Bagaimana Nak Mengembara di Seoul Korea? : Part 4
Bagi yang mengembara dan melancong sendiri seperti kami, ada banyak persediaan yang perlu dilakukan sebelum anda berjalan-jalan di sekitar Seol ini.
1) Dapatkan tempat-tempat yang menarik untuk dilawati
2) Tanya dan survey dari blog/orang yang pernah melawat tempat ini
3) Study peta kawasan sekitar
4) Fahami jalan dan line yang ditetapkan untuk subway (keretapi laju) di kawasan sekitar
5) Cari stesyen untuk Seoul City Bus Tour
Bagaimana nak menggunakan khidmat Subway di Korea?
Pertama sekali, anda boleh dapatkan peta atau waze untuk mencari stesyen yang terdekat dengan penginapan anda dan dapatkan lokasi destinasi yang ingin dituju.
Kedua, beli T card (macam kad top up Touch n Go) di 7 eleven atau kedai yang ada perkhidmatan ini, boleh lihat luar kedai, kerana kad ini bakal digunakan disepanjang perjalanan anda menggunakan subway nanti.
Cari stesyen subway yang berada di bawah tanah.
Kemudian, fahami betul-betul petunjuk (directory) perjalanan Subway tersebut.
Fahami maksud line dan ikut sahaja arah line yang disediakan pada papan tanda di bawah tanah itu. Jalan ikut petunjuk line yang betul dan anda akan dapat naik subway yang betul ke destinasi yang diingini dengan cepat 🙂
Jangan terkejut sekiranya anda akan menaiki escalator banyak kali mengikuti arah perjalanan line yang ingin dituju.
Ini adalah pemandangan biasa jalan bawah tanah sepanjang mengikut line yang disediakan. Jangan terkejut ada banyak sangat kedai yang mengasyikkan, jadi tidaklah anda penat berjalan jauh di bawah tanah semata-mata!
Sentiasa berwaspada dengan destinasi yang dituju dengan melihat petunjuk di atas pintu subway mahupun di ruang tengah subway tersebut.
Eh, jangan tak tahu, tandas yang disediakan di bawah tanah itu memang sangat cantik dan bersih 🙂
Best, kan? Dan bila anda dah sampai ke line yang dimaksudkan, jangan lupa keluar dari kawasan bawah tanah ini dengan mencari signboard EXIT LINE * yang berwarna kuning. Jika tidak, anda akan berada di bawah tanah sahaja melayan keasyikan jualan di sana, hihi 😉
Yang bestnya, sistem pernomboran bawah tanah (line no *) sama seperti di atas jalan raya juga, jadi senang nak mencari nanti jika anda nak tukar haluan jalan 🙂
Bagaimana nak menggunakan perkhidmatan Seoul City Bus Tour?
Beli tiket untuk menaiki perkhidmatan bas ini di Gwanghwamun Bus Stop berhadapan Gwanghwamun Station (Seoul Subway Line 5) Exit 6.
Ada macam-macam perkhidmatan hop on hop off yang ditawarkan, anda boleh rujuk website ini untuk maklumat lanjut :Â http://english.visitkorea.or.kr/enu/SI/SI_EN_3_4_10.jsp
Dengarlah headphone yang disediakan dengan translation English untuk penerangan tempat yang dituju dan Driver juga akan memberitahu stesyen-stesyen untuk diturunkan penumpang.
Memang best dapat melihat keadaan Bandaraya Seoul dengan menaiki bas. Satu peluang yang jangan dilepaskan kerana jika menaiki subway semata-mata, kita tidak akan berpengalaman melihat suasana di atas jalanraya pula 🙂
Rasanya cukup dulu entry untuk perkhidmatan pengangkutan yang boleh digunakan di Bandaraya Seoul ini, semoga bermanfaat buat anda yang ingin mengembara ke sana nanti 🙂
Kami dah nak balik tidur setelah seharian berjalan-jalan, jumpa lagi di next entry ya mengenai perjalanan mengelilingi Bandaraya Seoul 🙂
Episod sebelum ini :
1)Â http://ainulmalik.com/apa-barang-yang-nak-bawa-apabila-naik-kapal-terbang/
2)Â http://ainulmalik.com/kembara-ke-bumi-korea-sebagai-backpackers/
3)Â http://ainulmalik.com/dari-klia-ke-incheon-airport-kembara-korea-bermula-part-1/
Leave a comment