Beranikah Anda Menjadi Pencuri Umur Jika Anda Belum Bersedia Untuk …

Pencuri umur? Curi umur tu macammana?

Seronok memang seronok sambut birthday, tapi sedarkah anda yang kita sebenarnya dah bergelar pencuri umur?

Seronok memang seronok sambut birthday, tapi sedarkah anda yang kita sebenarnya dah bergelar pencuri umur?

Curi umur bermaksud, dengan menambahkan umur begitu sahaja tanpa sedar masa dah berlalu begitu sahaja. Sedar tak sedar, tahun ni dah berumur 35 tahun.

Oh mai.. tetiba dah menginjak usia 35 tahun, apa aku dah buat selama umurku 34 tahun yang lepas?

Inilah yang dinamakan pencuri umur, makin lama umur makin bertingkat, tapi selama kita hidup kita tak buat pun perubahan yang terbesar atau kisah-kisah kejayaan yang mencerminkan peningkatan usia kita ni.

Ramai yang beritahu saya

“Menyesal kahwin lambat, sebenarnya dah couple mula umur 20 tahun lagi, kalau kahwin awal-awal mesti dah jimat umur dapatkan anak”

“Menyesal tak sambung belajar dulu, abis diploma terus nak kumpul duit dengan bekerja, sekarang nak daftar belajar semula macam-macam benda nak pikir”

“Menyesal tak kumpul duit backpacking dengan kawan-kawan sebelum kahwin dulu, kalau tak mesti dah merasa jejak banyak tempat sebelum dah terikat dengan komitmen”

“Menyesal tak buat sale dan naik Master cepat-cepat sebab sekarang ni ramai sangat orang berebut, dulu2 orang tak sedar lagi” ehhhhh..?

oopppsss… saya tak kata ini semuanya penyesalan yang tak sudah sampai tak boleh nak ganti apa yang tak dapat tu sekarang. Tidak, ini adalah sebahagian dari luahan rasa kawan-kawan saya yang mereka sendiri rasa. Semua pandangan subjektif, kan? Terpulang lah pada pandangan masing-masing, sebab bagi saya

“better late than never” ๐Ÿ™‚

Sambil sambil tu klik la Tips mendapatkan umur muda dari usia sebenar di sini ๐Ÿ™‚

 

Jadi, daripada kita jadi “PENCURI UMUR” berubahlah kepada “PENCURI MASA”

Pencuri Masa ni nampak lebih profesional lagi, sebab lebih mendatangkan keuntungan kepada individu ๐Ÿ™‚ Yang mana lebih menguntungkan tu, lebih memberi erti, kan?

Curi masa untuk buat sesuatu yang lebih menguntungkan diri sendiri.

 

4 Idea Bagaimana Nak Mencuri Masa

1. Daripada tidur lama-lama, baiklah kita kurangkan tidur dan ganti dengan perkara-perkara yang lebih berfaedah seperti membaca buku ke, memasak untuk anak-anak ke, buat kuih raya ke; untung-untung ada orang nak order, tanam pokok di laman rumah ke, kurang-kurang bolehla guna hasil tanaman untuk makan setiap hari ๐Ÿ™‚

Kakak ni bagi inspirasi la pada saya, kalau tanam pokok cili, dah untung tak payah beli cili api kat pasar yang sekarang harganya dah mahal!

Kakak ni bagi inspirasi la pada saya, kalau tanam pokok cili, dah untung tak payah beli cili api kat pasar yang sekarang harganya dah mahal!

 

2. Daripada main game lama-lama kat handphone tu, baiklah guna masa berharga tu untuk buat sesuatu dengan handphone yang boleh menjana duit. Kan jimat tenaga, masa, umur, duit letrik cas bateri handphone pun boleh bayar berlipat kali ganda hasil dari jana duit melalui online ni. Siap ada baki lebih lagi belanja keluarga setiap hari.

gila gadjet

Mak dan ayah gila gadjet, sampai anak-anak terabai? Baik fikirkan sesuatu yang tak merugikan

 

3. Daripada menghadap tengok cerita kesukaan di televisyen lama-lama begitu sahaja, tangan tu boleh jugak buat sesuatu seperti menjahit ke, untung-untung dapat jual sebagai art and craft yang berguna ๐Ÿ™‚

WATCHING-TV-INTERNET

Bijak kakak ni, sambil update dengan berita terkini supaya tak ketinggalan, dia ambil masa untuk buat bisnes online, satu masa dua kerja boleh dapat kan

 

4. Sambil jadi co-driver dalam perjalanan pulang ke kampung, sebab ambil masa yang lama, kan, boleh baca buku-buku motivasi ke, buku bisnes ke, buku yang menjada idea ke, kalau tak, bila lagi masa yang sesuai nak membaca kalau tak dicuri masa yang berharga macam ni? Teori nak berjaya kena baca buku ni, memang praktikal tau, bukannya peribahasa dolu-dolu je, tetapi ia membantu kita menajamkan fikiran, meluaskan minda dan boleh apply bila kena pada masanya.

BD1234-001.jpg

Untunglah bro ni tak perlu drive, boleh pulak mencuri waktu dengan benda berfaedah

 

Tips Dapatkan Waktu Yang Lapang

Okey-okey, jangan pula anda-anda semua tersentak ye, ini semua adalah cadangan bagaimana nak mencuri waktu, sebab ianya kan subjektif. Boleh je fikirkan cara tersendiri macammana nak curi masa yang sesuai dengan jadual rutin harian anda untuk menjadikan anda orang yang berjaya.

Yang paling efektif dalam mencuri waktu adalah. membaca Quran ๐Ÿ™‚ Sebab kita telah berusaha untuk mendapatkan keberkatan masa.

Terasa masa kita dilapangkan Allah selapang-lapangnya. Jadi, dah takde sebab nak mengomel asyik tak cukup masa aje, kan? Ha, tak percaya? Ok, cubalah, nanti dalam sehari cuba cari satu waktu yang anda boleh selit baca Quran. Baca 1 surah pendek dahla, al-waqiah ke, al-Mulk ke, ar-rahman ke, yasin ke, anda boleh rasa magicnya dalam menyusun waktu tu macam masa kita tu dah jadi panjang dari biasa!

Tak percaya ce cuba.

surah al-asr

 

Macam saya, saya dah cuba baca selepas subuh, dah siap baca tu rasa masa tu panjang je untuk membolehkan saya sediakan sarapan, kalau tak baca, ha nanti tetiba macam-macam hal yang berbangkit yang buatkan sedar-sedar dah sampai masa untuk hantar anak ke sekolah tanpa sarapan! Contoh rutin harian yang boleh dijadikan iktibar.

 

Jadi, memang nampaklah sekarang ni menjadi pencuri waktu ni lebih menguntungkan dari menjadi pencuri umur. sobs!

Oleh itu, beranikah lagi anda menjadi pencuri umur jika anda belum bersedia untuk menghadap Ilahi tanpa apa-apa persediaan yang cukup, seperti amal ibadah kita sehari-hari, atau telah menyediakan cukup keperluan buat tinggalan kepada anak-anak tersayang?ย Sempatkah lagi untuk bertemu masa yang sesuai membalas jasa ibu dan ayah yang membesarkan kita, memang tak terbalas jasa mereka, sedangkan kita masih lagi mencari ruang waktu mengumpul duit untuk berikan sesuatu kepada mereka?

kubur

 

Banyak lagi hajat-hajat yang belum tertunai, yang selama ini telah kita tangguh-tangguhkan dengan sengaja sebab melayan perasaan malas, rasa tak sempat masa, melayan kepenatan badan dan bermacam-macam lagi alasan yang timbul semata-mata untuk menyedapkan hati sendiri.

Memang masa tu nanti, menyesal tak sudah-sudah, sebab masa dah tak boleh dikembalikan dan roh pun dah takboleh pulang ke jasad untuk menyambung usia. Jadilah kita sebagai pencuri umur yang sangat merugikan.

Nauzubillah, jauhkan, saya takut!

Kerana, soal ajal memang rahsia Allah yang kita tak tahu bila masanya.

Esok? Lusa? Tahun depan? Atau berani jamin umur kita dapat capai ke 70 tahun?

Jadi, dengan mengingati mati sajalah, KITAย boleh bangkit untuk mencapai kejayaan dan memaksimakan penggunaan masa kita ke arah perkara-perkara yang mendatangkan faedah di atas keberkatan waktu yang kita cari ๐Ÿ™‚

 

Selamat menjadi pencuri masa yang profesional! pasti tak menyesal ๐Ÿ™‚

 

“Artikel ini saya dedikasikan buat diri sendiri sebenarnya, tiada kaitan antara yang hidup ataupun yang mati, bolehlah dipanjang-panjangkan untuk ingatan bersama-bersama ๐Ÿ™‚ Wallahualam.

Salam ikhlas;

Ainul Malik.

(Visited 283 times, 1 visits today)

1 Comment

  1. better late than never. ayuh.. capai impian kita.
    Ros baru share entri menarik…Collagen Terbaik Untuk Wanita 30an Dan Ke AtasMy Profile

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


CommentLuv badge