Cabaran Travel Luar Negara Untuk Ibu Mengandung

Surat yang saya dapatkan dari doktor untuk pengesahan kesihatan ke luar negara

Assalamualaikum wbh

Phew! Dah bersawang tebal blog ni, kan? Maaflah kawan-kawan, sebab sepanjang pregnancy ketiga ini, saya mula menternak habuk-habuk tebal di rumah ni, sobs. Tapi, saya masih berblog di sihatceriabahagia.com 🙂 Namun, kerinduan pada ainulmalik.com sangat menebal!

Terlalu ban yak update yang nak diceritakan dalam blog santai ni. Terlalu banyak hingga tak terkira!

* Kisah pregnancy

* Kisah travel

* Kisah anak-anak masuk sekolah

* Resepi pun lama tak berupdate

Masyaallah 🙁

 

Ok2 saya tiba-tiba ada mood pulak untuk share kisah cabaran travel ketika mengandung 🙂

Kisah Bagaimana Saya Boleh Mengambil Keputusan Travel Seorang Diri Ketika Mengandung

Biar betul, nak ke Italy masa pregnant tanpa famili?

Dipendekkan cerita, saya telah mendapat tawaran menyertai Trip Exclusive ini melalui insentif Bisnes Shaklee yang saya ceburi ini. Sayanglah nak tolak, kalau dikira-kira, tahun depan, dah keluar baby, sanggup ke pulak nak tinggalkan anak yang pasti saya susukan sepenuhnya?

Baik saya ambil keputusan untuk tidak lepaskan trip Exclusive Italy kali ini kan? Sayang nak biarkan begitu sahaja atas banyak sebab:

1. Ini adalah ganjaran atas usaha keras saya selama setahun dalam bisnes Shaklee kami sekeluarga

2. Saya dapat pengalaman melancung ke Italy secara teratur dan boleh gunakan pengalaman ini untuk mengatur perjalanan travel kami sekeluarga di masa hadapan.

3. Di zaman kegawatan ekonomi 2015, tidak mungkin saya dan suami dapat membelanjakan kewangan sendiri untuk merasa musim winter di Italy, lagipun memang Shaklee dah beri jaminan akan menaja percutian mewah 5 bintang, kata pihak syarikat, kami hanya perlu bawa duit untuk nak berbelanja saja, kalau taknak shopping, tak perlu bawa duit banyak-banyak, kerana segala perbelanjaan makan, tidur, perjalanan ditanggung sepenuhnya! Jadi apa salahnya merasai sendiri pengalamannya kan 🙂 (Insyaallah, saya akan ceritakan kisah selanjutnya di entri berikutnya).

Alhamdulillah, atas izin suami, malahan beliau sendiri yang beria menyokong untuk saya mencuba pengalaman ini, dan mengambil usaha untuk menjaga anak-anak tercinta, saya sambut izinnya dengan debar dan perasaan tidak sabar! *mixed feeling 🙂

Cabaran yang Perlu Dihadapi Ibu Mengandung Ketika Travel Ke Luar Negara

1. Mendapatkan keizinan dan pengesahan doktor

2. Menyediakan baju dan kasut yang sesuai

3. Mengekalkan tahap kesihatan

4. Menyesuaikan diri dengan cuaca di sana

5. Keselamatan

 

1. Mendapatkan keizinan dan pengesahan doktor :

Pada ibu-ibu hamil yang ingin ke luar negara, wajib untuk mereka mengesahkan taraf kesihatan agar tidak berlaku perkara yang tidak diingini

Pada tarikh percutian yang ditetapkan, kandungan saya berada dalam 25 minggu, iaitu 6 bulan. Alhamdulillah, doktor mengesahkan yang saya boleh mengikuti percutian musim sejuk Italy ini dan taraf kesihatan saya amat memberangsangkan.

Surat yang saya dapatkan dari doktor untuk pengesahan kesihatan ke luar negara

Surat yang saya dapatkan dari doktor untuk pengesahan kesihatan ke luar negara

 

2. Menyediakan baju dan kasut yang sesuai

Baju

Pada mereka yang akan keluar negara pada musim sejuk, perlu bagi mereka menyediakan baju dalam thermal atau “thermal wear” atau biasanya kita panggil longjohn.

Baju yang penting dipakai semasa travel ke luar negara musim sejuk

Baju yang penting dipakai semasa travel ke luar negara musim sejuk

Baju ini penting untuk membuatkan badan tahan dengan kesejukan musim sejuk. Ada bermacam-macam jenis baju thermal underwear yang dijual di pasaran, tapi cabaran bagi saya adalah untuk mencari yang sesuai dengan fizikal saya sebagai ibu mengandung 6 bulan ini 🙂

Saya dah mencari-cari di kebanyakan kompleks membeli belah, tetapi tidak berjumpa yang sesuai untuk maternity. Yang ada adalah yang dijual online dari luar negara yang melibatkan masa penerimaan dalam 2 minggu.

Akhirnya, saya berjumpa dengan apa yang saya perlukan, baju Longjohn saiz XXXL dari Kok Kong Winter Wear, lokasi kedainya di Jalan Loke Yew, Kuala Lumpur.

Wah, rupanya ada kedai jimat yang menjual segala keperluan musim sejuk luar negara di sana. Dari baju, aksesori, kasut hinggalah beg, anda dilayan dengan mesra di kedai itu. dan harganya memang jauh lebih murah di sana berbanding kedai popular yang lain.

Alhamdulillah, saya sangat lega sebab baju bersaiz XXXL tu boleh muat perut untuk baju dan seluar! yey!

Biasanya, aturan baju yang dipakai :

1. Thermal wear dipakai di dalam sekali : done

2. Baju biasa yang dipakai : Bawak je baju yang dah sedia ada asalkan selesa dipakai untuk berjalan jauh

3. Baju tebal winter : Saya gunakan yang dah sedia ada masa ke Korea dulu, dan Shaklee turut menaja baju winter tambahan 🙂

Ibu hamil

Baju yang muat baby bump!

Alhamdulillah, memang sangat tak banyak belanja. baju setel, seluar, saya pilih untuk memakai seluar jeans maternity Scarlet yang dijual di Jusco saja, jimat belanja 🙂 Kan dah ada thermal underwear XXXL tu, jadinya tak lah rasa sejuk sangat dengan jeans maternity tu 🙂

Kasut

Ya, untuk kasut, sebaiknya cari kasut yang kalis air dan lebih sesuai memakai boot. Namun begitu, setelah pencarian kasut saya tidak berjaya, tak jumpa yang kalis air dan tak mahu pula berboot (aish susah ikut mood ibu mengandung ni) saya hanya membawa kasut skechers lightweight saya yang sedia ada dan sepasang lagi kasut jalan Clarks yang memang kalis air sesuai untuk semua keadaan 🙂

Setel dua keperluan penting ini, kerana :

1. Baju yang selesa amat penting untuk ibu mengandung agar sentiasa berkeadaan baik dengan moodnya, kalau baju ketat dan tak selesa mungkin keresahan melanda yang mengganggu mood travel

2. Kasut yang selesa membantu ibu mengandung berjalan sejauh yang mungkin dengan senang 🙂

Tips Penting : Kita mengandung, bukannya larat nak angkat beg berat, kan? Bawa 1 luggage beg tarik besar yang boleh :

  • muat 1 atau 2 je baju sejuk
  • Baju dalam kadar lebihkan satu dari jumlah hari, contoh : 8 hari, bawa 5 untuk berjalan dan tidur (tak pakai banyak baju pun kat sana, even dah pakai 2 kali pun bau softener yang dibasuh di Malaysia masih melekat > khas travel musim sejuk)
  • Set longjohn 1 cukup
  • Seluar maternity juga sama kadarnya, bilangan 4,5 memang cukup dua minggu, believe me!
  • Instant tudung, bokitta, tudung 2 muka je bawak banyak, takpe, ringan je bila gulung2
  • Sediakan 1 beg ringan sederhana besar yang tidak berat, boleh dilipat dan boleh diangkat sendiri masuk ke dalam kapal terbang sebagai handcarry sebagai beg beranak balik nanti.
  • Cukupla 🙂 accessories lain, anda boleh senaraikan ikut keperluan

3. Mengekalkan tahap kesihatan di sana

Kesihatan ibu mengandung perlu dikekalkan sebaik-baiknya di sana. Jadi, masalah ibu mengandung seperti pening kepala, kejang kaki, keletihan dan kelaparan haruslah diatasi.

a. Untuk pening kepala :

Alhamdulillah, saya menjaga pemakanan saya agar ikut waktu. Jadi, saya juga bawa bekalan kurma dan ESP protein untuk tidak membiarkan perut kosong. Namun, alhamdulillah, sepanjang trip ini, kami memang cukup makan 🙂

b. Jika badan masuk angin, saya memang bawa bekal garlic complex untuk memastikan badan tidak berangin. Jika badan ibu mengandung dah masuk angin, ha, tahu kan apa akibatnya? Nanti semua benda tak kena tau! Nak muntahla, loya lah, macam-macam tau kena hadapi sendiri, nak ke? huhu.. tak sanggup, doa minta dijauhkan!

c. Selsema atau demam : tips saya adalah dengan mengambil 3 biji vitamin c setiap hari tanpa skip untuk mengelakkan demam mahupun selsema akibat cuaca sejuk.

d. Sakit kaki, kejang otot dan keletihan melampau : Ha, jangan tak tahu, saya bawa minyak urut Herbanika yang memang menjadi kegemaran saya sejak dari berpantang anak kedua tau! Minyak ni sangat-sangat best sebab boleh digunakan pada malam hari sebelum tidur. Jangan sesekali biarkan kaki tanpa berstokin tebal, jadi saya bawa 3 jenis stokin untuk ke Italy ni.

  • stokin biasa yang panjang (sebab saya memang berstokin)
  • stokin berbulu tebal (spare untuk apa-apa kemungkinan)
  • Stokin penerbangan untuk elakkan dari sakit kaki ibu mengandung (akan diceritakan selanjutnya nanti)

Selain itu, memang menjadi rutin saya makan ostematrix dan omega untuk elakkan kekebasan kaki dan kekejangan. Saya juga perlu bertahan kerana kami terpaksa berjalan jauh, contohnya di Florence sejauh 17km kerana tidak dapat masuk bandar dengan bas, mengikut polisi bandar peliharaan UNESCO, agar tiada kerosakan jalan yang berlaku 🙂

e. Kepenatan melampau? Sudah semestinya saya pilih Cinch yang bantu saya bertenaga dari pagi hingga ke malam! Juga b kompleks dan ostematriks sangat membantu 🙂

http://sihatceriabahagia.com/rahsia-badan-cergas-sewaktu-mengandung/

supplement

f. Sakit badan

Bawalah beg sandang kerana beg sandang lebih menyelesakan badan dari memaki beg silang untuk wanita mengandung. Kerana tekanan yang dikenakan ke atas kedua-dua belah bahu adalah sama. Beg silang yang kecil digunakan untuk meletakkan barang yang ringan untuk keselamatan, jangan berat-berat, kalau sakit bahu, boleh akibatkan sakit pinggang, satu masalah pula perlu ditanggung bersendirian!

g. Masalah kulit kering atau kegatalan akibat kekeringan melampau musim sejuk, saya atasi dengan memakai sabun mandi bervitamin E yang melembapkan kulit, menyediakan herbalblend krim yang selamat dipakai ibu mengandung untuk elakkan kekeringan kulit perut, tangan, kaki dan juga bibir.

http://healthierlife4uandme.blogspot.my/2014/11/krim-kulit-sensitif-untuk-ibu.html

 

4. Menyesuaikan diri dengan keadaan sejuk di sana

Apa apa kemungkinan yang bakal berlaku, ibu mengandung perlu segera atasi mengikut keutamaan badan kita. Jika rasa terlalu sejuk, pakailah sarung tangan.

Ibu mengandung juga perlu memakai scarf yang dipakai di leher, kerana jika keadaan terlalu sejuk, kita boleh menutup sebahagian muka dengan scarf tersebut.

Ha, jangan lupa ye sediakan baju hujan, jangan malu tau nak pakai baju hujan sebab, kalau demam, siapa yang menanggung sakit? diri sendiri juga, kan? jadi, berjaga-jagalah 🙂

 

5. Keselamatan

A. Berhati-hati dengan barangan yang ada pada kita, jangan expose diri dengan barang-barang berharga, tak perlulah memakai barang kemas masa travel kan? 😉

Sediakan satu beg kecil silang yang boleh dipakai di bawah baju sejuk yang tebal dan ubah semua duit-duit ke dalam beg kecil ini. Saiz yang sesuai adalah untuk meletak

  • duit (wallet letak dalam beg sandang, tanpa kad2 penting)
  • Passport dan kad2 kredit/debit/ic
  • Surat doktor
  • pen,
  • kamera kecil,
  • handphone
  • power bank
  • pillbox

supaya tidak membebankan badan untuk berjalan jauh.

Rome

Nampak tak beg silang kecil di dalam baju winter saya? 😉

 

Jangan sesekali :

  • mendedahkan beg yang mengandungi barang berharga ini diluar baju sejuk untuk mengelakkan kes ragut

  • meletakkan barang berharga di dalam beg sandang di belakang untuk mengelakkan kecurian.

B. Berjalan dalam berkumpulan, jangan sesekali berjalan berseorangan walaupun kita sangat yakin. Ingat, kita berada di negara orang, kalau tak sayangkan diri sendiri, sayangilah kandungan yang kita pelihara di dalam rahim ini 🙂

Terima kasih geng yang prihatin dan awesome!

Terima kasih geng yang prihatin dan awesome!

 

Jadi, pesan saya, jika anda ingin keluar negara semasa mengandung, kunci utama yang perlu dijaga adalah kesihatan dan keselamatan 🙂

Jika anda ada sebarang kemusykilan, jemput bertanya di ruangan komen, saya boleh tolong jawabkan 🙂 rasanya setakat ini dulu, tips2 menghadapi cabaran ketika travel keluar negara oleh ibu mengandung, jika ada idea, boleh juga kongsikan ya bersama saya!

Jangan hadkan potensi diri dengan merendahkan semangat dan melepaskan peluang berharga walau apa juga keadaan mengikut kesesuaian 🙂

Pisa

Hingga bertemu lagi!

 

Salam sayang,

AinulMalik

8months of pregnancy

Ikuti insta saya #travelogainulmalik untuk inspirasi gambar di Italy 🙂

Semoga sharing ini membantu anda meningkatkan inspirasi diri untuk kejayaan di masa hadapan, kerana Allah taala 🙂

(Visited 649 times, 1 visits today)

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


CommentLuv badge