Dari KLIA ke Incheon Airport, Kembara Korea Bermula : Part 1
Perjalanan kami berlima, dari Kuala Lumpur adalah diketuai oleh upline Shaklee saya, Master Nurazlina Noh. Ahli kembara pertama group iReach ini yang dipelopori oleh ibu-ibu wahm, semuanya adalah sidelines sememangnya adalah sangat unik! Tambahan lagi, seorang lagi sideline saya, dari Doha juga turut serta! Kami semuanya sangat akrab dan sekepala dari permulaan pengembaraan hinggalah ke akhirnya.
Ya, menyulam ukhwah adalah yang paling manis buat kami, walaupun kami memang selalu bersama, tetapi peluang mengembara bersama-sama menambahkan keakraban kami, membantu kami bertukar-tukar idea antara satu sama lain, dengan seikhlas hati.
Menggelarkan diri 360, semoga kami dapat mengaplikasikan segala aspek secara meluas, iaitu 360 darjah untuk manfaat bersama. Untuk perjalanan pertama ini, dianggotai oleh :
Lyna Noh, pemilik Lynanoh.com
Lydzar Rusman, pemilik lydzar.com
Lin Chalo, pemilik linchalo.com
Dilla Jalil, pemilik mamaqaireen.com
Kak Kep, pemilik kakkep.com
dan saya, pemilik blog ini, ainulmalik.com
Kami bukan mengembara kosong-kosong sahaja, meninggalkan keluarga tercinta. Ada “sesuatu” yang kami inginkan, yang akhirnya dari satu matlamat, Allah telah mengurniakan pelbagai pengalaman yang indah, semuanya sangat bererti bagi kami berenam, alhamdulillah!
Bertolak dari Klia2 pada jam 8 pagi, kami sampai di Incheon jam 3.20 petang, cuaca amat baik pada hari itu, walaupun diramalkan hujan. Perjalanan mengambil masa kira-kira 7jam itu telah dipermudahkan, alhamdulillah. Suhu setibanya kami di sana adalah dalam 20 darjah celcius, jadinya tidak terlalu sejuk dan kami masih boleh bertahan, walaupun angin sejuknya menyapa muka di bawah matahari yang panas 🙂
Setelah membuat declaration barang-barang yang dibawa masuk ke Korea, kami menaiki train menuju ke Kastam untuk pengesahan passport dan sebagainya.
Kami telah menaiki Limousine yang telah ditempah khas untuk dibawa terus ke Homestay kami yang terletak di bandar Itaewon (sebutan Itewan). Perjalanan mengambil masa 1 jam dari Incheon dan kami mengambil peluang melihat pemandangan sekitar yang ternyata cantik dengan alam semulajadi sepanjang perjalanan.
Pemandunya sangat peramah dan baik hati. Setibanya di kawasan rumah penginapan kami, beliau menunggu sehingga tuan rumah datang menyambut kami di sana 🙂
Ikuti kisah rumah penginapan kami di Itaewon ini di entry seterusnya 🙂
Kisah pengembaraan kami :
1) http://ainulmalik.com/apa-barang-yang-nak-bawa-apabila-naik-kapal-terbang/
2) http://ainulmalik.com/kembara-ke-bumi-korea-sebagai-backpackers/
Leave a comment