perantaranya dengan izin Allah jua.

 

Pengajaran buat diri :

Next time, buat umrah, bawak je semua vitamin dalam botol-botol nya, tak perlu risau dengan beg kecik ke, beg besar besar ke, sebab bila bawak satu botol, boleh niat share dengan orang lain, takdela terpaksa kira jumlah bilangan untuk dimakan ahli keluarga..huwaaaa… pengajaran besar! Dush!!

Lagi satu, NUTRIFERON, untuk kuatkan imuniti badan, please, please order dua kotak ye sebab sangat-sangat berguna di sana dan boleh dikongsi juga pada yang memerlukan di sana 🙁 Astaghfirullahalazim. tarbiah terbaik buat diri ini, mesti lapangkan hati bersedia untuk bawa lebih benda-benda yang penting ni. Kalau tak sihat, macammana nak beribadah?

Aiman nutriferon

Wajib bagi AIman Nutriferon sebelum keluar berumrah

 

Kunci utama ke sana adalah kesihatan!

dan Ingat, Allah lah Yang Maha Menyembuhkan, semua ini adalah ujian buat kita.

 

Memang masuk bas dengan hati yang lapang dan tenang, apatah lagi kami menuju ke Kota Madinah yang bercahaya itu! Masyaallah, terima kasih Allah kurniakan saya banyak peristiwa manis di tanah Suci Mu 😀

 

Labbaik Allah humma labbaik

Labbaik la sharika laka labbaik

Innal hamda

Wan- ni’mata Laka walmulk Laa sharika lak.

 

 

Banyak saya belajar untuk menjadi tetamu di tanah Suci, syukur atas semua tarbiahMu, untuk saya kongsikan buat pengajaran bersama yang tersayang di Bumi Malaysia!

 

Dari hamba Allah yang hina dan lemah;

Ainul Malik

Boleh Bantu anda mendapatkan Vitamin C, Nutriferon dan Supplement2 penting untuk ke Umrah dengan segera

 

* Entry Saya di Madinah : Cara ke Raudhah bagi Wanita

(Visited 807 times, 3 visits today)

2 Trackbacks / Pingbacks

  1. Tips dan Panduan Masuk Ke Masjidil Haram dan Solat di Kaabah | Ainulmalik.com
  2. Satu Amalan Yang Mulia Di Kota Makkah Yang Patut Dijadikan Ikutan Di Malaysia | Ainulmalik.com

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


CommentLuv badge