Bengkel Nutrisi Kelas Wajib Pergi Jika Nak Serius Berkongsi Manfaat Supplement Semulajadi Shaklee

Assalamualaikum

Apa khabar semua? Semoga semuanya sihat sejahtera 🙂

Update saya, alhamdulillah dah masuk lebih kurang 33 minggu sekarang. Persediaan baby belum pun buat lagi, sebab nak tengok semula barang-barang abang dan kakaknya kut masih boleh dipakai. Ha, projek ni kita start lepas closing lah ye? hihihi

Alhamdulillah, dalam keadaan perut memboyot ni, saya ambil juga ruang waktu kesempatan berharga join “Bengkel Nutrisi Shaklee” yang isi nya adalah berkaitan dengan segala ilmu untuk supplement2 semulajadi yang Shaklee keluarkan.

Ya, ini kali kedua, kali pertama saya pergi tahun lepas, seorang.

Tahun ni, saya bawak suami, dan dua anak kandung belajar sekali 🙂

Budak-budak ni bila dibiasakan dengan mendengar perkataan-perkataan yang membina, mereka pun turut belajar juga dalam tanpa sedar secara santai.

Biasalah, siap saya bawa bantal lagi, bagi anak-anak selesa baring, bawa ipad, bawa makanan, ha, seronok tak? Seronok kan, anak depan mata, kita tahu apa aktiviti mereka sambil kita jyga dapat belajar dengan senang hati 🙂

Bila kali kedua pergi, rasanya macam nak pergi lagi tau, sebab

  1. Bila pergi yang kali pertama, kita rasa kita dah belajar semua, rupa-rupanya ada banyak tambahan-tambahan ilmu yang update dari kelas kedua walau guna SLIDE YANG SAMA. Ha, rasa ilmu ni tak cukup dan perlu dicukupkan lagi dan lagi dan lagi
  2. Pengalaman pergi kelas pertama berbeza, dengan wajah-wajah yang berbeza. Boleh bina jaringan ukhwah lagi.
  3. Penyampaian gaya berbeza, tahun lepas; dua Nutritionist, Puan Sarah dan Puan Nurul, kali ni Puan Sarah sepenuhnya.
  4. Tahun lepas makan di Restoren Arab di luar, walaupun eksklusif, tapi BERKEJARAN dengan masa, kali ni lebih santai, makan di HQ sendiri dan alhamdulillah, makanan yang disediakan memang SEDAP. Masa kita pun lebih teratur, bayangkan bawak anak-anak berkejaran untuk makan 2 jam di luar beserta solat, dengan 2 jam yang lebih santai, sempatlah berbual dan beramah mesra dengan kawan-kawan yang lain.

 

Jom, layan gambar.

MODUL

 

BENGKEL

AYAM

JEMPUT MAKAN

DOWNLINE

 

Yang penting,

Ya, saya dah dapat sijil dan saya bersedia memberi konsultasi pada anda dengan penuh ilmu dan akan sentiasa upgrade diri untuk menambahkan lagi servis saya pada pelanggan tersayang 🙂

Alhamdulillah.

Semoga ilmu Allah ini akan dikembangkan selagi usia saya masih ada 🙂

 

Doakan saya!

Nak join saya? Jom la, memang serius best!

 

Pengedar Shaklee Kajang, Cheras, Bangi;

Ainul Malik

016-3353567

Berkongsi tanpa henti

sihatceriabahagia.com

(Visited 138 times, 1 visits today)

3 Comments

  1. Best nya pergi kelas nutrisi. Boleh upgrade diri dengan ilmu baru.
    Ros baru share entri menarik…Testimoni Produk Hilangkan Parut Jerawat Di MukaMy Profile

  2. insyaAllah takkan lepas peluang untuk pergi bengkel nutrisi 2017 nanti 🙂

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


CommentLuv badge