Dilemma Ibu Menyusu yang Berkerjaya

Menyusu, tutup dada Saya sayang keluarga saya!

Bismillahirrahmanirrahim.

Setelah habis berpantang dan masuk semula ke tempat kerja, ibu-ibu menyusu mesti menghadapi dilemma untuk meneruskan penyusuan ataupun terus mencampurkan saja penyusuan anak untuk memudahkan urusan kita, bukan?

Ya, inilah dilemma yang dihadapi oleh kebanyakan ibu-ibu berkerjaya termasuk saya.

Pada mulanya, semasa berpantang, kita seronok menyusukan anak yang baru lahir itu. Memang dah tanam niat untuk menyusukan si kecil sampai dua tahun. Namun, biasanya di pertengahan jalan, mula ada suara-suara kecil yang menyuruh kita menghentikan saja penyusuan ini.

 

Faktor Penyebab Kurang Penghasilan Susu oleh Badan

Banyak faktor mempengaruhi, contohnya tekanan di tempat kerja, tiada masa untuk mengepam yang menyebabkan susu bengkak dan akhirnya mengering di dalam badan menjadi lemak dan semangat luntur apabila kita mula kurang yakin dengan diri sendiri untuk meneruskan penyusuan ini.

Suara-suara kecil tadi, disokong pula dengan suara-suara dari orang sekeliling yang memandang remeh penyusuan badan ini. Menyusahkan, buang masa mengepam, memenatkan, waktu kerja dah tak produktif, dan kesian pada anak yang tak cukup susu menambahkan lagi dilemma di dalam diri yang akhirnya membuatkan anda kecundang di tengah jalan.

Saya juga pernah merasai pengalaman yang sama. Saya seorang Pensyarah di salah sebuah Universiti Swasta di Malaysia. Realitinya menjadi pensyarah di IPTS, kebanyakan kerja pengurusan kami buat sendiri, selain dari tugas hakiki mengajar di dalam kelas. Kami juga punya “contact hour” untuk dikejar untuk penilaian prestasi setiap bulan. Kebetulan, saya juga mengambil kelas untuk department-department yang lain, yang punya persamaan subjek untuk diajar.

Pergi kerja jam 8 pagi, sampai ke rumah jam 7 petang. Dalam sela masa ini, saya akan mengepam jam 10 pagi, 1-2 petang dan 4 petang. Rasanya ibu-ibu berkerjaya seperti saya juga punya pola pam susu yang lebih kurang masanya dengan saya, kan?

Kita takdapat pam lebih kerap dari ini atas alasan hilang di meja kerja. Kadang-kadang, jika kelas penuh, jadilah waktu mengepam dari 3 kali kepada 2 kali sahaja. Masyaallah, ini sangat-sangat mengganggu production susu yang dihasilkan dalam badan.

Kemudian, ditambah pula dengan stress dan penat, masa yang terkejar-kejar untuk mengepam, susu mula berkurang. Inilah yang saya hadapi untuk anak pertama dan anak kedua saya.

Untuk anak pertama, saya telah gagal mempertahankan haknya untuk mendapat penyusuan penuh selama dua tahun. Namun, ada rasa lega di hati sebab senang nak bancuh susu botol kepadanya dan senang dah tak perlu mengepam di ofis. Mudah, bukan?

Malam-malam pun, jika dia terjaga, bancuh saja susu dan terus diam. Apatah lagi, bila keluar berjalan-jalan di pasaraya, sediakan saja susu bancuh di mana-mana, anak pun kenyang dan cepat tertidur.

Best, kan?

Tapi jauh di sudut hati saya, saya zalim kepada anak sendiri. Haknya tidak dapat ditunaikan, apatah lagi anak yang petama ini lelaki, keperluan susu yang dihasilkan dalam badan adalah 2 kali ganda sebenarnya berbanding anak perempuan. Ya, inilah fitrah yang Allah telah berikan kepada para ibu semuanya.

Saya redha, tenangkan hati dan belajar dari pengalaman dan mula memasang azam, untuk anak kedua, insyaallah akan saya susukan anak ini penuh sehingga dua tahun, dengan izin Allah.

 

Belajarlah dari Pengalaman

 

Ya, lahirnya anak kedua, pengetahuan dah bertambah dua kali ganda, persediaan juga dua kali ganda, tetapi masalah yang dihadapi tetap sama. Dilemma wanita sama sahaja di mana-mana, hanya situasi yang membezakan jenis-jenis masalah kita.

Apabila umur anak kedua mencapai 5 bulan, susu mulai mengurang. Pernah satu masa yang panjang saya hanya dapat mengepam 1 auns saja setiap kali sesi pengepaman.

Ini menambahkan lagi stress di hati dan membuatkan diri bertambah penat dan moody kerana melayan kerisauan dan lara hati seorang ibu yang tak dapat memberikan susu yang cukup kepada anaknya.

 

Pilihan hanya dua, sama ada mahu teruskan atau terus berhenti saja.

 

Saya pilih untuk meneruskan perjalanan penyusuan dengan berusaha keras mempertahankan hak anak saya yang kedua. Habis air mata, peluh keringat, berkorban masa, tenaga untuk mengumpul semula stok-stok susu buat keperluan anak ini.

Ya, akhirnya dua bulan yang getir telah berjaya saya harungi dengan tabah. Tabah tak tabah, memang kena banyak berkorban masa. Saya banyak luangkan masa mengepam di pejabat, dari 30 minit kepada satu jam 3-4 kali sehari. Mana nak cari masa? Pandai-pandailah berusaha dan berusaha meluangkan masa semasa waktu berkerja. Yang penting, semangat ibu harus kuat melawan suara-suara nakal yang melunturkan semangat kita.

Senang saja jawapannya, bagi sesetengah wanita, usia bayi 5 bulan, hormon badan kita akan kembali normal dengan mengalami kitar haid yang tetap setiap bulan. Ya, ini adalah satu faktor penyebab kurangnya susu ibu dapat dihasilkan dalam badan. Jangan risau, banyakkan minum air, tambahkan keperluan kalsium dan protein tinggi dalam menu harian, banyakkan minum air panas juga dan jaga pemakanan dan kesihatan agar tidak menambahkan lagi tekanan di dalam diri.

Jaga emosi, sentiasa beristighfar dan banyakkan mengaji dan meletakkan pergantungan kepada Allah. Eh, itu perkara mudah dan remeh? Oh, tidak, cuba buat dahulu, jika anda merasa terbeban, abaikan perasaan itu dan kuatkan hati untuk mula berzikir dan tanam dalam diri sifat rajin berdoa. Insyaallah, akan mempengaruhi perkembangan bayi, menyusikan hati sendiri dan menambahkan jati diri dalam diri.

 

Manisnya Menjadi Ibu Yang Menyusukan Sendiri Anak

solat

 

Banyak hikmah kan, sebenarnya mengapa wanita diberikan ujian dilemma yang besar sebegini?

Supaya kita dapat didik hati untuk bersabar dan berusaha kuat untuk menegakkan hak anak yang punya masa depan yang lebih cerah dan lebih panjang dari kita untuk mengharungi hidup di muka bumi ini.

Hikmah yang terbesar adalah jalinan kasih sayang yang tidak dapat diceritakan dengan jelas, kerana hanya ibu yang menyusukan saja tahu kelainannya. hakikat instinct ibu lebih besar akan bertambah-tambah lagi besarnya bila kita menyusukan anak ini seepnuhnya.

Anak pun nampak lebih ceria, bertenang dan dari segi adab dan kelakuannya, kadang-kadang dapat juga dilihat dari segi disiplin diri dan banyak lagi yang dapat diperhatikan oleh ibu sendiri.

Alhamdulillah, kini anak saya telah lebih 2 tahun dan saya memang bersyukur kerana dapat melawan segala kekangan yang wujud dan mengharungi cabaran yang dasyat untuk meneruskan penyusuan sepanjang berkerja. Ya, inilah kemampuan seorang wanita untuk handle banyak perkara dalam hidupnya terutamanya yang melibatkan urusan rumahtangga dan luar rumah.

Buat para ibu di luar sana, bersabarlah kerana satu hari nanti anda pasti merasai manisnya meneruskan niat penyusuan anda ini tanpa sebarang kesalan di hati. Tips utama, dapatkan sokongan yang sangat kuat dari suami anda dan sentiasalah berdoa memohon apa saja yang anda inginkan dari Allah, kerana Dia Maha Pemberi segala-gala yang dihajatkan.

Video di bawah adalah sajian penambah semangat kepada anda ibu-ibu yang mempunyai dilemma seperti saya ini. Teruskan hasrat anda yang suci murni ini, insyaallah kita adalah di kalangan ibu-ibu yang bahagia dan beruntung 🙂

Manisnya menjadi ibu, alhamdulillah!

 

Ibu-ibu juga boleh dapatkan tips yang bermakna dari rujukan di bawah :

http://healthierlife4uandme.blogspot.com/2014/10/rahsia-banyakkan-susu-ibu-dengan.html

http://healthierlife4uandme.blogspot.com/2014/03/tips-banyakkan-susu-milk-booster-cepat.html

 

Alhamdulillah, semoga manfaat kisah saya ini dapat disebarkan kepada ibu-ibu yang memerlukan. Perasaannya, hanya yang telah melaluinya tahu betapa manisnya mengharungi kejayaan terindah ini. Ia menjadi kisah untuk dikenang dalam hidup kerana kini saya telah bekerja dari rumah dan bersedia untuk menghadapi kisah lain sebagai ibu yang menyusukan bakal anaknya di rumah, insyaallah 🙂

Ya Allah, peliharalah kami dan permudahkanlah segala urusan kami dalam menjayakan misi penyusuan kami, demi kebaikan anak-anak kami yang tersayang.

 

Salam sayang penuh ikhlas,

Ainul Malik 🙂

(Visited 322 times, 1 visits today)

2 Comments

  1. kena rajin mengepam la jawabnya ni.
    ohcikgu baru share entri menarik…Aliya RINDU ayah ye?My Profile

  2. memang wajib, kalau tak mengepam, kesian anak kita tak cukup bekalan susunya, dia nak membesar, sangat bergantung pada susu tambahan umur setahun ke bawah, sobs

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


CommentLuv badge