Satu Amalan Yang Mulia Di Kota Makkah Yang Patut Dijadikan Ikutan Di Malaysia

Allahuakbar

Allahuakbar

Allahuakbar

Walillahilhamdu

 

Alhamdulillah, tiba lagi saya di hari Jumaat yang indah ini. Dua Jumaat yang lepas, saya masih di Kota Makkah, dan Jumaat yang lepas di Kota Madinah, hari saya berangkat pulang ke Malaysia.

 

Gambar Ihsan Google, mengimbas kenangan :)

Gambar Ihsan Google, mengimbas kenangan 🙂

Biasanya, bermula hari Khamis, Masjid-masjid akan dipenuhi oleh orang, disebabkan ramai yang ambil kesempatan berpuasa sunat pada hari tersebut. Pada waktu berbuka puasa, ramailah yang bersedekah kurma kepada para jemaah yang hadir di masjid.

Hari Jumaat adalah hari yang meriah di masjid, ramai yang berebut-rebut untuk melakukan ibadah pada sepanjang hari ini di Masjidil Haram, mahupun Masjid Nabawi. Alhamdulillah.

Sebut tentang sedekah, saya seronok untuk mengupas sesuatu dari pemerhatian saya di sana. Selain dari amalan memberi sedekah kepada cleaner-cleaner masjid yang membanting tulang membersihkan masjid dengan rajin, ada satu lagi golongan yang diraikan di dalam masjid.

Kebanyakan jemaah di Masjidil Haram sangat meraikan kanak-kanak sebagai tetamu masjid yang suci itu.

Mereka sangat gembira melayani kanak-kanak, yang keadaannya tidak dipraktikkan di negara kita. Mereka yang dimaksudkan tidak kira lelaki mahupun wanita, berdasarkan banyak peristiwa yang telah berlaku pada kami sewaktu saya membawa anak-anak berumrah tempoh hari.

 

Situasi 1

Bila kita masuk saf solat sewaktu iktikaf di dalam masjid, jemaah hadapan mahupun belakang akan menegur anak-anak kita sambil memohon izin untuk mencium pipi anak syurga ini. Sekurang-kurangnya mereka akan mencuit pipi kanak-kanak ini. Mereka memang melayani kanak-kanak dengan senyuman yang tak lekang di muka.

Situasi 2

Kebanyakan dari mereka memang akan menyediakan gula-gula di dalam beg khas untuk kanak-kanak yang datang ke masjid. Amalan bersedekah pada kanak-kanak di dalam masjidil haram memang keadaan yang biasa berlaku setiap hari. Memang Aiman dan Amni tidak pernah rasa lapar kerana ramai yang baik hati menyedekahkan roti, kurma dan gula-gula kepada mereka.

Situasi 3

Bukan sahaja apabila masuk saf, ketika kami menolak anak-anak syurga di dalam masjid juga, orang yang berniat bersedekah akan memberhentikan kami semata-mata untuk menghadiahkan anak-anak kami lollipop atau apa saja yang mereka bawa.

 

Menarik, bukan?

Sesungguhnya amalan baik ini boleh kita ambil iktibar dengan menyediakan sesuatu sebelum datang ke masjid dengan niat untuk menghadiahkannya kepada kanak-kanak yang hadir ke dalam masjid untuk meraikan anak-anak syurga yang putih hatinya.

Jika di sini, mungkin kita boleh gantikan gula-gula kepada biskut, atau bawalah saja vitamin C chewable sebotol untuk dibahagi-bahagikan kepada kanak-kanak supaya mereka mendapat manfaat dari apa yang kita sedekahkan.

Sesungguhnya mereka sangat mengamalkan sunnah nabi kita meraikan kanak-kanak dan melayani mereka dengan baik 🙂

Amni and friends

Amni dan kawan-kawannya di Masjid Nabawi

 

solat

Kenangan di Masjidil Haram

 

Entry ini adalah entry pemerhatian saya dan pendapat ini hanya bertujuan untuk perkongsian semata-mata, semoga setiap hari ada penambah baikan di dalam kehidupan.

 

Entry lain yang berkaitan :

1. Tips dan Panduan Masuk Ke Masjidil Haram dan Solat di Kaabah

2. Kisah Vitamin C dan Pakcik Demam di Kota Mekah dan Wadi Qudaid

3. Cara ke Raudhah, Taman Syurga Kekal di dunia

 

Wallahualam.

 

Ikhlas,

AinulMalik

016-3353567.

 

(Visited 591 times, 1 visits today)

1 Trackback / Pingback

  1. Lokasi Untuk Bersolat Jemaah bagi Wanita di Masjidil Haram | Ainulmalik.com

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


CommentLuv badge