Drama M.A.I.D yang Sweet, Jadi Inspirasi Saya Untuk Jadi Lebih Rajin

Wah, memang fenomena rupanya drama M.AI.D ni. Kebetulan, masa bulan puasa ni, saya suapkan Amni makan time yang sama lebih kurang dengan cerita ulangan M.A.I.D ni, jadi kebetulan dah buka tv, tertengoklah sekali. awal-awal memang sangat sweet cerita ni. Lagipun senang je, sambil-sambil update blog pun, boleh jeling-jeling mata tengok cerita ni kan. Time-time ni la ambik masa sapu sampah, hahahahaaa.. Wajib pikir kerja yang boleh buat sekali satu masa!

m.a.i.d

Memang gandingan mantap Ayda Jebat dengan Zul Ariffin ni. Drama sebelum ni, rindu awak 200% saya tak pernah dapat tengok pun, so inilah drama pertama gandingan berdua ni saya dapat tengok. Sekarang, dalam M.A.I.D, dah masuk part-part lepas kahwin, wah-wah ade adegan yang terpaksa tukar channel sebab tengok dengan anak kan. Dahla bulan puasa kan, huhu.

Drama ni membuatkan saya terfikir, memang seronok dapat pembantu rumah orang kita ni. Senang nak handle. Apetah lagi yang muda bertenaga, mesti dapat setelkan banyak urusan di rumah. Tapi, susahla nak dapatkan pembantu rumah orang kita sekarang ni, kan?

Yang menjadi kerisauan adalah, apabila dah dapat pembantu rumah, terjadi situasi macam ni :

maid

Wahhhhh.. tak sanggup!! risau-risau ada pula isu hubungan di luar kawal, nauzubillahimin zalik. Jauhkanlah….

Kalau nak ambik yang berusia nanti, sama jugak, kot, ada pros and kontranya nanti. Macam ade satu kejadian dulu, orang yang kenali, ambil pembantu rumah yang dah berusia, eh, kita pulak yang jaga dia. Demamla, sakitla, terpaksa redha sebab dah sain agrrement ambil dia sebagai pembantu rumah untuk sekian lama masanya.

Oklah, jadi, terima kasih jugaklah pada drama ni dah timbulkan kesedaran dalam diri ini, memang wajib pun ada diperuntukkan masa supaya kita fokus terhadap kerja-kerja rumahtangga ni, terutamanya buat mommies yang wahm seperti saya.

Sebelum ni, saya memang membahagikan masa saya untuk bisnes, masak, dan anak-anak. Sebagi seorang yang amat sibuk, 3 urusan ini menjadi keutamaan saya, tidak seperti kerja-kerja seperti mengemas, kain baju, mengemop dan sewaktu dengannya. Kepada yang memahami tugasan wahm ni macammana, anda akan faham bahawa walaupun hanya 3 keutamaan ini yang kita fokus setiap hari, memang sangat penuh dan padat aktiviti kita di rumah! Nak tengok jadual harian saya? Phew!

mother_work

Jadi, bermula dari hari ini, saya akan tambah satu persatu urusan rumahtangga setiap hari demi kebahagiaan keluarga kami. Jom, kita berusaha menambahbaik urusan seharian dan kualiti diri untuk menambat hati suami tersayang dan juga anak-anak.

Ok, setakat ni, tak perlulah difikirkan lagi nak ambik maid! Sebenarnya saya pun dah ada maid yang menanti di rumah :

Banner-Get-Clean-Set

 

Wah, wah, wahhh..special kan maid saya ni? Ada 3 maid yang membantu saya untuk urusan kebersihan, seperti :

  • Basic H yang saya guna untuk cuci lantai bilik air, mop lantai, dan semua kerja-kerja rumahtangga saya
  • Fresh Laundry Concentrate dan Soft fabric Concentrate yang sangat membantu dalam kerja-kerja membasuh kain, siap boleh rendam baju lelama tanpa ada wujudnya bau hapak dan kekalkan bauan kesegaran kain-kain kita tu
  • Dishwash concentrate. maid mencuci pinggan yang memelihara tangan saya, berbau sangat sweet yang membolehkan kita bertahan basuh pinggan yang banyak lama-lama, siap boleh membersihkan botol-botol dan puting susu anak-anak dengan sangat bersih!

Ha, best kan kawa saya ni berkerja bersama-sama dengan maidnya?

Lebih bagus kita fikirkan alternatif yang lebih berkesan dan membantu mempercepatkan kerja-kerja rumah supaya kita boleh menyiapkan pula urusan rumahtangga kita dengan lebih sempurna!

Semoga kita semua dapat melatih diri dengan menjadi seorang suri yang menjadi impian, harapan dan fokus terhadap anak-anak dan keluarga 🙂

Jom bantu diri menjadi yang lebih baik!

housewife-1

Kelakar dengan gambar ni? Ya, yakin diri yang walaupun berbisnes, kita juga mampu buat setiap satu kerja-kerja penting dalam rutin harian kita di rumah.

Fikirkan semula, perlukan maid atau part time maid atau boleh buat sendiri semuanya?

Terpulang kepada pendapat masing-masing, asalkan semuanya bahagia dan gembira!

 

Sharing is loving,

Ainul Malik

016-3353567

WAHM 🙂

PENGEDAR SHAKLEE KAJANG

(Visited 476 times, 2 visits today)

1 Comment

  1. Saya pun pakai maid yang sama
    riza afzan asri baru share entri menarik…3 Tips Hadapi Kehidupan Yang Padat Dan Sibuk Agar Kurang TertekanMy Profile

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


CommentLuv badge