Bagaimana Nak Menguruskan Keletihan dan Stress Bila Berjalan Bersama Keluarga?

Terpaksa travel disebabkan tugasan kerja? Terpaksa outstation kerana ia sebahagian tanggungjawab profesion anda? Atau anda memang minat mengembara, melancong dan beriadah di tempat-tempat yang tertentu, tetapi jauh dari tempat tinggal? Dengarnya memang manis, tapi di belakang tabir, stress dan sangat penat, ok!

 

Ya, saya memang minat berjalan-jalan bersama keluarga, terutamanya. Bila kita berjalan, kita boleh melihat ragam kehidupan penduduk di sesuatu tempat itu, tak kiralah dalam negeri atau luar negeri πŸ™‚ Yang paling best, bila kita boleh buat dua kerja satu masa, contohnya buat sharing dan seterusnya bolehlah berjalan-jalan selepas tu, kan? Eh, perkara yang manis, mestilah dilakukan dengan keluarga, kan?

 

Tangkuban Parahu

Tangkuban Parahu

Pengalaman Naik Luge di Singapura

Pengalaman Naik Luge di Singapura

Kinabalu

Kinabalu

 

Pulau Manukan

Pulau Manukan

Pool

 

 

Gambar-gambar di atas adalah sebahagian dari perjalanan kembara saya bersama keluarga. Menjadi impian saya untuk mengembara ke seluruh pelusuk Malaysia, kerana negara kita sendiri mempunyai banyak tempat-tempat menarik yang perlu dikunjungi dan diterokai.

 

Apatah lagi untuk pergi jauh ke seberang di negara-negara luar untuk belajar mengenal kehidupan bangsa-bangsa lain di dunia, insyaallah. Perancangan yang terdekat ini memang telah ada, jika diizinkan Allah, saya akan mengembara jauh ke negara 4 musim April nanti. RCA RCA, semoga doa dikabulkan πŸ™‚

 

Tips dan Trick Supaya Suami Isteri Tenang Berjalan Bersama Anak Kecil :

1. Sediakan makanan dan minuman siap-siap, beli bekalan yang cukup di tempat kita. Kalau naik flight, takperlulah angkut semua, bawa yang penting je, terutamanya botol air

2. Bawa pampers yang cukup

3. Sediakan stroller atau carrier mengikut keselesaan suami isteri

4. Bincang dahulu perjalanan sebelum keluar pagi πŸ™‚

5. Fokuskan untuk berjalan satu tempat supaya lebih banyak masa terluang untuk anak-anak berehat.

6. Sediakan application handphone yang cukup seperti waze, waktu solat, arah kiblat, tempat makan sedap, google maps πŸ™‚

7. Print out tempat tempat menarik dari rumah supaya tak kelam kabut bila sesat/apa2 delay/masalah berlaku

8. Cari tempat yang mesra kanak-kanak supaya mereka menghargai tempat itu : Saya ada kisah menarik tentang ini

Semasa Aiman baru berusia 2 tahun, pernah kami ke Taman Negara Kota Kinabalu (Kaki Gunung) kerana teringin benar explore tempat itu. Rupanya tempat itu hanya disukai oleh kami suami isteri, anak tak pandai nak appreciate lagi tempat tu selain sangat seronok berjumpa dengan lopak air di tengah hutan. Hihi kelakar kan, budak-budak ni? πŸ˜‰

9. Sediakan diri mental dan fizikal supaya sihat menguruskan anak-anak semasa berjalan.

10. Jangan letak expectation yang terlalu tinggi untuk dapat explore banyak tempat macam kembara single mingle dulu2 hihi πŸ™‚

 

Oh ya, memang penat sebenarnya jika diikutkan mengembara bersama anak -anak kecil. Alhamdulillah, senang juga membawa buggy untuk Aiman, dan Amni memang selesa bersama saya dengan memakai SSC (Self-structured Carrier). Ya, umurnya dah 2 tahun 2 bulan, tapi memang sedap lagi mengendongnya dengan SSC, senang untuk dia tidur dan selesa memeluk kita sepanjang masa.

 

Dah tu, tak penat ke berjalan dan mengendong anak pada masa yang sama? Ya, saya mengaku saya memang seorang yang TAK kuat staminanya, tapi bila dah terbiasa dan berbekalkan supplement-supplement kesayangan seperti Co q health yang utama, ESP minuman protein bertenaga takkan saya tinggal, b kompleks untuk tenaga dan mood, ostematrix untuk bekalan kalsium tinggi saya, Alfalfa dan cinch tea, ini adalah senarai supplement semulajadi yang menjadi pilihan utama saya bila makan angin dan berjalan-jalan.

 

Tak penting? Bagi saya ya ampun, sangatlah penting! kalau tertinggal, saya akan rasa suatu yang kurang terutama bila kaki dah menggeletar dan perut pula meragam. Ini bukan pergantungan sepenuhnya, tetapi ini adalah usaha saya untuk kekal sihat bertenaga yang penting ceria bila melayan karenah anak-anak kecil yang memang pasti banyak ragamnya!

 

Ikuti juga kisah rakan saya ini yang sememangnya telah merantau ke segenap pelusuk negara di dunia ini. Asal cuti sekolah je, terbang, asal cuti mingguan pun hilang ke negara-negara terdekat, dan yang paling salute dengan dia ni, dia suka backpacking! Ya ampun, backpack lagilah rasa nak pengsan, dengan mengangkut beg ke mana-mana, jalan naik bukit turun bukit, semuanya sendiri!

 

 

 

Dah tengok video menarik, ni? Ha, tengoklah latar belakangnya tu kita tahu itu bukan Malaysia! Beliau pun manusia biasa ada rasa penat dan sebagainya tetapi dengan amalan yang konsisten, beliau berjaya menguruskan rasa penat letih dan lesu dengan bagus sekali.

 

Bagi saya? Saya memang rasa sangat-sangat letih ni bila berjalan-jalan. Sekali dah penat urat semasa tempoh berjalan, dah balik rumah, mengahdap kain-kain yang berlonggok-longgok pulak, alahai!

Tambah-tambah melayan karenah 2 budak kecik yang masih ala-ala manja gitu. Tetapi, seronok sebenarnya, semua ni bukan penghalang untuk kita tak mengecap keseronokan beraktiviti bersama keluarga.

So, nak buat apa? Usahalah dengan menambahkan tenaga sendiri. Pilihan saya, senarai supplement semulajadi yang selamat terutamanya yang menambahkan tenaga seperti Co q, ESP, b kompleks, ostematrix dan cinch tea.Β Insyaallah, bila kita boleh menguruskan diri sendiri, kepenatan sendiri, stress sendiri, kita boleh jadi superwoman yang membahagiakan ahli keluarga tersayang! Tak rugi untuk menghadap usaha-usaha sebegini, asalkan semuanya gembira. Penting untuk perkembangan anak dan keharmonian keluarga, tak gitu?

 

Selagi ada kudrat, dan diizinkan Allah untuk meluaskan perjalanan kembara di bumi Allah ini, kami akan rebut peluang ini. Sambil tambah pengalaman, tambah ilmu dan tambah kemesraan! Alhamdulillah!

 

Salam sayang,

Ainul Malik.

016-3353567

 

(Visited 235 times, 1 visits today)

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


CommentLuv badge