Apa Barang Yang Nak Bawa Apabila Naik Kapal Terbang?

Wah-wahhh… Semua dah excited nak naik kapal terbang kan?

Ada perjalanan mengambil masa sejam dua, ada yang mengambil masa berjam-jam lamanya, jadi bolehlah kita susun semua kelengkapan barang-barang yang nak dibawa ni mengikut keperluannya ya 🙂

 

10 Barang Keperluan Peribadi yang Boleh Dibawa untuk Naik Kapal Terbang

 

1. Passport dan boarding pass

Perkara paling wajib adalah passport dan boarding pass. Kalau tak bawa kedua-dua barang ni, memang boleh menangis tak dapat naik kapal terbang!

IMG_2438

 

2. Stokin khas kapal terbang

Untuk perjalanan 4 jam ke atas, kerana ia membantu melancarkan pengaliran darah kaki kita. Saya terus saja pakai stokin ini sepanjang saya berada di Korea dan juga pulang, bukannya di dalam kapal terbang saja sebab stokin ini panjang dan agak tebal sesuai untuk melindungi kaki dari kesejukan. (Perempuan jugak wajib menutup aurat kaki, bukan?)

 

3. Jaket

Ya, berada dalam kapal terbang untuk tempoh yang lama, terutama yang melalui perjalanan pada waktu malam, sesuailah membawa jaket untuk menutup badan dari kesejukan.

IMG_2437

Oh no! I’m purple lovers!

 

 

4. Bantal kepala

Ada yang boleh ditiup, ada yang memang bantal betul tanpa boleh dilipat, anda boleh pilih mana satu pilihan anda, nak jimat space, atau nak lebihkan keselesaan? Semuanya bergantung pada citarasa sendiri. Selain menggunakan bantal ini untuk tidur, saya juga suka memeluk bantal ini, menambahkan keselesaan berada dalam kapal terbang untuk tempoh yang lama 🙂

 

IMG_2436

 

5. Buku

Selain boleh membaca majalah yang disediakan dalam kapal terbang, jika anda tak suka membuang masa begitu sahaja, boleh bawa buku-buku yang sesuai di baca di atas kapal.

IMG_2435

Bercuti bukan sebarang cuti, mesti ada matlamat!

 

 

6. Handphone/ipad/Tablet/Laptop

Boleh dimuatturun aplikasi ebook/al-Quran/al-mathurat atau apa-apa bahan bacaan di dalam handphone anda untuk dibaca di dalam kapal. Ada juga yang minat untuk menggunakan aplikasi Art atau ada juga yang suka main games, terpulanglah, asalkan anda mengaktifkan flight mode di atas kapal 🙂 Bagi bloggers, masa ini sempat juga untuk menulis segala entry yang ada di kepala sebab idea akan datang bila-bila masa saja, kan?

 

7. Bahan pelembap kulit

Krim pelembap tangan dan pelembap bibir sangat-sangat diperlukan di atas kapal terbang ini, memang boleh kering bibir dibuatnya jika kita biarkan saja, tau-tau tangan terus rasa kering dan tidak menyelesakan. Jangan lupa tau, pakai terus sebaik saja naik kapal terbang!

IMG_2070

Best pakai dua ni 🙂

 

 

8. Botol kosong

Ha… yang ini special tau! Kenapa kena bawa botol kosong? Nak bawa dari bawah pun boleh, nak guna yang diberi di atas kapal pun boleh, sebagai persediaan untuk ke washroom/toilet. Almaklumlah, dalam bilik air kapal terbang takde sebarang paip, jadi, botol kosong mineral water ni sangat-sangat diperlukan. Pepandailah nak guna, kan? hihi

 

9. Token of love

Ini yang very special! Hadiah ni sebagai tanda sokongan kita kepada cabin crew, yelah mereka bergadai nyawa melayan kita sepanjang berada di dalam kapal terbang, apa salahnya kita menghargai mereka dengan benda-benda yang boleh diberi seikhlas hati, bukan? Ya, dengan cara ini kita dah menggembirakan orang di sekeliling kita. Nak tahu apa yang kami dah bagi? ikuti artikel saya yang seterusnya mengenai token of love ni 🙂 Tengok tu muka cabin crew, sangat terharu, kan?

IMG_2439 IMG_2441

 

10. Supplement di dalam pillbox

Ha, ini memang barang wajib saya. Contoh gambar, ada dalam gambar pertama tadi. Sebabnya, kadang-kadang kita nak makan lepas breakfast/luch di atas kapal, kan? Jadi, boleh terus ambil supplement mengikut keperluan kita. Bagi saya, supplement memang tak boleh ditinggalkan dari handbag saya, ianya sangat-sangat penting demi membantu diri saya kekal cergas bertenaga!

Dibuatnya tiba-tiba kaki anda kejang secara tiba-tiba akibat terlalu lama di dalam penerbangan? Apa nak buat? Terus telan 4 biji oste yang kaya dengan kalsium untuk kelegaan cepat kekejangan kaki secara tiba-tiba 🙂

 

Anda ada barang peribadi yang lain yang dibawa naik kapal terbang? Jom kongsikan bersama-sama saya, bolehlah kita bertukar-tukar idea, bukan?

 

Sharing is loving!

 

Selamat menuju ke destinasi yang anda ingini!

(Visited 7,902 times, 1 visits today)

11 Comments

  1. hi Ainul.. i nak tanya, memang betul boleh bawa botol mineral kosong naik international flight ke?

    • hi shriz, ye betul, sepanjang flight ke korea, jeddah dan Italy, memang saya bawa botol yang kosong naik ke atas, dengan syarat, jangan isikan dengan air. Jika takut, boleh beli air mineral di atas kapal dan boleh digunakan untuk keadaan yang diperlukan. Macam Emirates ke Italy, memang di dalam washroom dah disediakan cawan-cawan kertas untuk digunakan.

  2. nak tnya la.. boarding pass tu kena verified dokumen kita ke? mcm passport dan visa (jika perlu)

    Kat mana nak Verified??

  3. Salam nk tnya, klau cleanser, toner, cream malam & siang, serum boleh bw masuk ke?

  4. As salam,
    Saya nk tanya…powerbank boleh ke dibawa naik handcarry / spray muka (mineral) blh check in cargo ke?

  5. Salam nak tanya, kek klau kita bawa boleh hand carry x ? Kek satu kotak

  6. Nak tanya, bole ek bawa lipstick? Mcm lip balm camtu ar..bole bwk powerbank tak?

    • Lipstik, lip balm dan powerbank boleh bawak naik atas. Benda cecair hanya 150 ml aje yang boleh 🙂 Semoga membantu Hani ya 😀

5 Trackbacks & Pingbacks

  1. Kembara ke Bumi Korea sebagai Bagpackers | Ainulmalik.com
  2. Kembara ke Bumi Korea sebagai Backpackers | Ainulmalik.com
  3. Dari KLIA ke Incheon Airport, Kembara Korea Bermula : Part 1 | Ainulmalik.com
  4. Home Stay Lovely & Cozy 2 Room Penginapan Kami di Itaewon : Part 2 | Ainulmalik.com
  5. Menyelusuri Itaewon, Mendapatkan Makanan Islam dan Masjid di Korea : Part 3 | Ainulmalik.com

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


CommentLuv badge