Jelajah Bandaraya Seoul Selama Sehari : Part 5
Bandaraya Seoul memang besar sebenarnya, namun dengan adanya sistem pengangkutan subway dan Seoul City Tour Bus, insyaallah, kita boleh pusing bandaraya Seoul selama sehari. Pusing tau, tak termasuk berhenti untuk shopping2 tu maksudnya mengambil masa la ye.
Jadi, disebabkan ada beberapa tempat yang kami ulang pergi untuk beberapa hari, jadi, saya sekalikan semua tempat dalam 1 entry ni untuk memudahkan anda membuat rujukan tanpa pecahan 🙂
Saya rasa, peta ini dapat memberi gambaran kepada anda untuk menjelajah Seoul mengikut tema. Semuanya boleh pergi dengan Subway saja 🙂
Contohnya;
Kami menginap di Itaewon (Tempat yang ada culture yang pelbagai iaitu Pakistan, Indonesia dan sebagainya)
Kami mencuci mata di tempat-tempat berwarna merah seperti Myeongdong, Dongdaemon, Insadong, City Hall, Namdaemon
Begitulah contohnya.
Kalau nak merasa tempat yang urban boleh pergi ke Gangnam 🙂
Ha, peta di atas ni untuk rujukan anda yang menyenangkan untuk pilih jalan (line) yang ingin dipilih.
Jadi, rajin-rajin mencari info mengenai tempat-tempat yang ada di dalam peta di atas 😀
Memang jauh berjalan kaki ni, atas jalan, bawah tanah, dari satu stesyen ke satu stesyen, sebab kami nak kenal budaya masyarakat Korea. Bandaraya nya memang banyak kereta, tapi tak pula jumpa jem, sebab masyarakatnya menggunakan perkhidmatan subway secara optima, dan banyak juga berbasikal dan berjalan kaki.
Kalau nak merasa kemeriahan membeli belah, pergilah ke Myeongdong, terdapat banyak sangat pilihan untuk fesyen, kecantikan dan sebagainya. Satu jalan, satu tema, jadi pelbagai pilihan jenama boleh didapati di sepanjang-panjang jalan.
Saya membeli cenderahati di kawasan Namdaemun.
Kami berpeluang membeli ke sebuah kedai milik seorang Cikgu Korea yang lama mengajar di Indonesia. Jadinya, dia memang fasih melayan kami membeli belah di kedainya. Banyak juga kedai-kedai lain yang menjual T-shirt Seoul yang berkualiti, jadi pandai-pandai carilah ye. Rajin-rajin survey tau hihi.
Satu lagi kenangan manis kami adalah dapat membeli Ta-rae dari seorang Auntie yang baik hati yang juga fasih bercakap Melayu/Indonesia. Ta-rae ni adalah manisan yang dibuat dari madu yang disaluti tepung jagung yang ditarik dari segumpal madu menjadi mee yang akhirnya halus menjadi bebenang. Diletakkan pula inti kekacang, almond atau pun coklat, memang sangat sedap!
Jangan lupa cari strawberry Korea yang manis dan sedap rasanya!
Selain itu, boleh juga membeli belah di kawasan Dangdaemon, banyak juga pasar-pasar di sana, boleh jadi rambang mata tau! Semua pun ada di sana, jadi pandai-pandailah memilih ya 😀
Dari awal pagi sehingga ke malam, kami menikmati perjalanan mengembara di Bandaraya Seoul ini. Sudah tentu banyak kenangan dan pengalaman yang kami kutip sepanjang kembara ini. Yang pasti ada bertanya, tak penat ke berjalan tanpa henti?
Ya, saya punya jawapan yang kukuh, memang saya ambil supplement untuk beri ketahanan badan. Selain membantu meningkatkan stamina oleh Cinch tea dan b kompleks, ia membantu menjana tenaga berpanjangan. Juga untuk hilangkan sakit-sakit badan dan lenguh tulang, memang kalsium wajib diambil setiap hari. Juga untuk imuniti badan, wajib ambil vitamin C setiap hari di sini. Semua ni penting untuk mengekalkan kesihatan yang optima 😀

Minum cinch tea untuk hilangkan dahaga dan recharge energy sebab nak berjalan jauh lagi selepas ini 🙂
Ya, rahsia terbongkar! Kalau tidak memang pengsan dah di tengah jalan, kan. Sebab memang dah lama meninggalkan zaman berjalan jauh ni hihi. ok, kita polish balik stamina kita ye supaya sentiasa fit dan cergas selepas ini.
Kita jumpa di entry seterusnya mengenai perjalanan kami ke Namsan Tower menaiki kereta kabel! best!
Episod sebelum ini :
1)Â http://ainulmalik.com/apa-barang-yang-nak-bawa-apabila-naik-kapal-terbang/
2)Â http://ainulmalik.com/kembara-ke-bumi-korea-sebagai-backpackers/
3)Â http://ainulmalik.com/dari-klia-ke-incheon-airport-kembara-korea-bermula-part-1/
Leave a comment