Coaching Kelas Blog Yang Awesome di Kota Kinabalu
Assalamualaikum wbh
Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran di panjatkan kepada Allah kerana dipanjangkan umur untuk memberi lebih manfaat kepada manusia lain. Sabtu yang lepas, saya terbang ke Kota Kinabalu bersama rakan-niaga bisnes tercinta, Lin Chalo untuk bertemu rakan-niaga bisnes yang lain di Kota Kinabalu untuk berkongsi ilmu blog.
Ya, memang saya memang teruja dengan coaching kali ini. Yang lainnya coaching ini adalah, saya pergi sendiri bersama Lin Chalo seharian, flight pergi pagi jam 6.45 pagi dan pulang pada 8.10 malam. Awesome, kan? Kami percaya, suami-suami kami yang supportive itu boleh menguruskan anak-anak dengan cekap sepanjang hari itu.
Ya, seperti yang digambarkan memang kami disambut dan dilayan mesra oleh rakan-niaga di sana. Alhamdulillah, misi berjalan dengan sangat lancar! Syukur pada Allah yang memudahkan urusan kami.
Ha, kami dijamu dengan hidangan yang istimewa di sana, iaitu sate urat, tak pernah saya jumpa tau di Kuala Lumpur ni, eh, ke saya yang belum tahu ni? hihi.
Rasanya memang sedap! Nak tempah bagitahu saya, saya boleh bantu anda untuk buat pembelian kalau mengidamla kan 🙂
Selain dari tu, saya dapat merasa kuih sagu yang berbentuk biskut bulat yang nipis yang rasanya memang sedap! Jangan judge rupa sebelum lidah merasa, cewah, sebab memang serius saya suka 🙂
Tiada kata yang dapat digambarkan melainkan lega kerana dapat membantu kawan-kawan di sana, gembira kerana dapat berkenalan dengan mereka dan menjalin hubungan silaturrahim yang lebih erat selepas ini.
Sabda Rasulullah saw, “Ilmu itu milik Allah, barangsiapa menyebarkan ilmu demi kebaikkan, insyaAllah, Allah akan menggandakan 10 kali kepadanya.”
Berpegang kepada hadis ini, saya percaya, bila kita memberi dan memberi, kita akan temui kebahagiaan hati yang berpanjangan, insyaallah. Jangan takut memberi, kerana sumbangan perkongsian inilah yang membantu kita memanjangkan amal sampai bila-bila.
Ya, saya tidak menyesal berhenti dari tugas sebagai Pensyarah suatu ketika dulu, kerana tugas kali ini lebih luas skopnya dengan tunjangnya adalah sama, iaitu membantu orang lain melalui ilmu 🙂
Syukur dengan kehidupan sekarang dan saya mengimpikan akan mendapaat kehidupan yang lebih baik supaya kapasiti untuk membantu orang lain lebih besar dan tidak terhenti di sini saja.
Hidupku, matiku keranaMu 🙂
Ikhlas,
Ainul Malik
Leave a comment