Impian Wanita, Ibu, Isteri : Monolog Hati

BAHAGIA
————-
Ini impian semua wanita 🙂
Impian Wanita Untuk Bahagia : Gambar Beautifulnara

Impian Wanita Untuk Bahagia : Gambar Beautifulnara

Jika di rumah;
Kalau diikutkan hati, mahu saja duduk baring-baring bergolek dengan anak tengok tv sepanjang masa, santai sambil makan-makan, kan?
Ya,ini impian semua wanita.
Duduk di rumah bersama keluarga tercinta.
Relax, santai, bahagia.
Tapi, saya ada perjuangan yang perlu saya teruskan.
Yang saya sendiri mulakan suatu ketika dulu.
Yang pada mulanya main-main, tiba-tiba menjadi sangat serius hingga saya berhenti kerja.Ya, saya memang pernah mencapai income berganda-ganda gaji azali saya.2x, 3x, 4x, 5x…dannnn nak tahu pm sendiri
Sebab itu saya ambil keputusan berhenti. *Rahsia berhenti bekerja di sini*

Tapi, saya tak boleh berhenti dan buat-buat taktahu segala benda yang saya bangunkan.
Saya ada tanggungjawab.
Saya punya keluarga.
Saya punya anak didik yang masih perlukan sentuhan saya.

Jika saya berhenti, segalanya musnah.
Walaupun ianya lepas untuk diri saya, mungkin ada hati yang terluka.
Masih banyak janji manis tak tertunai.
Masih banyak harapan yang belum direalisasikan.
Saya sayang semuanya!

Jatuh, bangun itu biasa dan jadi adat berniaga.
Saya pernah jatuh.
Saya cuba BANGKIT.

Kunci untuk Bangkit adalah
1) Jelas dengan NIAT
2) FAHAM APA YANG DILAKUKAN
3) Tahu matlamat
4) Kenal apa yang ingin dibisneskan
5) Sentiasa ada PUSH FACTOR yang realistik

Bisnes saya ini bukan bisnes biasa-biasa.
Terlalu banyak melibatkan hati, emosi dan perasaan.
Saya sentuh jiwa pelanggan, saya sentuh jiwa downline, saya cuba hampiri Upline, saya mohon pengorbanan INSAN2 TERSAYANG, saya belajar mengenali diri dan Tuhan.

Terlalu kompleks dan subjektif untuk diterangkan.
Segala ujian adalah kemanisan dan hadiah yang tidak terhingga buat saya untuk belajar menjadi kuat.

Belajar dari semangat anak, mereka meniarap, merangkak, tertomos, lebam kepala, kenapa masih angkat punggung untuk merangkak juga?
Mengapa mereka masih masih mencuba sampai pandai berjalan dan berlari?Milestone baby merangkak

 

Bukankah kita yang dewasa lebih matang dan pandai dari bayi-bayi ini?
Mengapa kita pula mudah melayan kecewa?

Hidup satu perjuangan.
Wahai suami, selagi usia masih ada, saya mohon RESTU dan IZIN untuk teruskan perjuangan ini.
Banyak yang dipelajari dari bisnes istimewa ini.
Mengajar kita untuk jadi kuat, walaupun terpaksa mengambil masa bertahun-tahun lamanya.
Masih banyak lagi yang perlu dipelajari.
Cepat atau lambat proses pembelajaran ini, saya cuba juga raih semampu diri.

Inilah kisah perjuangan jatuh bangun saya dalam berShaklee 🙂
Semoga Allah merahmati perjuangan dan pengorbanan ini.

MAAF ZAHIR BATIN BUAT SEMUA

Masih belajar mengenali hati budi duniawi, tapi Akhirat melekat di hati.

#tsunamishaklee
#ainulmalikstories

 

 

(Visited 92 times, 1 visits today)

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


CommentLuv badge