Kisah Sedih Jerawat dan Parut Jerawat di Wajah Kekal Dipulihkan Dengan Produk yang Selamat

Masalah muda remaja : Jerawat

Kisah wanita dan kulit adalah isu yang sensiitif, kerana ia melibatkan kecantikan seseorang. Semua wanita nak cantik, jadi apa-apa yang berkenaan dengan kecantikan memang menjadi keutamaan bagi wanita.

 

Ya, begitu juga dengan saya. Saya memang ada kisah silam yang sangat perit untuk dikenang yang berkaitan dengan kulit muka saya. Nak tau ke kisahnya? haha, oklah, boleh lah dicatatkan di blog peribadi sebagai kisah untuk dikenang 🙂

 

Masalah muda remaja : Jerawat

Masalah muda remaja : Jerawat

Saya memang mengalami masalah jerawat sejak di Tingkatan 2. Mula timbul masa usia remaja. On off je sebenarnya. Keadaan berlarutan sampai masuk ke Universiti. Masa inilah saya mula pandai mencari-cari produk kecantikan sendiri di pasaran. Sebut je nama semua produk-produk terkenal, semua saya dah pernah cuba.

 

Kulit saya adalah kulit yang sensitif, sebenarnya. Jadi, makin lama, nampaknya kulit muka saya bertambah teruk. Jerawat batu dari tiada, mula ada semasa di Final year. Masa cuti semester yang panjang, duduk lama di rumah, kan, ibu dan ayah saya mencadangkan saya untuk buat rawatan di klinik kulit.

 

Mereka yang membawa saya ke sana. Setelah mendapat perundingan, doktor tu terus membawa saya untuk membuat facial katanya. Masyaallah, saya tak boleh ceritakan kisah ni. Sebab apa? Sebab rasanya terlalu perit! Sakit tau, bila kita ada jerawat batu yang bernanah, ditoreh-torehnya muka tanpa belas kasihan. Memang saya menangis!

 

Setelah 2 minggu bertahan dengan luka yang banyak di muka, parut di muka sangat teruk. Ibu dan ayah saya mula gelisah, kerana mereka yang membawa saya ke klinik yang claim kata menggunakan laser itu. Kemudian, setelah mendapat saranan dari orang sekeliling, mereka membawa saya ke satu lagi klinik kulit. Ternyata doktor itu sangat marah dan langsung tak bersetuju dengan rawatan yang dilakukan oleh klinik sebelum ini.

 

Mahu saman? Entah, hati hancur, tapi saya buat keputusan biarkan saja dan meneruskan rawatan di klinik kedua itu. Syukur, alhamdulillah, luka-luka di muka mulai sembuh, tetapi lubang-lubang di muka sudah menjadi parut kekal. Katanya boleh diratakan lubang-lubang itu, tapi kosnya memang sangat tinggi.

 

Selama 6 bulan saya bergantung kepada antibiotik sapu di muka, dan akhirnya saya membuat keputusan untuk berhenti dari membuat rawatan berkenaan. Setelah itu, saya mula berhati-hati terhadap apa juga jenis rawatan muka dan produk yang dijual di pasaran. Saya mulai mengenali kolagen makan dan sebagainya.

 

Sehinggalah saya berkahwin dan mula menyusukan anak pertama, baru saya mengenali Shaklee! Masyaallah, kenapa saya lambat kenal Shaklee sebelum naik ke jinjang pelamin? Kalau tak, mesti boleh bersanding dengan wajah yang berseri tanpa mekap yang tebal. Nasib baiklah suami yang saya kenal, terima saya dengan hati yang terbuka dan memang mengenali saya setelah kulit muka saya rosak dan berlubang-lubang ni. Syukur sangat kerana dia menerima saya seadanya saya 🙂

 

Eh, sebenarnya kan.. Bukan saya tak kenal Shaklee tau. Kawan baik saya, Ina telah memperkenalkan saya dengan Shaklee sewaktu di zaman awal Universiti lagi tau! Dia juga ada mengalami masalah kulit muka dan telah mengalami perubahan positif dengan set kulit muka Shaklee. Tetapi, biasalah, sebagai pelajar, dengar saja harganya, kita jadi TAKUT dan terus tak jadi beli. Sanggup saya beli produk yang popular tetapi menggunakan bahan kimia yang tinggi sebab harganya yang berbaloi dibeli oleh pelajar seperti saya ketika itu.

 

Nasib baiklah pengalaman saya sambung Master di Fakulti Farmasi mengajar saya mengenai ubat-ubatan, samada herba (tradisional) mahupun ubat sintetik. Kesedaran mula timbul asalnya untuk breastfeed kan Aiman untuk mengamalkan Vitamin Semulajadi setelah saya dah kerja jadi Pensyarah di sebuah IPTS ternama. Masyaallah, betapa lamanya masa saya nak kenal betul-betul Shaklee dan menggunakannya. Makan untuk breastfeed, rupa-rupanya saya dapat kesan positif yang lain, iaitu kulit muka!

 

Menyesal tau tak makan masa nak kawin dulu!!!!

 

Nampak jelas kan, kesan di muka tahun awal Perkahwinan 2009, Syukur suami terima seadanya saya!

Nampak jelas kan, kesan di muka tahun awal Perkahwinan 2009, Syukur suami terima seadanya saya!

 

Yang paling memberi kesan dari set penyusuan untuk kulit saya adalah ESP. Ya, saya yakin, ESP adalah supplement yang telah membantu memulihkan kulit muka saya, selain dari Vitamin C, B kompleks, Alfalfa dan Vitalea.

 

Terasa perubahan yang besar bila kita ambil ESP. ESP ni adalah penyumbang protein yang utama dalam badan sebab dia mengandungi asid amino perlu yang tidak dapat dihasilkan dalam badan. Sel-sel kulit yang rosak boleh dipulihkan sepenuhnya oleh ESP. Eh, bukanlah terus jadi rata, ok, tapi sesiapa yang berkawan dengan saya dari zaman sekolah, ke zaman universiti dan zaman kerja dan zaman mendapat anak boleh nampak kesan yang nyata terhadap kulit wajah saya. Bila minum ESP terasa gebu gitu 🙂

 

Kemudian, yang kedua memberi kesan kepada kulit adalah Vitamin C. Kandungan antioksida yang tinggi membantu memulihkan luka, mencantikkan kulit, dan membantu memutihkan kulit juga, tau. Vitamin C membantu pembentukan kolagen dalam kulit dan menyokong peresapan kesemua mineral dan vitamin yang masuk ke dalam badan.

 

Ditambah pula dengan B kompleks, Vitamin for Beauty, menambahkan keserian wajah saya. B kompleks memang membantu kepada kecantikan kulit, serious! Di samping penangan hebatnya yang lain, itu menghilangkan tekanan dan menjana tenaga keapda badan.

 

Alfalfa pula sangat-sangat membantu untuk saya detoks badan dengan membuang segala toksin-toksin keluar dari badan. Masyaallah, selama ni rupa-rupanya maslah tak selesaai adalah sebabkan badan kita dipenuhi toksin semata-mata! Macammana lah vitamin yang dimakan nak diserap sempurna dalam badan? Bak kata orang tua-tua, mencuci darah, katanyaaa.

 

Akhir sekali, Vitalea, yang mengandungi kesemua vitamin penting dalam badan menyokong kecantikan kulit dan membantu semua proses yang terhasil dalam badan. Dengan adanya multivitamin ini, segala nutrisi yang tak cukup dalam badan akan ditampung kesemuanya oleh Vitalea ini.

 

Ha, ini baru dari set berpantang, tau! Kemudia, lama-kelamaan, barulah saya kenal Vitamin E yang sangat bagus untuk parut, GLA untuk kelembapan kulit, nak bagi wajah glowing-glowing gitu, Vivix antioksida terhebat yang membantu untuk kecantikan luar dan dalam, begitu juga Kolagen yang sangat diperlukan untuk kecantikan kulit.

 

Phew! Banyaknya! Saya tak menyesal beli semua,sebanyak ini untuk kecantikan kulit saya. Kerana saya tahu kesannya. Bukan jangka pendek, kerana parut lama yang bertapak di wajah saya ini memerlukan masa untuk pulih sepenuhnya. Apatah lagi kulit saya yang sensitif, makan je makanan yang gatal, keadaan persekitaran yang kotor ke, berada bawah panas matahari yang lama, buatkan kulit muka saya merah semula. Tetapi tak seteruk yang dulu!! Dulu, saya tak payah pakai blusher sebab confirm merah! tapi merah yang tak cantik, huh!

 

Alhamdulillah, saya yakini Shaklee kerana ia memang bukan ubat yang mengandungi bahan kimia yang berbahaya. Ia adalah supplement yang dihasilkan dari bahan-bahan semulajadi dari dunia ini. Ternyata, tiada tambahan pengawet, perisa tambahan dan apa-apa yang membahayakan organ-organ dalaman badan saya. Ini semua adalah jaminan Shaklee sendiri tau.

 

Sebab tu lah, saya berani mencuba set kecantikan kulit Nutriwhite pula sekarang. Ia menambahkan lagi kesan kepada kulit saya ini. Jauh di sudut hati saya, meyakini bahawa, jika cukupkan segala nutrisi yang diperlukan badan dari dalam, semua masalah akan terlerai dan barulah fokus kepada luaran 🙂

 

Gambar di bawah terik mentari beraktiviti bersama keluarga, mestilah tanpa mekap tebal, kan? Tinggal parut di muka menjadi kenangan

Gambar di bawah terik mentari beraktiviti bersama keluarga, mestilah tanpa mekap tebal, kan? Tinggal parut di muka menjadi kenangan

 

Kini, tinggal parut-parut lama yang menjadi sejarah pada wajah saya. Biarlah ia menjadi sejarah perit yang saya simpan sampai bila-bila. Syukur juga, kan, kalau tak, mesti tak sedar diri sampai bila-bila ye tak? Dah jadi begini, Allah suruh kita insaf dan berhati-hati dalam memilih apa saja yang digunakan untuk tubuh badan. Asalkan suami dapat terima saya, saya memang bersyukur dan redha.

 

Alhamdulillah, inilah benar-benar Shaklee effect yang berlaku pada saya, insan yang bernama Ainul Malik 🙂 Mana tahu lagi 10 tahun kulit saya makin cantik, kan? Ini baru 2 tahun punya kesan, sikit-sikit perubahan nampak asalkan ianya selamat dan memuaskan hati. Syukur ya Allah atas segala nikmatMu ini!

 

Puas hati dapat berkongsi rasa pada yang mebaca. Semoga ia memberi manfaat kepada mereka yang memerlukan. Jika ada pertanyaan, whatsapp sajalah saya, 016-3353567 kita bincang dari hati ke hati. Orang yang tak pernah alami, tak tahu betapa SENSITIP nya isu ini untuk dibincangkan secara terbuka, kan?

 

Semoga ramai lagi yang akan mendapat manfaat untuk kulit mereka seperti saya dan kawan saya di bawah ini 🙂

Cara Elakkan Jerawat Di Muka Dengan Cepat Lepas 7 Tahun Terseksa! from iReach HD on Vimeo.

 

Amacam, best ke best? Ha, tentulah best! Lepas ni, berhati-hatilah dengan apa jua produk yang nak letak di muka. Kami dah rasa kesan peritnya, barulah kesan bahagianya jumpa Shaklee ni.

 

Inilah Shaklee effect kami!

Cabaran kulit sekata

Mahu cuba sesuatu kaedah yang lebih selamat dari suntikan Vitamin C? Saya ada caranya 🙂

Whatsapp “016-3353567” Saya Mahu Kulit Cerah Sekata

Ikhlas,

AinulMalik

016-3353567

Berpengalaman dengan masalah kulit muka selama 19 tahun

(Visited 20,281 times, 12 visits today)

6 Comments

  1. info yang menarik
    bidara plus baru share entri menarik…RUQYAH HALILINTAR NAI 2016My Profile

  2. TERIMA KASIH INFONYA SANGAT BERMANFAAT

  3. baguskan vitamin ni….saya sejak sekolah dok belek2 botol supplemn

  4. Alhamdulillah. untuk yang mencari jalan penyelesaian masalah jerawat, bole lihat di Klinik Ku, FB : Klinik Ku, ig : klinikjerawat_jeragat

  5. Ye betul, shaklee sgt lah bgus, sye pun mempunyai masalah jerawat akibat resdunng. Habis satu muka naik jerawat. Saye ambik esp, vit , alfalfa. Dan mendapat kesan positif,😊 . Sekarang dah jd agent, siapa yang mahu mencuba boleh ws sye ye😊 011-11435072(wana)

2 Trackbacks / Pingbacks

  1. Bisnes Yang Sesuai Untuk Golongan Muda yang Aktif & Menguntungkan | Ainulmalik.com
  2. Masalah Kulit Muka Berjerawat dan Berparut? Cantik Semulajadi Tanpa Bermake up di Hari Raya | Ainulmalik.com

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


CommentLuv badge