Bisnes Yang Sesuai Untuk Golongan Muda yang Aktif & Menguntungkan

Assalamualaikum semua.

Maaf kerana entry untuk perjalanan Korea tertangguh buat sementara waktu. Ya, saya kini betul-betul sibuk dengan persediaan ke Tanah Suci. Waktu makin singkat, hati sangat berdebar-debar dengan pengeluaran Visa Umrah, mohon semua doakan saya, ye.

 

Kadang bagai tak percaya tau, semuanya berlaku sekelip mata. Sujud syukur.

 

Alhamdulillah, saya bertemu jalan ini.

Kalau dari dulu saya buat secara aktif, mungkin dah lama boleh berjasa pada mak ayah dan keluarga semua. Takpelah, semuanya dah ditentukan kan πŸ™‚

Kisahnya, saya kenal Shaklee ni masa belajar di UM lagi, tapi tak sanggup nak beli sebab rasa harganya tak setanding dibayar oleh golongan pelajar. Tapi, kalau nak dibuat kira-kira, jumlah wang yang saya beli untuk produk kecantikan selama ni yang tiada satu pun berkesan untuk kulit muka saya, JAUH LAGI BESAR JUMLAHNYA! Malahan menambahkan lagi teruk kulit muka ni.

Kisah sedih saya dah dicerita di sini πŸ™‚

Point kedua, kalau dari zaman belajar dulu saya dah berjinak-jinak dengan bisnes Shaklee, mungkin saya dah dapat pendapatan sampingan yang berganda. Senang je, memang selari dengan jiwa muda kita yang cintakan IT, share kan saja dalam blog dan media sosial, bisnes dah boleh bergerak πŸ™‚

Dulu-dulu, saya cuma berani untuk jadi cikgu tuisyen, dikira per jam di Shah Alam. Lepaslah duit sikit-sikit untuk belanja kahwin πŸ˜‰ Eh, time tu masa sambung Master tau, bukan kahwin lepas degree hihihi. So, masa tulis tesis, kumpul duit jadi cikgu tuisyen dan duit biasiswa Master pun simpan separuh untuk kegunaan-kegunaan penting sebegini. Sempatlah kerja tetap selama 4 bulan, simpan gaji untuk dibuat belanja Majlis Perkahwinan πŸ™‚

Yelah, dari duit gaji pun boleh simpan berapa kan. Kalau nak dibandingkan dengan duit bonus Shaklee ni rasanya memang boleh menyimpan lebih 3 kali ganda tau untul peringkat-peringkat awal leader.

Bisnes Shaklee Memang Sangat Sesuai Untuk Golongan Muda yang Berjiwa Besar!

Kenapa saya cakap begini?

1. Sistem Shaklee ni, nak dapatkan Bonus yang besar, memang kena berusaha, takde sistem makan atas angin, jadi kalau bermimpi nak Bonus Besar sambil goyang kaki, takdapatlah dik ye… lagipun, HARAM TAU MAKAN DUIT ORANG!

2. Apa jenis usaha? Masyaallah, senang je, update blog, update facebook. tu je? ha, betul, tu je. Bukan ke itu yang kita mengadap sehari hari?

Kalau akak kan dik, punyala rugi tau, akak dah berblog start tahun 2007 lagi, masyaallah, kalau dah join bisnes ni dari dulu, mengadap blog je dapat duit, bayangkan dah boleh menyimpan berapa banyak dah. Menyesal tau tak paksa diri start awal πŸ™

Kalau mengadap facebook kita kerugian masa dan duit sebab nak bayar line, internet dan sebagainya, bandingkan kita mengadap facebook, boleh dapat berganda-ganda siap boleh menyimpan untuk benda-benda berfaedah yang lain. Sila kira.

3. Bila dah kata mengadap blog dan fb tu, bukanlah mengadap 24 jam tau. cukuplah 3-4 jam sehari untuk kedua-dua ni dan selebihnya 20 jam lagi, kita boleh buat banyak lagi benda lain, seperti mengulangkaji, masuk kelas, berjalan-jalan dan sebagainya.

4. Jalan-jalan? Nak luangkan masa berjalan-jalan pun tak rasa bersalah sangat tau. Sebab kita dah automate bisnes kita secara online, sentiasa bergerak di mana saja, tanpa kira tempat dan destinasi. Nak berkelah di Langkawi? Nak panjat Gunung Kinabalu melayan hobi? Nak main Luge di Singapura? Nak pergi Korea tengok Winter Sonata? Pergilah dik ke mana-mana yang awak suka, sebab asalkan ada internet, bisnes bergerak setiap masa tanpa sekatan πŸ™‚

networking

Sambil tunggu bas ke Pulau Nami, boleh layang kastemer dulu πŸ™‚

 

5. Yang paling best, bolehlah reward diri dengan membeli barangan yang kita suka tanpa menyusahkan mak ayah lagi, tapi kita pula boleh berbakti pulak pada mereka dengan memberi duit bulanan pada ibu bapa walaupun kita belum bekerja. Masyaallah. Terharu, kan?

 

6. Nak simpan duit kahwin tapi memerlukan jangka masa yang lama? Berusahalah dalam bisnes Shaklee ni, insyaallah, segala masalah perbelajaan harian mahupun simpanan akan dapat diatasi, termasuklah cover segala 6% GST yang terpaksa pula kita tanggung bila berbelanja sehari-hari.

 

Apa Yang Shaklee Boleh Bantu Kita Dalam Meningkatkan Ekonomi Sendiri?

1. Untung jualan

2. Bonus Naik Rank

3. Insentif Kordinator

4. Bonus Leadership

5. Latest, ada Matching Point untuk keahlian baru tau! Nak tau macamana serba sikit? ha, meh sini nak cerita :

Kalau dalam sebulan, adik dapat Bonus Minima RM500 kan, adik berhak dapatkan BONUS KENAIKAN 10% jadi Bonus total RM550.

Itu yang minima,

Kalau kata Bonus Adik Bulan Jun ni RM1000, Matching point yang diberi 50%, jadi adik dah boleh dapat total RM1500. tu kalau Rm1000, kalau kata dapat RM3000?

RM3000, Matching point dah dapat 50%, jadi, Bonus tambahan total semua dah jadi RM4500. Boleh nanges, kan? Tak tambah lagi dengan untung jualan, bonus naik rank dan sebagainya.

Sekarang, memang kita perlukan support dari segi kewangan, kan untuk buat sesuatu. Tapi sebenarnya, bagi akak ni, akak dapat kepuasan dapat bantu orang menyelesaikan masalah mereka. Rasa kepuasan tu happy sangat, bahagia je rasa.

  • Dapat tolong orang yang bermasalah,
  • Dapat tolong diri sendiri
  • Dapat tolong mak ayah
  • Dapat tolong suami
  • Dapat beri lebih pada anak-anak,

Speechless. Hanya syukur Alhamdulillah, pada Allah yang tunjukkan jalan.

Petikan Artikel Al-Ustaz dari rakan saya, Farha Maskuriy

Petikan Artikel Al-Ustaz dari rakan saya, Farha Maskuriy

 

Kenapa Akak Pilih Shaklee?

Sebab dulu, masa sambung Master, akak dah belajar tentang metabolisma hati kita ni. yang proseskan ubat-ubat sintetik yang masuk dalam badan kita. Jadinya, hati akak lebih senang nak guna supplement semulajadi yang lebih selamat pada badan kita, dan memang berkesan 3x ganda dari benda-benda buatan ni.

Lagipun, bila dah terlibat dalam research, kita lebih terdorong pada benda-benda ujian klinikal, baru hati ni nak percaya lebih. Jadi, kesemua supplement Shaklee memang diiktiraf saintis dunia, maksudnya tak berat sebelah sebab dikaji oleh pihak ketiga.

Perniagaan

Semua nya bermula dengan NIAT. Elok Niat, insyaallah, Allah akan bantu mudahkan perjalanan kita πŸ™‚ Lebih banyak kita membantu orang selesaikan masalah, orang akan gembira, kita akan bahagia πŸ™‚

 

Rasanya dah terlalu panjang akak menulis kali ini, sebab banyak lagi yang akak nak setelkan baju-baju dan peralatan Umrah yang belum lagi dikemas masuk beg. Tengok ceklist, boleh pengsan tau, tempoh nak pergi hanya beberapa hari lagi, jadual pun penuh, kejap lagi, insyaallah nak gerak Hulu Langat, lepas ambil Aiman dari sekolah, bawa anak lunch sambil daftarkan ahli seorang pelanggan baru ni. Alhamdulillah.

Semoga dapat menyucikan hati, beribadah dengan sepenuh hati dan meluangkan sebanyak masa yang mungkin di sana. Di kala Allah dah beri bermacam-macam kemudahan dan kenikmatan, apa salahnya membelanjakan harta untuk mengabdikan diri semaksima yang mungkin di sana. Bersama anak-anak tersayang di hadapan mata, bersama-sama suami, mak abah dan mertua, semuanya di depan mata, semoga ibadan kami diterima.

Masyaallah, sentiasa dilindungi Allah, dijaga emosi supaya sentiasa tunduk dan rendah hati, ikhlas sentiasa, saya bersedia menjadi perantara untuk membimbing dan membantu adik-adik yang ingin menceburkan diri dalam bisnes, dengan syarat sanggup belajar dari zero dan semoga berjaya dunia akhirat.

Jika ada apa-apa nak tanya, musykil atau berminat nak menambah pendapatan harian, whatsapp akak; Ainul Malik, 0163353567, akak sedia membantu adik-adik tersayang!

Ni kedai online akak :

http://healthierlife4uandme.blogspot.com

http://sihatceriabahagia.com

 

Winter Sonata

Sudah bersedia mara ke hadapan?

 

Mahu peluang berjalan-jalan ke Bangkok secara PERCUMA? YA, bawa diri je, duit poket semuanya ditanggung!Β Tawaran ini memang sahih πŸ˜€

 

Salam sayang,

Ainul Malik.

0163353567

Berkongsi dari hati

(Visited 713 times, 1 visits today)

4 Comments

  1. Bagaimana caranya ?

  2. Wahhh goodluck akak berbusiness πŸ™‚ Sy tau bukan senang, sy pun business dekat ig and blog sikit sikit πŸ™‚

1 Trackbacks & Pingbacks

  1. Beranikah Anda Menjadi Pencuri Umur Jika Anda Belum Bersedia Untuk … | Ainulmalik.com

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


CommentLuv badge