Kisah dan Tips Asingkan Tempat Tidur Anak di Bilik Tidur Sendiri Secara Mudah

Ya Allah, sebenarnya untuk mengasingkan tempat tidur anak seawal ini adalah perancangan yang tidak sengaja.

Aiman dah masuk 5 tahun, manakala Amni baru 2 tahun dan masih menyusu badan.

Tetapi, rupa-rupanya setelah berjaya di hari pertama, rasanya lebih mudah mengasingkan tempat tidur anak di bilik tidur anak sendiri seawal yang mungkin supaya mereka terbiasa dengan keadaan sebegitu.

Ya, tidak dinafikan kedua-dua anak saya ini jenis tidur berpeluk dengan saya setiap malam.

Kisahnya bermula begini.

Kami suami isteri mengambil keputusan untuk membeli katil anak untuk melengkapi bilik yang ada di rumah memandangkan rumah kami kerap di datangi kedua ibu bapa dan juga saudara mara.

Ada satu bilik tetamu, tetapi jika ada lagi 1 katil untuk tetamu ia lebih memudahkan jika kedua-dua ibu bapa dan mertua saya untuk tidur dengan selesa di rumah kami secara serentak walaupun pada dasarnya ibu bapa akan cakap tak kisah pun tidur di bawah, kan?

1. Mulanya saya telah mengosongkan bilik yang dikhaskan untuk anak-anak. Mereka melihat sendiri yang bilik itu dikosongkan dan dengan teruja menunggu kedatangan katil baru mereka 🙂

2. Setelah siap membeli 1 katil single double bed, yang ada bahagian tilam di bawah yang boleh ditarik-tarik, saya telah membawa anak-anak untuk membeli sendiri cadar pilihan mereka sendiri.

bedroom

Mestilah si Aiman itu excited dan rupanya si kecil Amni juga faham yang dia dah ada katil sendiri! Amni pun gembira sangat bila saya pasangkan cadar pada tilamnya di bahagian bawah tu 🙂

3. Setelah itu kami memasang sendiri alas kaki foam ABC yang menambahkan lagi keterujaan mereka.

4. Malam itu, saya memberi pilihan kepada Aiman untuk tidur di katilnya sendiri atau tidur di katil mama dan abah. Aiman dah memilih untuk tidur di katilnya, jadi Amni saya bawa untuk ditidurkan bersama Abang di bilik baru mereka.

5. Saya tetap temankan anak-anak untuk tidur seperti biasa, bacakan doa tidur dan menyusukan Amni seperti biasa sehingga tertidur.

 

sleep-child

Biasalah, awal-awal mestilah Aiman taklena tidur kerana tilamnya di atas, biasanya dia akan tidur mengendeng saya atau adiknya sampai terlelap. Adalah juga 30 minit untuk Aiman menyesuaikan diri untuk tidur pada katil barunya itu.

Datang juga bantuan suami untuk tidur bersamanya di tilam atas itu hihi.

Akhir sekali, Aiman turun untuk tidur bersama saya dan Amni di tilam bawah. Memang kelakar! Tapi memang tak tunggu lama, akhirnya mereka tidur dengan sangat lena sampai ke subuh.

MasyaAllah! Senang rupanya untuk tidurkan anak-anak di bilik tidur anak sendiri!

Tips penting menjayakan misi mengasingkan tempat tidur anak :

  1. Jangan sesekali menakutkan mereka dengan apa-apa yang boleh mengganggu emosi mereka
  2. Wujudkan suasana bilik yang mereka suka dan wujudkan perasaan suka kerana ada bilik sendiri
  3. Tetap temankan mereka seperti biasa tanpa mengubah apa-apa tabiat yang membuatkan mereka keliru.

Nah, mudah, kan?

Walaubagaimanapun, sebagai ibu memang saya sentiasa pasang telinga. memang berbagai-bagai perasaan yang wujud dalam hati, tetapi untuk kesenangan kita dan anak di kemudian hari, kita perlu membiasakan diri 🙂 Anak orang putih pun dah tidur asing sejak 6 bulan kan hihihi.

Lagipun, sepanjang siang saya memang berkepit dengan buah-buah hatiku ini, alhamdulillah dah 24/7 bersama mereka setiap hari!

~Entry ini adalah antara kenangan menutup tirai 2014, selain banjir yang melanda Malaysia yang saya masih kelu untuk keluarkan entry. Semoga kita semua menghadiahkan al-fatihah buat semua mangsa banjir supaya diberikan kekuatan untuk menghadapi dugaan.

 

Share the love,

Ainul Malik

WAHM

Pengedar Shaklee Kajang Bangi

016-3353567

(Visited 519 times, 1 visits today)

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


CommentLuv badge