Bagaimana Mendapatkan GST (Great Superior Time) dengan Berbisnes? Part 1

Manisnya hidup mendapat nikmat sebegini!

Alhamdulillah,

Hari ini hati terpanggil nak berkongsi dengan semua bagaimana kita boleh mendapatkan Great Superior Time (GST) bersama keluarga dan Maha Pencipta dengan berbisnes.

Bagi saya, tiada apa yang lebih penting dalam dunia ini, melainkan kasih sayang dan kebahagiaan. Kebahagiaan yang hakiki adalah apabila sentiasa mendapat kasih sayang Allah, dan menyampaikan dan menyebarkan kasih sayang yang manis tersebut bersama ahli keluarga yang lain.

Cuba tenung satu-persatu muka kesayangan anda, lihatlah wajah suami, lihatlah wajah suci anak-anak, kenanglah muka ibu bapa yang sangat kita sayang, gambarkan muka kedua ibu bapa mertua yang melahirkan suami kita, apakah yang anda rasa? Kenanglah, jika umur tak panjang, apakah kita dapat menikmati lagi nikmat kasih sayang bersama mereka? Adakah sempat kita membalas jasa-jasa kedua ibu bapa dan menyediakan kehidupan yang terbaik buat anak-anak?

Entry ini adalah berkisarkan pengalaman saya, jadi isi-isi yang disampaikan adalah dari apa yang telah saya lalui dan bakal saya lalui.

 

Bersedia dengan tips mendapatkan Great Superior Time dari Berbisnes?

 

1) Sebelum memilih jalan untuk berbisnes, tentukan dulu apakah NIAT anda membuat bisnes?

Ha, bagaimana nak tahu niat kita, kalau kita bermula dengan main-main saja?

Oh, senang saja, dari main-main boleh menjadi serius jika anda senaraikan apakah hajat anda, impian anda, keperluan anda, niat anda yang kecil-kecil dan semuanyalah. Tak kiralah, remeh ke, simple ke, sehingga sebesar-besar impian, tulislah sehingga cukup menjadi 101 impian!

Marilah menulis impian, dari sekecil impian, ia akan menjadi sebsar-besar cabaran!

Marilah menulis impian, dari sekecil impian, ia akan menjadi sebsar-besar cabaran!

 

2. Dari senarai impian, carilah BIG WHY anda.

Big Why, apakah itu Big Why?

Big Why adalah penyebab mengapa anda mesti berusaha dalam hidup ini. Adakah big why kita anak-anak? adakah suami? Adakah ibu bapa? Kenang dan kenalpasti siapakah dan apakah yang boleh menjadi PUSH FACTOR untuk anda keluar dari zon kesusahan kepada zon kejayaan.

* Zon kesusahan itu adalah comfort zone sebenarnya. Comfort zone adalah zon selesa anda sekarang, anda sangat selesa dengan keadaan rutin harian yang sama, yang membuatkan hidup anda sama setiap hari tanpa peningkatan. dari pagi buat itu, buat ini, sampai tidur malam dan jaga semula esok pagi, tiada apa-apa yang boleh menambah nilai diri ataupun pendapatan, itulah comfort zone anda.

Dengan BIG WHY, kita akan mula DREAM BIG!

Dengan BIG WHY, kita akan mula DREAM BIG!

 

3. Kenalpasti BISNES yang paling bagus untuk membantu anda berjaya.

Bak kata Dr Azizan Osman, nak mula berniaga, pilihlah MLM. kenapa? Kerana dengan memulakan bisnes dengan MLM, semua sistem telah siap sedia ada. Jadi, kutiplah pengalaman berniaga berasaskan MLM. Cari betul-betul MLM yang konsepnya adalah selamat dan diyakini, bukan berkonsepkan untung atas angin.

Saya memilih Shaklee untuk berniaga secara serius kerana :

  1. Saya suka dengan polisi yang ditetapkan Shaklee
  2. Syarikat ini mengamalkan konsep patuh syariah
  3. Orang atas tidak makan duit orang bawah dengan berehat-rehat saja di rumah, semuanya perlu berusaha > setiap keringat dibayar atas titik peluh usahanya
  4. Barang yang dikeluarkan memang diyakini,dan selamat dengan penyelidikan terperinci
  5. Mendapat sijil halal dan kelulusan KKM
  6. Makanan kesihatan sentiasa mendapat demand yang tinggi di kalangan masyarakat kerana KITA MEMERLUKANNYA termasuk saya!
  7. Syarikat ini teguh berdiri selama hampir 59 tahun dan stabil hingga kini
  8. Pengurusan utama dijalankan oleh orang yang benar-benar ingin membantu orang yang memerlukan
  9. Banyak insentif dan bonus yang ditawarkan tanpa mengira zaman kemelesetan mahupun GST ini.
  10. Ramai orang-orang yang positif menjadi kelompok Shaklee dan berada dalam golongan ini memang menyeronokkan!

Kalau nak disenarikan, memang sangat banyak nikmat yang telah saya perolehi dari bisnes ini, permulaan perniagaan hanyalah RM65, saya telah berjaya meraih 5 angka dalam masa 2 tahun, alhamdulillah!

 

Jadi, setelah anda telah kenalpasti SEMUA PERKARA ASAS untuk memulakan perniagaan, mari kita terus mendaki untuk mendapatkan GREAT SUPERIOR TIME dengan keluarga dan dengan Allah, Maha Pencipta.

 

Bagaimana Mendapatkan Great Superior Time Bersama Allah dengan hanya berbisnes?

Manisnya hidup mendapat nikmat sebegini!

Manisnya hidup mendapat nikmat sebegini!

 

Ya, macam pelik pada saya awal-awalnya. Namun sebenarnya, banyak yang boleh dibaiki dalam peningkatan kualiti diri dengan berbisnes.

Konsepnya berbisnes ini adalah, siapa YANG BERANI mencuba, dia akan berjaya.

Nak mendapatkan keberanian tersebutlah, kita perlu berusaha bersungguh-sungguh dan meletakkan seluruh pengharapan kepada Allah.

Oh, hanya kerana bisnes baru nak belajar mendekatkan diri pada ALlah, kalau tak, tak pernah kisah?

Semuanya bermula dari didikan hati.

Ya, pada mulanya memang kita buat untuk mendapatkan keluasan rezeki, tetapi bila ia dijadikan amalan, bukankah ia telah menjadi tabiat dan darah daguing yang sebati dalam diri?

Bukankah ia secara taklangsung dapat membantu kita membersihkan hati?

Dari situlah, kita belajar untuk ikhlas dalam meminta-minta kepada Allah.

Dari ikhlas, kita akan buat bersungguh-sungguh dengan penuh pengharapan dan berbekalkan konsep tawakkal dan penyerahan, kita akan mula mendapat apa yang dihajati.

Allahuakbar, indah sungguh perasaan ini!

Mulakan dengan amalan yang sikit-sikit, ia akan menjadi berganda-ganda dari hari ke hari, bulan ke bulan, tahun ke tahun.

Nak mula dengan apa?

Ya, didiklah hati dengan doa Dhuha, solat Dhuha, dan amalan membaca al-Waqiah.

Kemudian?

Upgradelah dengan berzikir ya Wahhab 100-1000x sehari.

Kemudian?

Didik hati untuk bangun malam solat hajat, tahajud dan istikharah.

Kita akan terarah untuk bersolat taubat. Pada masa ini mulalah kita dengan sesi bercerita segala masalah pada ALlah, Tuhan Yang Mahu Mengetahui semuanya.

Kemudian, anda sendiri yang akan mencari amalan-amalan lain yang boleh membuatkan jiwa tenang.

Perkara ini bukannya boleh dapat dalam sehari dua, tetapi, jika dilakukan dengan bersungguh-sungguh, insyaallah, kemanisannya akan dinikmati apabila hati anda telah redha dan ikhlas untuk semuanya!

 

Hasilnya?

Allahuakbar! Semuanya berbalik kepada kemurahan rezki, nikmat hidup yang tidak terhingga dan sebagainya!

Manis kan, apabila mendapat nikmat Great Superior Time dengan hanya berbisnes? Pernah terfikir dek akal?

 

Sujud syukur kerana saya mendapat Great Superior Time dengan Allah, bermula dari bisnes. Jika nak diingatkan, dengan kehidupan saya masa lalu, walaupun kita tetap melakukan solat 5 kali sehari semalam setiap hari, tetapi, hanya dilakukan kerana ianya wajib, saya tak dapat mencari nikmat apakah sebenarnya yang Allah nak berikan dalam kehidupan dengan betul-betul berserah pada Allah.

Best kan bila rasa diri dilindungi dan sentiasa mendapat curahan nikmat setelah berusaha meminta berbanding mendapat tanpa sedar dan kita mensia-siakan semua itu begitu sahaja tanpa bersyukur?

Carilah kasih sayangNya, insyaallah Dia akan lebih dekat 10x dengan kita 🙂

 

Cukuplah dulu rasanya untuk Part 1 ini, kita akan bersambung lagi dengan Great Superior Time dengan keluarga untuk Part kedua!

[webinar] Termometer & Termostat Keizinan from iReach HD on Vimeo.

 

 

Tunggu!

 

Bantu diri untuk membantu orang lain 🙂

Salam ikhlas;

Ainul Malik

(Visited 300 times, 1 visits today)

1 Comment

  1. kena cari model bisnes yang mudah diurus.
    Dr Fattah baru share entri menarik…Tips Temuduga Latihan Separa Perubatan Gred U29My Profile

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


CommentLuv badge