Breastfeeding Penyebab Keguguran? Adakah Anda Telah Bersedia Wean Off Anak Anda?

“Saya memang menyokong Breastfeeding, tapi since Amni dah tiga tahun, eloklah rasanya awak stop sebab dah cukup nya tempoh tu. Kita risau ini tanda-tanda…..”

 

Wow, statement dari seorang doktor yang saya hormati dan sebenarnya memang saya setujulah untuk memberhentikan penyusuan Amni sekarang. Umurnya yang sebenar adalah dua tahun 8 bulan, jadinya pada saya sebagai ibunya saya memang dah berpuas hati dengan segala usaha yang telah diusahakan selama ini setelah gagal menyusukan Aiman sepenuhnya dahulu.

Alhamdulillah, sujud syukur!

 

Kisah Saya dan Penyusuan

Ya, saya bersyukur atas segala masalah yang pernah saya lalui :

  1. Pengalaman gagal menyusukan Aiman sepenuhnya sebelum berumur 6 bulan, oleh itu saya dapat menangkis kata-kata orang bahawa keturunan kita memang tak cukup susu 🙂 Jadi, pengalaman yang berharga ini saya jadikan batu loncatan supaya saya bersedia dengan kehamilan kedua untuk menyusukan Amni sepenuhnya, Alhamdulillah tercapai lebih 2 tahun. Masyaallah, Allah sebaik-baik tempat bergantung!
  2. Pengalaman bekerja sambil menyusukan anak; oleh itu saya sendiri berpengalaman untuk menyimpan stok, berusaha mencuri waktu menyimpan susu sewaktu bekerja, melalui zaman-zaman kemeruduman susu akibat perubahan hormon badan dan stress bekerja, masa ini memang ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang, sampai tiada stok untuk disimpan keesokan harinya, tetapi masih boleh survive! Masyaallah! Memang pengalaman yang sangat berharga!
  3. Pengalaman menyusukan anak secara direct setelah berhenti kerja. Pengalaman menguruskan anak yang menyusu di depan mata sambil bekerja sendiri di rumah. Rupanya lebih banyak cabaran, sebab memang kita berhadapan dengan anak itu 24 jam, ha, pandai-pandailah mencuri waktu menyusun kerja supaya dapat mengikut jadual dan target yang ditentukan. Alhamdulillah, saya berjaya melalui fasa ini sehingga sekarang.

Ya, ketiga-tiga fasa ini memang ada cabarannya yang tersendiri 🙂 Tapi, yang paling best, dari sudut penyusuan, bila kita direct feed anak, ternyata kita tidak akan menghadapi masalah kekurangan susu, malahan dalam usia Amni dua tahun pun boleh berlaku bengkak susu lagi, alhamdulillah.

Semua pengalaman-pengalaman berharga ini dapat saya gunakan untuk membantu mereka yang memerlukan, terutamanya yang menghadapi masalah penyusuan. I can feel you, darling!

 

Bersedia Wean Off?

 

Kini, saya dah bersedia untuk wean off Amni secara rasminya tetapi bukanlah mendadak, ya 🙂

Kami masih lagi dalam proses penyesuaian diri, saya pun takmahu Amni terlalu stress, insyaallah, saya cuba untuk adjust mengikut hati naluri saya sebagai ibu yang dah menyusukannya hampir 3 tahun 🙂 Caranya? Dah betul berjaya wean off 100% baru saya sharekan ye, hehehe, bagi peluang saya bereksperimen dulu, kita tunggu dan lihat 🙂 jeng jeng…

 

“Saya memang menyokong Breastfeeding, tapi since Amni dah tiga tahun, eloklah rasanya awak stop sebab dah cukup nya tempoh tu. Kita risau ini tanda-tanda awal, kerana breastfeeding will also induce miscarriege”

My Pwincess Amni will be going to be a Big Sister!

My Pwincess Amni will be going to be a Big Sister!

 

Alhamdulillah, rezeki Ramadhan. Saya dah pregnant 🙂

Dan kebetulan terdapat tanda yang membuatkan saya keliru, eh, period ke ni? Nak teruskan puasa (kalau betul pregnant) atau ini period?

Ha, gitu katanya 🙂

Walaupun secara amnya, menyusukan anak sewaktu mengandung tidak merbahayakan, tetapi ia tertakluk kepada keadaan diri individu itu sendiri. Mungkin untuk badan saya, saya perlu menghentikan penyusuan. Namun, memang saya tidak ralat tetapi berpuas hati sebab Amni dah lebih dua tahun dan sepatutnya umur-umur sebegini dia telah wean off seperti yang dianjurkan al-Quran, surah al-Baqarah, ayat 233 yang bermaksud

“Dan para ibu itu menyusukan anak-anak mereka selama sempurna dua tahun, bagi sesiapa yang menyempurnakan susuan”.

 

Masalah penyusuan ke atas kehamilan

 

Terdapat banyak faktor yang menyebabkan sesorang ibu boleh menghentikan penyusuan semasa mengandung, iaitu :

  1. Ibu yang pernah melahirkan anak pramatang
  2. Kehamilan kembar
  3. Ibu yang pernah mengalami keguguran
  4. Ibu yang mengalami pendarahan ketika hamil –> masalah saya
  5. Berlaku pengecutan dan kontraksi rahim akibat penyusuan

Sumber : Benarkah Menyusu Semasa Hamil Berbahaya dan Dilarang dalam Islam? Karangan Dr Fyda Noh.

 

Jadi, ini pilihan saya , tidak tertakluk kepada mana-mana individu yang lain kerana kita bakal mempunyai pengalaman dan situasi yang berbeza-beza 🙂

 

Sebab, sepanjang yang saya baca, sebenarnya memang ramai yang selamat menyusukan sewaktu hamil, jadi, ia bukanlah faktor terbesar (rasanya). Takpe, saya memang dah bersedia untuk wean off kakaknya ni, sikit-sikit supaya dia tak terasa hati.

Jadi, jika nak tahu segala kemusykilan mengenai pendarahan awal sewaktu mengandung, boleh rujuk di link ini.

 

 

Impregnant

 

Alhamdulillah, bermula dari hari ini, saya akan mula berkongsi pengalaman saya di dalam perjalanan kehamilan saya yang ketiga ini jika diizinkan Allah 🙂

(Ada orang yang nak ikuti pregnancy Journal saya ke?)

Masih baru lagi, doakan saya, ya!

 

Sharing is loving,

Ainul Malik

(Visited 164 times, 1 visits today)

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


CommentLuv badge