Home Stay Lovely & Cozy 2 Room Penginapan Kami di Itaewon : Part 2

Kami menginap di Bandar Itaewon, yang dikelilingi oleh kedai-kedai barangan antik dan berdekatan dengan kedai-kedai makanan Islam dan juga Masjid Besar di Seol ini.

Boleh dibayangkan bahawa tempat penginapan kami snagat strategik untuk mencari makanan halal dan dikelilingi komuniti Islam yang kebanyakannya Arab, Pakistan, Indonesia dan bangsa-bangsa yang menganut Islam yang lain.

IMG_2468

Pagar Rumah Penginapan

 

Rumah ini adalah rumah dua tingkat, kami tinggal di tingkat bawah. Dilengkapi dengan :

1) Ruang tamu yang ada kerusi dan meja makan dan televisyen

2) Ruang dapur yang lengkap dengan peti ais dan microwave dan tempat memasak

3) 1 bilik air

4) 2 bilik tidur yang luas

5) Wifi yang sangat laju!

6) Sistem pemanas air dan lantai

7) Vacuum cleaner

8) Mesin basuh bersama 2 penyidai baju

IMG_2471

 

Memang sangat selesa rumah ini. Yang paling best, lantainya dilengkapi oleh sistem pemanas, yang membuatkan kami selesa tanpa kesejukan di dalam rumah. Tapi kalau terlebih set kepanasan, boleh jadi sauna juga ni hihi.

Oleh sebab keistimewaan heater ini, dan kemudahan mesin basuh yang disediakan, dapatlah kami mengeringkan pakaian yang dibasuh setiap hari, walaupun saya membesauh seluar jeans saya, tetap kering dan sedia untuk dipakai keesokan harinya! best!

Tuan rumahnya juga sangat peramah dan baik hati. Beliau juga telah menerangkan dengan terperinci tentang semua kemudahan yang disediakan.

Plastik sampah di Korea juga diasingkan kegunaannya, khas untuk makanan, untuk plastik, untuk kertas supaya boleh dikitar semula.

Jika berminat untuk mengetahui lebih lanjut mnegenai rumah comel ini, boleh klik : https://www.airbnb.com/rooms/4050663 milik Mr Jang-Soon Hwang ini.

Rumah ini juga dilengkapi dengan sistem keselamatan ADT dan kuncinya adalah menggunakan kod berdigit.

IMG_2469

Dibelakang kepala saya, sistem kunci berdigit untuk masuk ke dalam rumah

 

Sementara saya, Lin Chalo dan Lydzar berjumpa dengan tuan rumah tersebut dan mendengar segala penerangannya, ketiga rakan saya yang proaktif yang lain terus mencari makan malam kami di kedai yang berdekatan dengan berjalan kaki menggunakan waze.

Berjumpalah mereka dengan Kedai Makanan Indonesia, Siti Sarah yang menjual nasi Ayam Rempah yang sangat sedap dan pulang bersama 6 botol mineral 2 liter untuk bekalan air minum kami di rumah ini, dengan berjalan kaki melalui jalan berbukit-bukit di bandar Itaewon ini.

Nampak kan betapa energeticnya mereka ini, walaupun penat baru sampai dan sebagainya, tetapi kami terus menjalankan tugas masing-masing supaya semua perjalanan urusan berjalan lancar.

Hip hip horay! (Bersatu teguh, bercerai roboh) hihi

Nasi Ayam Rempah yang sedap, makan pula dengan sambal sreng ;)

Nasi Ayam Remoah yang sedap, makan pula dengan sambal sreng 😉

 

Malam itu, dapatlah kami menikmati makanan malam yang sedap bercitarasa tekak kita. Setelah selesai solat Maghrib jamak bersama Isyak, kami memulakan aktiviti yang pertama!

Nak tahu kami ke mana?

Teruskan bersama saya dalam episod ketiga pengembaraan kami 🙂

 

Episod sebelum ini :

1) http://ainulmalik.com/apa-barang-yang-nak-bawa-apabila-naik-kapal-terbang/

2) http://ainulmalik.com/kembara-ke-bumi-korea-sebagai-backpackers/

3) http://ainulmalik.com/dari-klia-ke-incheon-airport-kembara-korea-bermula-part-1/

(Visited 937 times, 1 visits today)

1 Trackback / Pingback

  1. Bagaimana Nak Mengembara di Seoul Korea? : Part 4 | Ainulmalik.com

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


CommentLuv badge