Kembara ke Bumi Korea sebagai Backpackers

Assalamualaikum semua 🙂

Saya nak berkongsi keterujaan saya yang telah berjaya mengembara ke Bumi Korea.

 

Apa yang bestnya Korea ini?

1. Negara yang ada 4 musim, so, kami pilih musim bunga untuk mengembara ke sini, boleh rasa pengalaman musim yang tiada di Malaysia ni

2. Korea membangun dengan sangat pesatnya sekarang, boleh tengok cara hidup mereka secara live gitu katanya 😀

3. Of course nak menikmati keindahan Korea yang sangat terkenal dengan pemandangan yang cantik dan berbukit bukau

11117757_10152921121854370_901438980_n

Cantik, kan ciptaan Allah? Bumi Korea, subhanallah!

 

Ya, alhamdulillah!

Ketiga-tiga objektif yang saya tetapkan dalam diri saya ini, memang telah saya capai, sujud syukur!

 

Mengapa Saya Memilih Backpacking?

Saya, ingin keluar dari comfort zone saya, merasai sendiri pengalaman berbagpack sambil mengembara menikmati alam ciptaan Allah ini.

Wah, saya dah terbiasa dengan membawa berbeg-beg tau, walaupun nak balik ke kampung saja! Nah, kali ini, semua barang sumbat dalam satu beg! Ha, memang satu cabaran yang sangat besar, tau! Nampaknya, kali ini, saya dah berjaya menyahut cabaran berbackpack 🙂 Membawa keperluan yang sangat2 perlu dan mengabaikan segala yang tidak perlu untuk dibawa mengembara.

IMG_2455

Pengalaman Pertama Bagpacking ke Korea

 

Persediaan untuk Backpacking :

1. Sediakan beg yang sesuai, sebaik-baiknya backpack 32 liter bagi wanita Asia. Kenapa 32 liter? Panjang beg tu sesuai supaya tidak melangkaui punggung kita. Tetapiiiii saya bawa beg 40 liter hadiah istimewa dari suami tersayang. (First time, 40 liter pun rasa kecik, tau! hahaha)  Syukurlaa saya dapat beg 40 liter boleh letak barang lebih (tutup muka).

2. Sediakan kasut yang super selesa, sebab nak berjalan ke mana-mana. Pilihan saya untuk backpack kali ini dan seterusnya; kasut Sneakers. Bila pakai terus rasa nak melompat, hover tau!

Sneakers saya

 

3. Kesihatan badan yang optima

Nak backpacking, kena jaga kesihatan dan stamina. Pandai-pandailah nak membina stamina bermula dari sebelum perjalanan anda tu kan. Yang penting, kesihatan anda di tahap yang terkawal kerana anda sangat-sangat memerlukan kekuatan tenaga luaran dan dalaman ketika mengembara 🙂

 

Outcome yang saya peroleh dari Backpacking

Ya Allah, kalau saya tahu betapa bestnya backpacking ni, dah lama saya cuba tau 😉 Kenapa?

1. Senang bergerak, kita bergerak dengan badan kita membawa beg tanpa ada beg2 tambahan yang perlu ditarik-tarik

2. Menjimatkan masa yang sangat banyak, sebab tak perlu nak berkisahkan hal luggage. Nak beratur masukkan beg, dah sampai nak tunggu beg lagi. Memang ekspres!

3. Sebenarnya selama ini, kita terlalu memikirkan baanyaaak sangat perkara yang remeh. Mengapa kita tak memudahkan pemikiran supaya dapat sesuatu yang mudah tetapi marvelous? Ha, ini memang subjektif pada individu, saranan saya, cuba dulu, then anda akan faham kiasan saya ini 🙂

 

Cukuplah dulu untuk entry pengenalan yang ala-ala nak start enjin ni, memang banyak saya nak kongsikan kepada anda semua pengalaman mengembara ke Bumi Korea kami geng KIK3602015.

Syukur, memang menepati semua objektif dan matlamat kami, memang berbaloi-baloi, apatah lagi mendapat lebih dari apa yang kami jangka! Sangat best dan pengalaman ini akan saya simpan sebagai antara yang termanis dalam hidup ini!

Tungguuuu sambungannya 😉

Sebelum itu, anda boleh baca apa yang penting untuk dibawa masuk ke dalam kapal terbang bahagian cabin, di sini 🙂

 

11070308_10152921121064370_1456743037_o

Ikuti kisah kami selanjutnya! Insyaallah!

 

(Visited 2,954 times, 1 visits today)

3 Comments

  1. Teruja tengok! InsyaAllah one fine day nak jugak macam ni =)

  2. Nak try jugak backpack nanti gi US.. sure pantasss

5 Trackbacks / Pingbacks

  1. Dari KLIA ke Incheon Airport, Kembara Korea Bermula : Part 1 | Ainulmalik.com
  2. Home Stay Lovely & Cozy 2 Room Penginapan Kami di Itaewon : Part 2 | Ainulmalik.com
  3. Menyelusuri Itaewon, Mendapatkan Makanan Islam dan Masjid di Korea : Part 3 | Ainulmalik.com
  4. Bagaimana Nak Mengembara di Seoul Korea? : Part 4 | Ainulmalik.com
  5. Jelajah Bandaraya Seoul Selama Sehari : Part 5 | Ainulmalik.com

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


CommentLuv badge